Showing posts with label ll Tazkirah ll. Show all posts
Showing posts with label ll Tazkirah ll. Show all posts

Berbelanja ikut keperluan bukan nafsu

Pengurusan kewangan dan membelanjakan harta adalah amanah Allah SWT. Ia satu keperluan bertujuan mencapai kehidupan yang diberkati. Perspektif yang tepat terhadap harta akan menjamin seseorang itu mencapai bahagia di dunia dan akhirat.
Sistem ekonomi Islam lebih memfokuskan kerohanian dan kesejahteraan sejagat di mana nilai etika diterapkan cuba mengurangkan fokus keperluan manusia terhadap kebendaan serta pembaziran. Kesannya, seorang Muslim boleh mengawal kehendak hati yang sentiasa bercambah supaya lebih terpimpin.
Keperluan manusia dalam berbelanja berbeza dan terbahagi kepada tiga situasi sama ada dhoruriyyah, haajiyah atau tahsiniyah. Menurut teori kepenggunaan ekonomi Islam, kaedah perbelanjaan yang baik wujud jika pengguna membelanjakan pendapatan demi kepuasan yang seimbang antara material dan kerohanian. Dalam suasana ekonomi tidak menentu dan kos sara hidup semakin meningkat, adalah baik untuk kita renungi ajaran Islam berkaitan amalan kepenggunaan.
Seruan ini bukanlah reaksi kepada situasi ekonomi hari ini semata-mata, ia adalah amalan yang sepatutnya dihayati umat Islam. Kesukaran hidup tatkala berhadapan kos sara hidup yang meningkat berbeza dengan kesusahan hidup pada zaman nenek moyang kita. Kesukaran dalam mencukupkan pendapatan sangat memberi impak besar kepada institusi kekeluargaan merangkumi makan minum, persekolahan dan ibadah seharian.
Peningkatan kos sara hidup
Masalah peningkatan kos sara hidup yang dirasai hari ini adalah perkara besar yang tidak dapat dielakkan kerana ia berlaku
mengikut peredaran zaman. Namun, konsep berjimat cermat sudah lama diterapkan dalam jiwa Muslim. Dalam urusan berbelanja seharian, perlu diingatkan supaya tidak terlalu boros dan tidak terlalu kedekut.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatilah; dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu. Dan barang siapa dijaga dirinya daripada kekikiran maka mereka itulah
orang yang beruntung." (Surah atTaghabun, ayat 16)
Berbelanja dengan berhemah dan tidak menurut nafsu, sentiasa bijak mengenal pasti antara keperluan dan kehendak hati. Jadilah pengguna bijak dengan mengutamakan
keperluan, ketepikan soal bermewah dan bermegah kerana aliran tunai pada hari ini sangat mudah mengalir keluar berbanding mengalir masuk. Ukurlah kepada kemampuan diri dan sentiasa memandang kepada orang yang lebih susah. Bersederhana walau di mana kita berada. Jika ingin berbelanja, semak dahulu barang yang ada kemudian senaraikan apa yang benar-benar penting dan berbelanjalah di kedai menawarkan harga berpatutan.
Jadi pengguna bijak
Sesungguhnya menguruskan kos sara hidup bukan semata- mata mengenal pasti jenis keperluan dan kehendak individu, sebaliknya ia turut merangkumi keperluan mengenal pasti peningkatan harga barang, mengatur strategi meningkatkan pendapatanserta menguruskan pendapatan dengan bijak. Kesungguhan untuk menguruskan kewangan diri dan keluarga bukanlah satu perkara mudah, seharusnya dibuat secara kolektif dengan mengamalkan perbincangan bersama pasangan berkenaan kos perbelanjaan harian, tabungan pendidikan anak, simpanan persaraan, takaful, pengurusan hutang
bulanan dan amal jariah.
Terapkan dalam diri anak bahawa pengurusan kewangan adalah tanggungjawab bersama dan perlu demi kesenangan hidup pada masa akan datang. Seorang suami memikul tanggungjawab besar ke atas isteri, anak dan keluarganya. Hakikatnya dalam kehidupan ini, kita sebenarnya sentiasa terikat dengan tanggungjawab dan amanah tanpa mengira siapa dan apa pangkat sekalipun. Sekiranya kita orang yang kaya maka janganlah dilupa pada golongan yang lebih memerlukan.

Menyingkap Kebenaran ‘KEHARUSAN’ Dan Hukum Mengadakan Kenduri Arwah Berdasarkan Kitab-Kitab Pondok


Sudah menjadi lumrah kepada orang melayu beragama Islam di tanah air kita, apabila berlaku kematian dalam sesebuah keluarga, maka ahli keluarga si mati itu akan menyediakan makanan. Pada kebiasaannya, ahli keluarga si mati akan memasak dan menyediakan makanan mengikut bilangan orang yang hadir menyembahyangkan jenazah atau mengikut jumlah orang yang terlibat memberi pertolongan menguruskan si mati, termasuk penggali kubur dan sebagainya.

Kemudian pada malam pertama hingga malam ketujuh diadakan majlis tahlil arwah kepada si mati, dan sesudah majlis, ahli keluarga si mati akan menghidangkan makanan kepada jiran dan para jemaah yang hadir mengikut kadar kemampuan masing-masing. Manakala pada malam ketiga, ketujuh, kedua puluh, keempat puluh, dan keseratus pula, pada kebiasaannya akan dihidangkan jamuan nasi dengan aneka masakan yang enak-enak. Kemudian, setiap malam jumaat selepas hari ketujuh hingga hari keempat puluh atau kadang-kadang sehingga hari keseratus, diadakan lagi majlis tahlil arwah, dan seusai tahlil akan dihidangkan pelbagai hidangan dan masakan oleh ahli keluarga si mati.

Pendek kata, menjamu makanan selepas berlaku kematian telah menjadi tugas yang terpaksa dilakukan oleh keluarga si mati, sama ada mereka terdiri dari golongan yang kaya atau kurang berada. Bahkan jika tidak dilakukan, nescaya mereka akan dicemuh oleh jiran tetangga, kaum kerabat, dan sahabat handai. Bukan setakat dicemuh, malahan keluarga si mati yang tidak mengikut adat resam turun-temurun itu akan dipandang serong oleh masyarakat. Pelbagai tuduhan dan cemuhan dilemparkan kepada ahli keluarga si mati yang tidak mengikut adat tradisi itu. Umpamanya dikatakan kedekut, bakhil, tidak mengenang jasa si mati atau juga dikatakan mereka *seperti mengambus batang pisang* (**ungkapan yang paling terkenal di negeri Kelantan) dan sebagainya.

Itulah antara ungkapan yang menggambarkan kejinya sesiapa yang meninggalkan tradisi tersebut. Sebahagian besar dari kalangan umat Islam menganggapnya dari ajaran Islam yang penting yang tidak boleh diabaikan, kerana ianya turut dilakukan oleh orang-orang yang berpengetahuan agama, sama ada dari lepasan madrasah-madrasah pondok atau lepasan sekolah-sekolah arab/agama. Mana-mana individu yang mengkritik adat resam itu akan dilabelkan sebagai ‘wahabi’ atau kaum muda yang hendak merosakkan ajaran Islam.

Zaman kini sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam semakin dilupakan iaitu jiran tetangga memberi makanan kepada keluarga si mati, sebaliknya yang berlaku ialah jiran-jiran serta kerabat pula berkumpul di rumah keluarga si mati dan mendapat makanan daripada keluarga si mati tersebut. Oleh sebab itu, usaha memurnikan semula sunnah yang kian dilupakan oleh masyarakat adalah sangat perlu. Jika tidak akan berterusanlah masyarakat dalam keadaan tidak tahu yang manakah sunnah dan yang manakah yang ditokok tambah (bid’ah).

Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: “Bagaimanakah keadaan kamu nanti? Apabila kamu diselimuti fitnah, dalam riwayat yang lain Apabila kamu diselimuti bid’ah, golongan dewasa menjadi tua dalam keadaan tidak tahu, dan kanak-kanak membesar dalam keadaan tidak tahu. Orang ramai menjadikannya (bid’ah) suatu sunnah, dan apabila ditinggalkan mereka akan bertanya: “Mengapa sunnah itu ditinggalkan?” Para sahabat lalu bertanya: “Bilakah berlakunya peristiwa itu?” Baginda menjawab: “Apabila kematian ulama-ulama kamu, ramainya pembaca Al-Quran (yang hanya membaca tanpa mengamalkan isinya), sedikitnya ahli Fiqh (Fiqh As-Sunnah), ramainya pemerintah (yang memerintah tidak berpandukan hukum Allah), sedikitnya orang yang amanah, manusia mencari keuntungan dunia dengan amalan akhirat (di atas nama agama), dan Islam dipelajari (didalami) bukan kerana mencari keredhaan Allah.”

[Hadis Riwayat Ad-Dailami (1/64) dengan dua isnad: sahih dan hasan, dan Riwayat Al-Hakim (4/514)]

Semoga tulisan ini menyelesaikan perbincangan masalah perselisihan yang tidak berkesudahan ini, dengan harapan semoga masyarakat kita khususnya ‘alim ‘ulama dan cendekiawan Islam dapat menilai siapakah di pihak yang benar dan siapakah yang berada di pihak yang kabur dalam masalah yang dinyatakan, sekaligus memberi manfaat kepada mereka yang mahukan agama Islam secara syumul dan menyeluruh, asli dan tulen serta terhindar dari penambahan-penambahan yang tidak sepatutnya demi menjaga dan mempertahankan kesucian dan kemurnian agama, insyaAllah.

Jarir bin Abdullah radhiallahu ‘anhu berkata: “Kami mengira berhimpun orang ramai kepada ahli keluarga si mati dan membuat makanan selepas pengebumiannya adalah sebahagian dari ratapan kematian.” [Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah dengan isnad yang sahih]

Hadis di atas menunjukkan kepada kita bahawa orang ramai yang berhimpun di rumah ahli keluarga si mati dan memakan makanan yang dimasak dan disediakan oleh ahli keluarga si mati adalah sebahagian dari perbuatan ratapan kematian, dan ratapan selepas kematian adalah perbuatan jahiliah yang hukumnya adalah haram sebagaimana yang dimaklumi.

Imam Asy-Syafi’ie rahimahullah berkata: “Aku suka jiran si mati atau orang-orang yang mempunyai pertalian keluarga dengannya memberi makan kepada ahli keluarga si mati, yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya. Kerana itu adalah sunnah dan ingatan yang mulia, dan ianya adalah perbuatan golongan yang terbaik sebelum dan selepas kita. Ini kerana apabila tiba berita kematian Ja’far radhiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Buatlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana telah datang perkara yang mengharukan kepada mereka.” “Aku benci diadakan ‘ma’tam’ iaitu perhimpunan walaupun tidak ada ada tangisan kepada mereka, kerana sesungguhnya perbuatan itu memperbaharui dukacita dan membebankan tanggungan.”

[Al-Umm, juz 1, m/s 278-279]

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata: “Jika ahli keluarga si mati membuat makanan untuk orang ramai dan menghimpun mereka kepada makanan itu, maka ianya tidak ada sandaran riwayat yang boleh dipegang sedikit pun, dan perbuatan itu bid’ah yang tidak disukai. Berdalil dengan hadis Jarir bin Abdullah radhiallahu ‘anhu: “Kami mengira perhimpunan kepada ahli keluarga si mati dan membuat makanan selepas pengebumiannya adalah dari ratapan kematian.”

[Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, juz 5, m/s 286]

Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatoni rahimahullah berkata: “Dan demikian lagi yang dikerjakan manusia dengan barang yang dinamakan dia dengan kaffarah dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan tujuh harinya dan dua puluh dan empat puluh dan umpamanya, yang demikian itu haramkah atau makruh atau harus? (Maka dijawabnya) Maka adalah segala yang tersebut makruh yang dicela pada syarak kerana tegah pada syarak kata Syeikh Ibnu Hajar tiada sah wasiatnya.”

[Kitab Furu’il Masa-il (المسائل فروع) juz 1, m/s 183]

Antara yang dijelaskan di dalam kitab ini ialah amalan yang dibuat oleh orang ramai yang dinamakan kaffarah dan wahsyah iaitu berkumpul dan berhimpun serta menjamu makanan pada malam pertama selepas dikebumikan si mati, berhimpun dan menjamu makanan pada hari ketujuh, hari keempat puluh dan seumpamanya hukumnya makruh dan dicela oleh syara’.

Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari rahimahullah berkata: “Dan makruh lagi bid'ah bagi yang kematian memperbuat makanan yang disukanya manusia atas memakan dia dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah teradat dan demikian lagi makruh lagi bid'ah bagi segala mereka yang diserunya memperkenankan seruannya.”

[Kitab Sabil Al-Muhtadin (المهتدين سبيل) juz 2, m/s 83]

Antara yang dijelaskan di dalam kitab ini ialah hukumnya bid'ah dan makruh jika mengadakan kenduri selepas kematian (kenduri arwah) dan menjemput orang ramai menghadirinya sama ada jamuan itu sebelum si mati dikebumikan atau selepas dikebumikan. Juga hukumnya makruh dan bid'ah kepada sesiapa yang menghadiri jemputan tersebut.

Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatoni rahimahullah berkata: “Dan sunnah bagi jiran keluarga mayat dan orang yang berkenalan dengan keluarganya, jikalau bukan jirannya sekalipun dan segala kerabatnya yang jauh, membawa makan makanan akan orang yang kematian yang mengenyangkan mereka itu pada hari dan malamnya (serta) menyungguhnyugguh akan mereka itu suruh mereka makan kerana mereka itu terkadang meninggal akan makan sebab sangat terkejut hati mereka itu..Dan makruh lagi bid'ah bagi orang kematian memperbuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia, sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah diadatkan kebiasaan manusia. Demikian lagi makruh lagi bid'ah bagi segala orang yang diserukan dia memperkenankan seruannya. Dan setengah daripada yang qabihah lagi makruh mengerjakan dia barang yang dikerjakan kebiasaan manusia barang dimakan dengan kaffarah dan wahsyah dan tujuh hari dan empat puluh dan umpamanya yang demikian itu..Adapun asal sunnah mensediakan makanan itu pada barang yang dahulunya sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tatkala datang khabar kematian Ja'far bin Abu Talib radhiallahu ‘anhu pada perang mu'tah; “perbuat olehmu bagi keluarga Ja'far makanan maka sesungguhnya telah datang akan mereka itu barang yang membimbangkan mereka itu.” [Kitab Bughyah At-Tullab (الطلاب بغية) juz 2, m/s 33-34]

Antara yang dijelaskan di dalam kitab ini ialah disunnahkan kepada jiran ahli keluarga si mati, kawan-kawan, keluarga si mati dan kaum kerabat yang jauh menyediakan dan membawa makanan kepada ahli keluarga si mati sebagaimana yang disarankan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Hukumnya makruh dan bid'ah jika ahli keluarga si mati menyediakan makanan dan menjemput orang ramai berhimpun dan menjamu makanan kepada mereka selepas pengebumian mayat, pada hari ketujuh, hari keempat puluh dan seumpamanya seperti yang disebutkan.

Banyak lagi pernyataan yang sama dapat kita lihat dalam kitab-kitab pondok yang lain seperti kitab Bahrul Madzi (الماذي بحر) juz 7, m/s 129-130, dan kitab Kasyful Litham (اللثام كشف) juz 1, m/s 85.

Sebagai tambahan dipetik kenyataan tokoh-tokoh semasa mazhab Asy-Syafi’ie iaitu Syeikh Mustafa Khin, Syeikh Mustafa Al-Bugha dan ‘Ali Asy-Syarbaji tentang kenduri arwah: “Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara yang lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya.” [Fiqh Al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam Asy-Syafi’ie (1/263), Damsyik: Dar al-Qalam]

Adat kebiasaan seperti menjemput, menghimpun orang ramai dan menjamu makanan kepada mereka oleh ahli keluarga si mati sebelum atau selepas pengebumian mayat telah menjadi agenda utama kepada sebahagian masyarakat kita selepas berlaku kematian. Adat yang telah lama bertapak ini perlu dilenyapkan kerana ia bertentangan dengan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, bahkan kemasyhuran adat yang membebankan ini telah menenggelamkan ajaran sebenar Islam yang murni ini.

Segelintir rakan kita yang tidak peka dengan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sanggup mendakwa bahawa masalah ini adalah termasuk masalah yang remeh-temeh dan tidak perlu diperbahaskan. Persoalannya ialah, apakah perbelanjaan yang melibatkan beratus-ratus malahan beribu-ribu ringgit kepada tempat yang bid'ah, makruh bahkan haram menurut pendapat yang kuat dan masyhur dalam mazhab Asy-Syafi’ie itu sendiri termasuk perkara yang remeh-temeh?

Kita merasa aneh dan hairan apabila kebanyakan masyarakat bahkan lebih dukacita mereka yang terdiri dari golongan yang bergelar ustaz-ustaz, Tok Guru, pak lebai dan lain-lain menuduh dan melabelkan ‘wahabi’ atau kaum muda ke atas orang-orang yang menyebarkan pendapat-pendapat ulama-ulama agung silam yang mengatakan bid'ah dan makruh bahkan haram apabila ahli keluarga si mati menjemput orang ramai dan mengadakan perhimpunan serta menjamu makanan kepada mereka dan juga mengatakan bid'ah dan makruh bagi mereka yang menghadiri jemputan tersebut.

Ada juga di antara pensyarah-pensyarah agama dan pendakwah-pendakwah yang membela adat istiadat seperti ini dan mendakwa hukumnya adalah sunat bagi keluarga si mati membuat kenduri untuk si mati dengan menjamu makanan kepada orang ramai selepas majlis tahlil arwah diadakan. Mereka bukan sahaja menggalakkan masyarakat supaya meneruskan amalan tersebut, malahan juga menuduh mana-mana pihak yang mendedahkan hukum sebenar yang mana kebenarannya bertentangan dengan adat istiadat itu sebagai orang yang berjalan tanpa haluan atau orang yang tidak mempunyai ilmu yang cukup.

Jawapannya kami bukan mengeluarkan fatwa dan menciptakan hukum baru, tetapi kami hanya memaparkan dan mendedahkan ketetapan hukum yang telah diputuskan oleh para ulama mujtahidin mengenainya. Apakah mereka yang masih berpegang dengan adat istiadat tersebut mempunyai dalil-dalil yang tidak dijumpai oleh para ulama mujtahidin itu? Apakah hujah yang dipegang oleh mereka lebih kuat daripada hujah yang dipegang oleh para ulama mujtahidin tersebut?

Mengakhiri tulisan, adalah sangat diharapkan kepada masyarakat Islam di semua peringkat agar dapat bersama membasmi dan menghapuskan adat yang bid’ah dan menyusahkan bahkan membebankan masyarakat ini dengan menghidupkan sunnah yang sahih demi menjaga kesucian dan kemurnian ajaran Islam yang sebenar dari sebarang penambahan yang tidak pernah diizinkan oleh Allah dan RasulNya.

Daripada Abdullah bin Ja’far radhiallahu ‘anhu berkata; Apabila tiba berita kematian Ja’far bin Abi Talib radhiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli keluarga Ja’far (isteri-isteri dan anak-anak), sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan (menyedihkan) mereka.”

[Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dihasankan oleh At-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Hakim]

Segala derma takziah yang diterima oleh keluarga si mati boleh diinfak atau dibelanjakan pada sedekah-sedekah jariah atas nama si mati seperti membina masjid, membangunkan sekolah-sekolah pendidikan Islam, pusat-pusat tahfiz Al-Quran dan sebagainya. Bahkan hal ini sangat jauh lebih baik dari melakukan perkara yang tidak disyari’atkan yang bertentangan dengan ajaran Islam yang telah sempurna ini. Sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’in.

Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma berkata; Ibu Sa’ad bin ‘Ubadah radhiallahu ‘anhu telah meninggal dunia dan Sa’ad tidak berada di sisinya pada waktu itu, lalu dia mendatangi Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan aku tidak berada di sisinya saat kematian itu, jika aku bersedekah sesuatu atas nama ibuku, apakah ia akan memberi manfaat kepadanya?” Baginda menjawab: “Ya.” Lalu berkata Sa’ad: “Sesungguhnya aku menjadikan Rasulullah sebagai saksi bahawa kebun kurmaku dan segala pokok yang ada di dalamnya ini adalah sedekah ke atas ibuku.” [Hadis Riwayat Al-Bukhari]

Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata; Seorang lelaki telah bertanya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya bapaku telah meninggal dunia dan dia meninggalkan harta dan tidak diwasiatkan, apakah bermanfaat baginya jika aku bersedekah dengan harta tersebut atas namanya?” Baginda menjawab: “Ya.” [Hadis Riwayat Muslim]

Wallahu A’lam.

diambil dari facebook.

Fadhilat Sahih Solat Terawih


Suatu masa dahulu hadis tentang kelebihan solat tarawih yang diriwayatkan dari Saidina Ali RA cukup popular ditampal di papan kenyataan masjid, di blog, email malah di media bercetak.

Antara kandungannya; daripada Saidina Ali RA beliau telah menanyakan kepada Rasulullah SAW tentang fadhilat Solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Jawab Rasulullah SAW tentang fadhilat tarawih sebagai berikut, mulai dari malam pertama sampai malam 30 Ramadhan:

1. Malam Pertama: Diberi balasan seperti bayi baru dilahirkan.
2. Malam Kedua: Diampuni Allah dosanya dan bagi ibu-bapanya jika keduanya mukmin.
3. Malam Ketiga: Diseru oleh malaikat di bawah Arasy dan dengan solat tersebut diampuni Allah dosanya yang telah lalu.
4. Malam Keempat: Dibalas Allah seperti membaca kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Quran.
5. Malam Kelima: Kemudian dikurniai Allah seolah-olah sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.
6. Malam Keenam: Dikurnia Allah seolah-olah dia tawaf di Baitul Makmur dan dipintakan ampun oleh segala batu dan pasir.


7. Malam Ketujuh: Dikurniakan Allah seolah-olah dia berjumpa dengan Nabi Musa AS dan membantu Musa melawan Firaun dan Haman…
8. … demikian seterusnya hingga akhir malam ke-30.

Bagaimanapun, hadis ini adalah hadis palsu, malah tiada sumber asal yang muktamad bagi hadis ini sebagaimana yang disebutkan oleh pakar-pakar hadis.

Maka bagi menggantikan hadis palsu tersebut, ada empat buah hadis yang sabit mengenai kelebihan solat tarawih ini. Iaitu sepertimana berikut;

1. Diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.

Terjemahan;
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan penuh kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.

(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

2. Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya.

حديث عبد الرحمن بن عوف: من صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. رواه النسائي في الكبرى (11،295) والصغرى (2199)، وأحمد (1618، 1645) وابن خزيمة (2015) وابن ماجه (1331) والبيهقي في الشعب (3462).

Terjemahan;
Daripada Abdur Rahman bin Auwf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”.

(HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)

3. Ditulis dari kalangan para siddiqin dan syuhada.

عن عمرو بن مرة الجهني رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أرأيت إن شهدت أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله وصليت الصلوات الخمس وأديت الزكاة وصمت رمضان وقمته، فممن أنا ؟ قال : من الصديقين والشهداء. رواه البزار وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما واللفظ لابن حبان.

Terjemahan;
Daripada ‘Amru bin Murrah al-Juhani RA katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadhan dan berqiam Ramadhan, maka dari golongan siapakah saya ini? Jawab baginda: ”Dari kalangan para siddiqin dan syuhada’”.

(HR al-Bazzar, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)

4. Ditulis baginya pahala seumpama berqiamullail.

حديث أبي ذر : من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة. رواه الترمذي وقال : هذا حديث حسن صحيح -791.

Terjemahan;

hadis Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail”.
(HR al-Tirmizi)

Demikianlah fadhilat-fadhilat yang besar bagi orang yang mengerjakan solat tarawih ini. Kelebihan-kelebihan tersebut tidak tertentu pada malam tertentu sahaja, bahkan ianya adalah umum bagi solat tarawih sepanjang bulan Ramadhan. Semuanya dapat diperolehi dengan kemurahan rahmat Allah Taala bagi mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakannya. Mudah-mudahan fadhilat-fadhilat solat tarawih ini dapat tersebar secara lebih luas menggantikan hadis palsu mengenainya.

Posted @ www.isuhangat.net. Wallahualam.

Mudahnya Perkahwinan di Atas Sunnah



Bila cerita tentang pacaran pada orang bujangan, ramai akan kata seronoknya! Cuma bila masuk bab suruh kahwin, banyaklah alasannya nanti. Antara yang biasa kita dengar adalah alasan muda lagi, duit tak cukup lagi, tak cukup belanja hantaran, kereta belum habis bayar, rumah pun tidak ada lagi, kerja belum stabil, ibu dan bapa tidak bagi lampu hijau dan seumpamanya.

Tapi dalam masa yang sama, sudah hebat berpacaran ke sana ke mari. Keluar berduaan lelaki dan wanita sambil berpegangan tangan bagai dunia mereka yang punya.

Itulah realitinya, ramai di antara kita memandang perkahwinan dari sudut kos dan material. Tetapi lupa dari sudut agama.

Sebenarnya jika kita kembali kepada agama, perkahwinan itu adalah mudah demi menjaga kesucian diri, maruah, dan agama. Yang sukar adalah urusan tanggungjawab dan tahap kematangan dalam pengurusan. Namun itu semua boleh dipupuk asalkan memiliki ketekunan, kesabaran, dan kesediaan untuk belajar.

Kenapa perlu tunggu lama-lama membiarkan maruah dan agama digadai, mengumpul dosa dalam rindu, duit pula habis untuk pacaran? Bukankah itu jauh lebih sukar berbanding membelanjakan sedikit harta untuk sebuah perkahwinan yang benar? Maka, segerakanlah perkahwinan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 6/13, no. 1808. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Jika belanja hantaran buat si gadis menjadi alasannya, bukankah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

إن من يمن المرأة تيسير خطبتها وتيسير صداقها وتيسير رحمها

“Di antara kebaikan wanita adalah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (maskahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).” (Hadis Riwayat Ahmad dan ath-Thabrani. Majma’ az-Zawa’id, 4/516, no. 7482)

Sekiranya maskahwin pun dituntut supaya dipermudahkan, mengapa mahu menambah-nambah dengan beban hantaran yang Nabi sendiri tidak pernah syari’atkan? Bukankah ini bertentangan dengan hadis Nabi tersebut bahawa pernikahan yang baik adalah yang paling mudah. Ini merangkumilah mudah dari aspek perbelanjaan dan pengurusan.

Sehingga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri pernah menikahkan sahabat dengan mahar yang begitu mudah, iaitu antaranya dengan mahar cincin besi dan mengajar hafaz bacaan sebahagian ayat al-Qur’an. Kenapa kita pula bertindak meninggalkan sunnah Rasulullah dan memilih perkara yang menyusahkan lagi membebankan diri sendiri?

Perlu kita fahami bahawa pernikahan itu bukanlah pasar untuk memperdagangkan anak gadis melalui kutipan belanja hantaran daripada pihak suami. Sebaliknya ia adalah ikatan untuk menuju hidup bahagia berpasangan dengan cara yang syar’i. Bukankah wang dan belanja hantaran yang adakalanya mencecah puluhan ribu ringgit itu lebih baik diguna menampung keperluan hidup berumah-tangga, seperti kos tempat tinggal, kenderaan, dan kehadiran anak-anak kelak?

Selari dengan pesanan Rasulullah bahawa sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah, majlis kendurinya pun turut dianjurkan dengan cara yang mudah. Selain itu, turut dianjurkan supaya kita menghulur bantuan perbelanjaan walimah kepada pasangan baru bernikah.

Ketika Rasulullah mengetahui sahabatnya ‘Abdurrahman B. ‘Auf baru sahaja bernikah, Rasulullah pun berkata kepadanya (sambil terlebih dahulu mendoakannya):

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ

“Barakallahu laka (semoga Allah memberi berkah kepadamu), adakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab an-Nikah, 16/131, no. 4758)

Berdasarkan hadis ini, mengadakan walimah (menjamu orang makan) dengan sebab pernikahan adalah disyari’atkan. Walaupun begitu, walimah tidaklah mesti dilakukan dengan seekor kambing. Tetapi perlulah bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri pernah melaksanakan walimah ketika pernikahannya bersama Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur keju dan tepung hasil sumbangan para sahabat yang hadir sebagaimana diriwayatkan Imam al-Bukhari. Terdapat juga hadis yang menunjukkan Rasulullah hanya menjemput beberapa orang lelaki meraikan walimah perkahwinannya di waktu yang lain.

Ia tidaklah seperti sebahagian daripada kita hari ini yang berlebih-lebihan dalam walimah sehingga sanggup membuat pinjaman kewangan demi merealisasikan kenduri perkahwinan yang mahu dilihat gah dan besar.

Menurut sunnah, majlis walimah yang dianjurkan Rasulullah itu tidak lebih dari sekadar jamuan makan dengan bergembira meraikan pasangan yang berkahwin. Ini berlangsung dengan cara menghadiri dan mendoakannya dengan kebaikan. Sehingga orang-orang yang berpuasa pun turut wajib menghadirkan diri ke majlis walimah jika mendapat jemputan.

Dalam masa sama, majlis walimah ini tidaklah sewajarnya diiringi dengan maksiat dan kemungkaran. Sangat menyedihkan perkara-perkara maksiat dalam acara-acara walimah hari ini dilihat begitu subur. Sehingga ada yang sanggup berbelanja besar kerananya pula. Perkara ini wajib kita sedari dari awal agar tidak terus menular.

Di antara perkara buruk yang telah mula membudaya dalam majlis-majlis walimah hari ini yang dapat penulis sebutkan adalah seperti budaya mendedahkan aurat dan tabarruj (berdandan) untuk tontonan umum dalam praktik persandingan, menghambur-hambur harta (membazir) untuk menunjuk-nunjuk dan mendapat pujian, mencukur kening dan janggut, mengkhususkan adanya acara potong kek dan menyarung cincin perkahwinan, adat bersanding dan pelamin, upacara merenjis dan menepung tawar demi meraih keberkatan, bersalam-salaman dengan yang bukan mahram, acara tahlilan khas memohon restu nenek moyang, menjemput bomoh tolak hujan, majlis karaoke dan nyanyi-nyanyian, permainan kuda kepang, menggantung gambar pengantin, dan seumpamanya.

Hukum mendedahkan aurat adalah suatu yang maklum di kalangan umat Islam. Lebih lagi apabila berlaku pembaziran wang untuk belanja solekan, set baju yang menggambarkan bentuk tubuh wanita, dan mencukur kening demi kelihatan cantik. Ini semua termasuk bentuk-bentuk peragaan tubuh ala jahiliyah yang telah diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya), “Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah-laku seperti orang-orang Jahiliyyah.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)

Manakala acara khas sesi sarung cincin dan potong kek perkahwinan pula ia termasuk meniru-niru adat keagamaan kaum kafir yang tidak pernah sedikitpun dianjurkan dalam sunnah Rasulullah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum (dalam urusan khas agama), maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 11/48, no. 3512. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Malah penulis difahamkan harga sebuah set kek perkahwinan sahaja sudah mencecah sehingga ratusan dan ada yang mencecah ribu ringgit.

Manakala amalan meminta individu tertentu untuk menolak dan menahan hujan dengan jampi tertentu agar majlis dapat berjalan lancar, maka ini termasuk pula ke dalam perbuatan syirik.Ini sama juga dengan adat menepung tawar yang tidak diketahui asal-usulnya dari ajaran agama Islam. Sebenarnya untuk tujuan ini, cukuplah dengan berdoa kepada Allah dan bersedia dengan sebarang kemungkinan secara teknikal.

Jika di dalam majlis-majlis walimah tertentu mengandungi praktik-praktik maksiat seperti ini, terdapat petunjuk Rasulullah supaya tidak menghadirinya atau sekiranya mampu maka berilah nasihat dan teguran.

Dari itu, mudahkanlah pernikahan dan majlisnya. Ambillah sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai pedoman dan ikutan. Berbanggalah dengan kemuliaan Islam, bukan dengan maksiat, kemungkaran dan pembaziran. Hindarilah juga budaya pacaran tanpa nikah! Semoga semaian cinta dan majlis kita mendapat berkah dan keredhaan Allah. Itulah yang perlu kita cari dan kejar. Wallahu a’lam.

abu humaira

Jika Musibah Datang, Allah Tempatmu Bergantung


Ketenangan dan kebahagiaan hidup tidak boleh diukur dengan banyaknya wang ringgit, perhiasan yang mewah dan mahal, istana yang indah atau anak-anak yang ramai. Semua itu boleh menjadi boomerang yang memusnahkan pemiliknya jika si pemilik tidak pandai menggunakannya dengan baik.

Adakalanya hidup ini dirasa tidak bererti, maka ramai yang kesal dengan nasib dirinya, putus asa dan bersedih. Penyakit-penyakit manusia moden pada hari ini banyak berpunca daripada jiwa. Jika jiwa terasa hampa, akan terdengarlah nyanyian duka yang begitu menyayat hati. Rupanya bukan hanya orang miskin yang menderita penyakit ini, bahkan orang kaya lebih parah dan terdedah kepadanya.

Semua kenikmatan terlalu susah untuk disyukuri apabila ujian Allah datang. Hal ini diungkapkan dalam surah al-Fajr ayat 15 dan 16 yang bermaksud: “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku.”

Sesungguhnya kesedihan itu sering berpunca daripada hilangnya nikmat yang Allah SWT berikan kepada manusia. Isteri kehilangan suami yang kahwin lain, seorang lelaki yang kehilangan pekerjaan, orang yang diancam hutang, orang tua yang memiliki anak-anak yang derhaka atau remaja yang merasa tidak dihargai ibu bapanya. Musibah seperti ini jika diterima dengan hati yang lapang, iman yang kuat dan kemampuan mengawal perasaan serta sikap yang positif dan berani akan menjadi tidak bererti pada diri yang terkena musibah.

Sebagaimana firman Allah SWT yang menjadi penghibur kepada jiwa Rasul-Nya yang dilanda kesedihan kerana beban dakwah yang berat. Firman Allah SWT dalam Surah al-Insyirah ayat 1-6 yang bermaksud: “Bukankah telah kami lapangkan dadamu (wahai Muhammad). Dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu. Yang memberatkan bahumu. Dan kami tinggikan bagimu sebutan namamu. Kerana sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kemudahan. Selepas kesusahan ada kemudahan.”

Yakinilah kalimah Allah yang Maha Suci ini bahawa: “Setiap kesusahan ada kemudahan,” mendung dan ribut hujan akan hilang oleh pelangi yang menawan. Kita perlukan sikap berani dalam menerima setiap musibah. Kegagalan adalah hanyalah suatu proses bagi mendapatkan kejayaan. Islam yang kita banggakan ini mengajar kita untuk melalui musibah dengan beberapa teknik bagi menghadapinya iaitu:

Pertama; Zikrullah iaitu ingat kepada Allah. Sebutlah nama-Nya, katakanlah kita memerlukan pertolongan-Nya dan redha dengan segala ketentuan-Nya. Pada saat benturan yang keras dan menyakitkan itu datang, kembalilah kita kepada Allah, menangislah kerana syukur masih banyak lagi nikmat Allah yang kekal sedia ada pada kita. Bukannya menangis kerana putus asa dari rahmat Allah. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Berprasangka baiklah kepada Allah. Ini akan menyejukkan hati. Allah SWT berfirman dalam hadits qudsi yang bermaksud: “Aku menurut sangkaan hamba-Ku.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika kita menerimanya sebagai kebaikan dari Allah maka akan jadi baiklah musibah itu. Tetapi jika kita meraung dengan penuh kemarahan dan tidak mahu menerimanya, akan datanglah kemurkaan Allah. Antara bentuk kemurkaan-Nya adalah kita dibiarkannya berputus asa, menyakiti diri sendiri, bahkan depresi. Tanda kemurkaan Allah juga adalah Dia membiarkan kita dengan tidak diberinya hidayah atau petunjuk untuk memperbaiki keadaan yang berlaku ketika itu.

Oleh itu berzikirlah dengan penuh keredaan kepada-Nya. Sepertimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW apabila kita mendapat musibah bacalah:
“Aku reda dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasulku.”

Elok juga jika kita renungkan kata-kata hikmah ini: “Redalah kamu dengan nikmat Allah yang sedikit nescaya Ia reda kepada amalmu yang sedikit.”

Kedua, Ubatilah kesedihan dengan berbuat sesuatu yang bermanfaat. Mulakan usaha ini dengan mengatur masa yang baik. Buatlah jadual aktiviti seharian dengan teratur, kerana masa begitu bernilai. Jangan rehatkan diri terlalu lama kerana ingatan kepada kesedihan kita akan kembali lagi. Mengemas rumah atau bilik pejabat, menanam bunga dan menziarahi sanak saudara. Membaca juga baik untuk menajamkan akal dan mengubat perasaan. Buku yang paling baik untuk dibaca pada masa itu adalah buku-buku motivasi, sirah Rasulullah dan kisah perjuangan sahabat-sahabat Rasulullah atau buku tentang biografi orang-orang yang berjaya. Kisah cinta yang menyedihkan atau kisah kehidupan yang penuh tragedi dan penderitaan boleh memberi kesan negatif kepada orang yang sedang mengalami kegoncangan jiwa. Senaman badan juga elok untuk memudahkan mengantuk dan tidur malam sehingga bayangan kesedihan tidak akan sempat mengganggu pada malam hari.

Ketiga, memaksa hati khusyuk walaupun pada ibadat yang sedikit.
Sembahyang lima waktu pada hakikatnya mengingatkan diri kita kepada alam akhirat. Jadikan tikar sembahyang seakan-akan titian sirat, kain sembahyang ibarat kafan, di kanan syurga, di kiri neraka, di hadapan timbangan amal dan di belakang syaitan musuh yang dahsyat. Maka kita akan memujuk pada diri sendiri: ”Jangan bersedih atas musibah di dunia kerana kengerian dan kedahsyatan akhirat lebih menakutkan berbanding dengannya.”

Khusyuk bukan pada sembahyang sahaja tetapi dalam sedekah ada khusyuk dalam membaca Al-Quran ada khusyuk, puasa dan hajipun ada khusyuk. Kesedaran hati tentang kehadiran dan pengamatan Allah kepada kita itulah dia khusyuk. Betapa indahnya seseorang yang sentiasa diperhatikan kekasihnya, didengar segala keluhannya, dijanjikan dengan syurga yang penuh kenikmatan serta disembuhkan lukanya dengan kepuasan beribadat kepada-Nya.

Keempat, membandingkan musibah pada diri kita dengan musibah orang lain yang lebih dahsyat dan menyedihkan. Betapa beruntungnya kita yang masih dikurniakan nikmat hidup untuk bertaubat kepada Allah. Sentuhan ajaib Tuhan pada hati kita sehingga kita menyedari kesilapan sendiri itulah pertolongan-Nya. Musibah ini umpama hilangnya sebutir bintang, bukankah masih ada berjuta yang masih berkilauan? Allah mengambil yang sedikit dan memberi terlalu banyak pada kehidupan kita.

Bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu, itulah tanda iman yang sebenar-benarnya. Sambutlah hari esok dengan keceriaan kerana hidup ini terlalu berharga untuk ditangisi.

Perkara Halal Yang Paling Dibenci Oleh Allah S.W.T.


Matan hadis:

عَنْ ابْنِ عباس عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى الطَّلَاقُ

Dari Ibnu Abbas dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Perkara halal yang paling Allah benci adalah perceraian."

(Sahih) (Sunan Abi Daud, Kitab Talaq: 1863, diriwayatkan juga oleh Ibnu Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabrani dalam al-Kabir dan Ibnu Adi dalam al-Kamil)

[Petikan kitab: Al-Ahaadith an-Nabawiyah al-Mutadawalah Fi Hayatina al-Yaumiyah, Dr Athif al-Miliji]



Wordless Wednesday


Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar[298].

Sujud Tilawah & Ayat-Ayat Sajadah

ٌRakyat Indonesia sedang solat berjemaah di tepian pantai

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله.اما بعد

Hukum Sujud Tilawah Ditujukan pada Siapa ?

[Pertama] Sujud tilawah ditujukan untuk orang yang membaca Al Qur’an dan ini berdasarkan kesepakatan para ulama, baik ayat sajadah dibaca di dalam solat ataupun di luar solat.

[Kedua] Lalu bagaimana untuk orang yang mendengar bacaan Qur’an dan di sana terdapat ayat sajadah? Apakah dia juga dianjurkan sujud tilawah?

Dalam kes kedua ini terdapat perselisihan di antara para ulama.
Pendapat pertama mengatakan bahawa orang yang mendengar bacaan ayat sajadah dianjurkan untuk sujud tilawah, walaupun orang yang membacanya tidak melakukan sujud. Pendapat pertama ini dipilih oleh Imam Abu Hanifah, Imam Asy Syafi’i, dan salah satu pendapat Imam Malik.

Pendapat kedua mengatakan bahwa orang yang mendengar bacaan ayat sajadah ikut bersujud jika dia menyemak bacaan dan jika orang yang membaca ayat sajadah tersebut ikut bersujud. Pendapat kedua ini dipilih oleh Imam Ahmad dan salah satu pendapat Imam Malik. Inilah pendapat yang lebih kuat.

Dalil dari pendapat kedua ini adalah dua hadits shahih berikut:
Hadith Ibnu ‘Umar: “Nabi shallalahu ‘alaihi wa sallam pernah membaca Al Qur’an yang di dalamnya terdapat ayat sajadah. Kemudian ketika itu beliau bersujud, kami pun ikut bersujud bersamanya sampai-sampai di antara kami tidak mendapati tempat kerana posisi dahinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Ibnu Mas’ud pernah mengatakan pada Tamim bin Hadzlam yang saat itu adalah seorang pemuda (ghulam), -tatkala itu dia membacakan pada Ibnu Mas’ud ayat sajadah-,
اسْجُدْ فَإِنَّكَ إِمَامُنَا فِيهَا
“Bersujudlah kerana engkau adalah imam kami dalam sujud tersebut.” (Diriwayatkan oleh Al Bukhari secara mu’allaq). Al Bukhari membawakan hadits Ibnu ‘Umar di atas dan riwayat Ibnu Mas’ud ini pada Bab “Siapa yang sujud kerana sujud orang yang membaca Al Qur’an (ayat sajadah).”

Perhatian: Disyariatkan bagi orang yang mendengar bacaan ayat sajadah kemudian dia ikut bersujud adalah apabila orang yang diikuti termasuk orang yang layak jadi imam.

Jadi, apabila orang yang diikuti tadi adalah anak kecil (shobiy) atau wanita, maka orang yang mendengar bacaan ayat sajadah tadi tidak perlu ikut bersujud. Inilah pendapat Qotadah, Imam Malik, Imam Asy Syafi’i dan Ishaq. (Lihat Al Mughni, 3/98)

Ayat-ayat sujud sajadah ialah:

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19

Nota: Perlu dinyatakan bahawa bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 menurut Syafi'iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk sujud syukur (keterangan sujud syukur akan menyusul selanjutnya). Bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 pula menurut madzhab Syafi'iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah.

Untuk mengenali ayat-ayat sajadah itu di dalam al-Qur'an, kebiasaannya pada ayat-ayat itu ada ditandakan garis atau simbol dengan tertulis perkataan sajadah.

Matematik Dalam Solat


Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari-semalam jumlahnya ada 34 minit.

Maksudnya?

Dalam sehari hanya kita menggunakan sebanyak 2.4 % dari 1440 minit (60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit atau 3.96 jam. Dalam sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86 jam. Dan setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari.


Jika rata-rata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangkan dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Itu bermakna, sepanjang hidupnya kita melaksanakan solat fardlu selama 571,200 minit atau lebih kuranf 9.520 jam, atau 396.7 hari (1.1 tahun).

Bayangkan, selama hidup, kita hanya meruangkan masauntuk solat fardhu selama 1.1 tahun, atau dalam satu tahun hanya 7.93 hari, atau dalam satu hari hanya 34 minit. Dari sini terlihat betapa jauhnya perbandingan ketaatan kita kepada Allah SWT dengan nikmat yang diberikan-Nya kepada kita dengan nikmat usia.

Maka sangat malang, apabila ada orang yang tidak melaksanakan solat kerana alasan tidak ada masa,tak sempat atau sibuk. Padahal, jika kita jujur terhadap diri sendiri, kita boleh lama-lama berbual di telefon, di depan komputer, jalan-jalan, menonton TV,melepak dan lain-lainnya.

Ingatlah, Abu Zubair menceritakan bahawa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata,

”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat’.” (HR Muslim).

Oleh kerana itu, jangan pernah merasa puas dan berbangga diri dengan ibadah yang telah kita laksanakan. Sebab boleh jadi ibadah kita, terutama solat, tidak akan bermakna apa-apa apabila amalan itu kita kerjakan dengan tidak ikhlas. Apalagi berharap surga. Allah menyindir orang yang demikian dengan pendusta agama. (QS Al-Maun [107]: 1-7).

Jadi, jangan hanya berangan masuk syurga dengan selembar tiket solat fardhu.

Silakan menjaring rahmat Allah dengan membuat banyak amal soleh. Berinfak,solat sunat,membaca Al-Quran, zakat, puasa, haji, berbaik dengan jiran,menyambung silaturahim, mengurus keluarga, belajar, menderma anak yatim, tidak membuang sampah sembarangan, bahkan hanya tersenyum kepada kawan pun termasuk amal soleh. Wallahualam.

Sifat Puasa Nabi saw (صفـة صـوم النبي صلى الله عليه وسلم ) karangan Syiekh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibrin


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه ، أما بعد:

Ini merupakan ringkasan sifat Puasa Nabi saw - dimana didalammnya meliputi kewajipan, adab2, do'a2, hukum2 bersekitar puasa, jenis manusia yang berpuasa, perkara yang membatalkan puasa, dan faedah2 lain. Kita memohon petunjuk Allah agar orang2 Islam mengamalkan sunnah Nabi saw pada semua peringkat, dari yang kecil sehinggalah yang dewasa/tua. Demi Allah yang memberi petunjuknya.
Ta'rif Puasa : merupakan ibadat kepada Allah dengan meninggalkan perkara2 yang dilarang dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam. Nabi saw bersabda :
بني الإسلام على خمس: شهادة أن لا إله إلا الله، وأن محمداً رسول الله، وإقام الصلاة، وإيتاء الزكاة، وصوم رمضان، وحج البيت الحرام
"Islam dibina atas 5 perkara : mengucap syahadah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan Haji ke Baitullaah al-Haram" [mutafaq 'alaih].
Orang2 yang berpuasa :-
* Puasa wajib bagi semua orang Islam yang Baligh dan berakal dan bermukim.
* Orang kafir tidak wajib puasa, dan mereka tidak perlu qadha' puasa jika mereka memeluk Islam.
* Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib puasa, akan tetapi disuruh melakukannya agar merekaa menjadi biasa dengan berpuasa.
* Pesakit yang mempunyai penyakit (emergency) dan sedang menunggu sembuh boleh bebuka puasanya dan setelah sembuh boleh mengqadha'nya kembali.
* Orang gila tidak wajib puasa, dan tidak boleh memberi dia makan jika dia sudah besar, dan orang yang 'insane' contohnya tiada diskriminasi terhadapnya, dan orang tua yang nyayuk tidak juga ada diskriminasi terhadap mereka.
* Orang yang tak berupaya ('aajuz) berpuasa atas sebab kekal (permanent) sebagaimana orang tua atau pesakit yang tiada harapan sembuh - setiap hari yang tidak berpuasa diberi makan kepada orang miskin.
* Wanita yang hamil dan menyusu jika menhadapi kesukaran keatasnya berpuasa disebabkan mengandung atau menyusu, boleh berbuka dan boleh menqadha' puasanya apabila datang keringanan dan hilangnya kebimbangan.
* Wanita datang haidh dan Nifas tidak boleh berpuasa didalam sedemikian, dan mengqadha' apa yang tertinggal.
* Melakukan operasi penyelamat (rescue) dari mati lemas atau kebakaran boleh berbuka untuk menyelamatkannya dan hendaklah diqadha' puasa.
* Orang yang bermusafir diberi pilihan berpuasa atau berbuka, dan wajib mengqadha' sekiranya berbuka didalam permusafiran, samada bermusafiran yang 'emergency', atau sepertimana Umrah, atau sentiasa bermusafir seperti pemandu teksi, mereka boleh berbuka selama mana mereka tidak berada dinegara mereka.
Hukum-hukum didalam berpuasa
1-Niat :
Wajib berniat didalam puasa. Kewajipannya sebelum terbit fajar, Nabi saw bersabda :
من لم يُجمِع الصيام قبل الفجر فلا صيام له
"Barangsiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya"[Shahih Abi Daud]
Sabda Nabi saw didalam hadith lain :-
من لم يبيت الصيام من الليل فلا صيام له
"Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malamnya maka tiadalah puasa baginya" [Sahih al-Nasaa'i].
Niat tempatnya dihati, melafaznya tidaklah datang dari nabi saw, dan tiadalah mana-mana para sahabat Nabi ra. melakukannya.
[Komentar : Umumnya, masyarakat Islam masih bergantung kepada Lafaz Niat : "Nawaitu Sauma ghadin..." dan bukannya azam untuk melakukan puasa pada keesokkan harinya. Yang menjadi rukun adalah niat yang berbentuk azam]
2- Waktu berpuasa :
Firman Allah swt :
وكلوا واشربوا حتى يتبين لكم الخيط الأبيض من الخيط الأسود من الفجر
"Makan dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang (garis) putih dari benang (garis) hitam, iaitu fajar" [surah al-Baqarah : 187]
* Fajar Kazib - padanya tidak dibenarkan solat fajar, tidak diharamkan makan dan minum. Ia merupakan cahaya putih terang yang berbentuk segi empat (komentar : seperti tiang cahaya putih yang menegak selama 20min sebelum fajar sebenar/solat fajar).
* Fajar Saadiq - padanya diharamkan makan bagi yang berpuasa, dibenarkan solat fajar, kelihatan segi empat merah diatas puncak gunung ganang.(komentar : garis putih bertebaran secara mendatar).
Apabila malam tiba dari arah timur dan berlalu dari arah barat, dan matahari terbenam, maka boleh berbuka puasa. Nabi saw bersabda :
إذا أقبل الليل من هاهنا وأدبر النهار من هاهنا، وغربت الشمس فقد أفطر الصائم
"Apabila datangnya malam dari sini dan berlalunya siang dari sini, dan terbenamnya matahari, maka berbukalah puasa" [Hadith Mutafaq a'alaih].
Perintah ini bermula apabila bebola matahari hilang dan jika zahirnya zahir.
3-Sahur
Sabda Nabi saw :
فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السحر
"Perbezaan puasa diantara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur:" [Hadith Riwayat Muslim]. Bersabda Nabi saw didalam hadith yang lain :
البركة في ثلاثة: الجماعة، والثريد، والسحور
"Barakah ada didalam 3 perkara : Jemaah, bubur dan sahur" [Hadith Riwayat al-Tabarani didalam al-Kabir].
Sahur merupakan berkat yang zahir, tidak harus ditinggalkan, kerana patuh kepada Sunnah. Sahur memberi kekuatan bagi yang berpuasa. Ia merupakan makanan yang diberkati sebagaimana Nabi saw menyebut namanya : "Anda telah sampai kepada makanan yang diberkati" [Sahih Abu Daud]. Sabda Nabi saw lagi :
السحور أكلة بركة فلا تدعوه ولو أن يجرع أحدكم جرعة من ماء، فإن الله وملائكته يصلون على المتسحرين
"Makan Sahur adalah berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun salah seorang dari muka yang meminum seteguk air, kerana sesungguhnya Malaikat berselawat keatas orang2 yang bersahur" [Hadith Hasan riwayat Imam Ahmad]. Sabda Nabi saw lagi :
نعم سحور المؤمن التمور
"Nikmat Sahur orang beriman adalah kurma" [Sahih Riwayat Abi Daud].
Dan telah menjadi petunjuk Nabi saw agar melewatkan sahur sebaik2 sebelum subuh/fajar.
[Komentar : waktu Imsak yang diamalkan seperti 10min sebelum masuk waktu fajar bukanlah diamalkan oleh para2 salaf. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa kebanyakkan ulama Salaf bertolanransi didalam bab makan sahur sehingga hampir fajar. Begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan berkumandang, adalah sunnah baginya menyelesaikan hajatnya dan bukan meludahkan air. Sabda Nabi saw : (إذا سمع أحدكم النداء، والإناء على يده، فلا يضعه حتى يقضي حاجته منه) "Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan sementara piring sudah ditangan, janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya" [Hadith Riwayat al-Hakim]]
4-Apa yang orang berpuasa perlu tinggalkan :
* Menipu : Nabi saw bersabda :
من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله عز وجل حاجة أن يدع طعامه وشرابه
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan menipu dan beramal dengannya, maka tidaklah Allah swt berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya" [Hadith Riwayat al-Bukhari].
* Percakapan yang karut dan kotor. Nabi saw bersabda :
ليس الصيام من الأكل والشراب ، وإنما الصيام من اللغو والرفث ، فإن سابَّـك أحد أو جَهِل عليك فقل : إني صائم
"Bukanlah dari itu dari makan dan minum, namum puasa adalah [menahan diri] dari bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan : sesungguh aku sedang berpuasa" [Hadith Sahih Ibn Khuzaimahj].
5- Apa yang dibenarkan didalam berpuasa :
* Orang berpuasa yang masih berjunub : dari 'Aisyah ra :
كان يدركه الفجر وهو جنب من أهله ثم يغتسل ويصوم
"Telah masuk fajar dan baginda masih berjunub dengan isterinya, kemudian dia mandi dan berpuasa" [Hadith Muttafaq a'alaih].
* Orang berpuasa yang bersiwak : Nabi saw bersabda :
لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل وضوء
"Jika tidak menyusahkan umatku, nescaya aku memerintahkan mereka bersiwak setiap kali berwudhu'" [Hadith Muttafaq a'alaih].
Nabi saw tidak mengkhaskan orang berpuasa dengan yang lain, dan ini juga satu isyarat bahawa orang yang berpuasa boleh bersiwak pada setiap kali wudhu' dan setiap kali solat, pada setiap waktu samada sebelum tergelincir atau selepasnya.
* berkumur2 dan memasukkan air melalui hidung : Nabi saw berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan tetapi dia tidak melakukannya secara melampau-lampau. Sabda Nabi saw :
وبالغ في الاستنشاق إلا أن تكون صائماً
"Berlampau2 didalam memasukkan air kedalam hidung melainkan ia sedang berpuasa" [hadith Shahih Abu Daud]
* Orang berpuasa bercumbu dan bercium : Dari 'Aisyah ra. berkata :
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقبّل وهو صائم، ويباشر وهو صائم، ولكنه كان أملككم لإربه
"Rasulullah saw pernah mencium dan dia sedang berpuasa, dia pernah bercumbu dan dia berpuasa, akan tetapi bagindalah orang yang kuat menahan syahwatnya dari kamu sekalian" [Muttafaq 'alaih].
Baginda tidak menyukai dilakukan keatas orang muda, kecuali yang tua. Baginda bersabda :
إن الشيخ يملك نفسه
"Sesungguh orang tua mampu menahan diri mereka sendiri" [Hadith Sahih Riwayat Ahmad].
* Pemeriksaan dan mengambil darah - jarum tersebut tidak bermaksud makanan, ia tidak membatalkan puasa, kerana ia bukanlah makanan dan tidak sampai kepada jantung.
* Menampal gigi (uprooting) - tidak membatalkan puasa
* Merasai makanan : hadnya tidak sampai kepada halkum, dan begitu juga dengan penggunaan ubat gigi. Dari Abbas ra. berkata :
لا باس أن يذوق الخل أو الشيء ما لم يدخل حلقه وهو صائم
"'Tidak mengapa dia merasai (taste) cuka atau apa2, selagi ia tidak memasuki halkum, dan dia masih berpuasa" [Riwayat al-Bukhari[
* Memakai celak dan ubat mata (drops) yang memasuki mata - perkara ini tidak membatalkan puasa, samada menjumpai makanan di tekak, atau tidak menjumpainya. Berkata Imam al-Bukhari didalam sahihnya :
ولم ير أنس والحسن وإبراهيم بالكحل للصائم باساً
"Tidak tidak melihat apa2 masalah bagi Anas, hasan dan Ibrahim dengan bercelak memcacatkan orang berpuasa"
[Komentar : Perkara2 yang dianggap boleh membatalkan puasa seperti korek hidung, korek telinga, pakai eye drop, ambil darah, sembelit dan kesemuanya bukanlah merupakan perkara2 yang membatalkan puasa.]
6- Berbuka Puasa :
* Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah Nabi saw dan juga larangan kaum Yahudi dan Nasrani, mereka melewat2kannya, mereka melambat-lambatkan waktunya. Nabi saw bersabda :
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
"Sentiasa manusia itu berada didalam kebaikkan selama dia mendahulukan berbuka puasa" [Hadith Muttafaq 'alaih].
* Berbuka sebelum Solat Maghrib : dari Anas ra. berkata :
كان رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يفطر قبل أن يصلي
"Rasulullah saw pernah berbuka sebelum bersolat' [Hadith hasan riwayat Abu Daud]. Apa yang baginda makan sewaktu berbuka? Dari
Anas bin Malik ra. berkata :
كان النبي - صلى الله عليه وسلم - يفطر على رطبات قبل أن يصلي، فإن لم يكن رطبات فتمرات، فإن لم يكن تمرات حسا حسوات من ماء
"Nabi saw berbuka dengan Rutbaat (kurma matang) sebelum solat, dan jika tidak ada kurma matang maka beberapa biji kurma biasa, dan jika tiada kurma biasa, cukuplah dengan beberapa teguk air" [Hadith Sahih Abi Daud].
* Apa yang baginda ucapkan ketika berpuasa? Nabi saw berkata :
للصائم عند فطره دعوة لا ترد
"bagi orang yang berbuka, do'anya tidak akan tertolak" [Hadith Sahih Ibn Majah].
Nabi saw semasa berbuka puasa berdo'a :
ذهب الظمأ وابتلت العروق، وثبت الأجر إن شاء الله
"Telah pergi kehausan dan telah membasahi urat-urat, dan pasti ganjaran dengan kehendak Allah" [Hadith Sahih Abi Daud]
[Komentar : Adalah tidak betul perbuatan seseorang yang melewatkan berbuka disebabkan baginya azan maghrib masih berkumandang. Begitu juga dengan do'a berbuka puasa yang masyhur dikalangan kita :(اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت)- Allahumma laka Sumtu ....." yang sebenarnya status hadith tersebut adalah dhaif. Hadith Sahih bagi menggantikan do'a ini adalah seperti diatas dan transliterasinya adalah : "Dhahaba al-zama’ wa abtalat al-‘urooq wa thabata al-ajr in sha Allaah"]
7 - Perkara yang membatalkan puasa
* Makan dan minum dengan sengaja : samaada ianya bermunafaat atau mudharat seperti asap. Jika dia terlupa atau tersilap atau dipaksa maka tidaklah mengapa dengan kehendak Allah. Nabi saw bersabda :
إذا نسي فأكل وشرب فليتم صومه ، فإنما أطعمه الله وسقاه
"Jika seseorang terlupa lalu di makan dan minum air, maka sempurnakanlah puasanya, kerana sesungguhnya Allah lah yang memberi dia makan dan minum" [Hadith Muttafaq 'alaih].
* Muntah dengan sengaja : iaitu mengeluarkan apa yang ada didalam perut melalui mulut. Sabda Nabi saw :
من ذرعه القيء فليس عليه قضاء، ومن استقاء فليقض
"Barangsiapa yang muntah (tidak sengaja, sedangkan dia sedang berpuasa) tidak ada qadha' baginya, dan barangsiapa yang sengaja maka baginya qadha'"[Hadith Sahih Abu Daud].
Maka jika muntah tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa.
* Berjima' : jika berlaku pada siang hari Ramadhan dari orang yang berpuasa wajib, maka keatasnya qadha' kafaarah, iaitu membebaskan seorang hamba, dan jika tidak menjumpai hendaklah berpuasa 2 bulan berturut2, dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin.
* Injeksi makanan : iaitu menyalurkan bahan makanan melalui usus atau darah dengan tujuan pemakanan keatas pesakit, dan jenis-jenis ini membatalkan puasa, kerana ini masuk melalui rongga.
* Haidh dan Nifas : keluar darah dari wanita sebahagian hari siang samaada menjumpainya awal atau akhir, dia harus berbuka dan mengqadha'nya.
* Mengeluarkan mani : melakukan onani (masturbation) atau bercumbu atau bercium, atau apa perbuatan kearah itu, dan jika ia bersangkutan dengan pendewasaan, maka ia tidak membatalkan puasa kerana ia bukanlah diatas kehendak mereka yang berpuasa.
* Keluarnya darah : contohnya pendarahan berlaku kepada yang berpuasa, diberikan ganti atas apa yang dikeluarkan.
8-Qadha' Puasa
Adalah mustahab (digalakkan) menyegerakan diri untuk qadha' puasa dan tidak disukai melewatkannya, tidak wajib berturut2 didalam Qadha'. Pada ulama' bersetuju secara ijma' bahawa barangsiapa yang mati dan dia juga meninggalkan solat maka tiada qadha' baginya. Begitulah dari golongan yang lemah ('ajuz) yang tidak berpuasa sekalipun didalam hidupnya, mereka dikehendaki memberi makan hari-hari yang ditinggalkan kepada orang miskin. Akan tetapi, barangsiapa yang sedang berpuasa mati, maka wajib puasa keatasnya. Sabda Nabi saw :
من مات وعليه صوم صام عنه وليه
"Barangsiapa yang mati sedangkan ia masih mempunyai puasa wajib, maka berpuasalah walinya untuknya" [Hadith Muttafqa 'Alaih]
9-Berpuasa tetapi meninggalkan solat :
Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meninggalkan satu rukun penting didalam rukun2 Islam selepas Tauhid. Puasa tersebut tidak bermunafaat apa2 selama-mana dia meninggalkan solat. kerana sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung kepadanya. Meninggalkan solat telah dihukumkan kafir diatasnya. Orang kafir tidak diterima amalannya sebagaimana hadith Nabi saw:
العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة، فمن تركها فقد كفر
"Sempadan yang membezakan diantara kita dan mereka (orang kafir) adalah Solat, barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia telah kafir" [Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad]
10-Solat Malam yang optional ( Tarawih ) :
Rasulullah saw telah melakukan Qiam Ramadhan (Solat Tarawih) secara berjemaah, kemudian baginda telah meninggalkannya kerana takut umatnya akan mewajibkannya, maka sesiapapun tidaklah boleh mewajib solat ini. Bilangan rakaat ialah 8 (lapan) rakaat tanpa witir sebagaimana hadith dari A'isyah ra, :
ما كان النبي -صلى الله عليه وسلم- يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة
"Nabi saw tidak menambah pada malam Ramadhan dan selainnya sebanyak 11 rakaat" [Hadith Muttafaq 'alaih]
Umar bin al-Khattab ra menghidupkan sunnah Solat berjemaah 11 rakaat ini, dan beliau bersolat pada zamannya sebanyak 23 rakaat, dan mereka bersolat selepasnya sebanyak 39 rakaat. Amalan 23 rakaat dilakukan sebagaimana solat di Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi, ini merupakan pandangan 3 Imam dan mereka2 yang lain.
Apa yang wujud pada umat Islam sekarang adalah Solat Tarawih dilakukan secara laju bacaannya, termasuklah ruku' dan sujudnya, dan ini telah bertentangan dengan solat, iaitu kaifiat khyusuk, dan dalam keadaan2 yang lain boleh mengakibatkan solat tersebut batal.
11-Zakat Fitrah
Zakat Fitrah merupakan amalan fardu, Nabi saw bersabda :
فرض رسول الله - صلى الله عليه وسلم - زكاة الفطر من رمضان على الناس
"Rasulullah saw telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan keatas manusia" [Hadith Muttafaq 'alaih]
Diwajibkan Zakat Fitrah keatas kanak2 dan orang dewasa, lelaki dan perempuan, manusia bebas dan hamba dari orang2 Islam, dan kadarnya diukur menurut negara tempat tinggal masing2, yang afdalnya tempat tinggal siang dan malam mereka bersama keluarga. Yang paling afdal diberikan kepada golongan miskin.
Waktu mengeluarkannya : Pada Hari Raya (Eid) sebelum solat, dan boleh juga sehari atau 2 hari sebelumnya, dan tidak boleh melewatkannya dari hari Eid.

Biar Kita Miskin Harta Dan Kuasa, Tapi Jangan Kita Miskin Jiwa


Ramai orang tidak dapat membezakan antara keseronokan dengan kebahagiaan atau ketenangan jiwa. Atau mungkin mereka tidak pernah menikmati kebahagiaan, sekalipun seringkali mengecapi keseronokan.
Begitu ramai penghibur yang bertaraf lima bintang yang berjaya menjadikan ribuan peminatnya bersorakan gembira apabila melihat pertunjukannya, tetapi dia sendiri tidak bahagia.
Maka tidak hairanlah jika ramai artis ternama terlibat dengan dadah dan hidup dalam tekanan. Sesungguhnya keseronokan bukan semestinya kebahagiaan atau ketenangan jiwa.
Sesiapa yang kita lihat Allah tidak merezekikan kepadanya keseronokan atau kegembiraan tertentu, bukanlah bererti Allah tidak memberikan kepadanya ketenangan jiwa. Maha luas kurniaan Allah, betapa ramai orang yang kurang harta dan rupa, tetapi lebih bahagia daripada yang hartawan dan rupawan.
Bukan semestinya seorang raja, presiden, perdana menteri dan menteri itu lebih bahagiaan perasaan dan jiwanya dari seorang guru yang tidak dipagari pengawal, tidak dikenali ramai melainkan murid-muridnya yang masih mentah dan terpencil.
Entah berapa ramai mereka yang berjawatan besar itu yang jauh lebih serabut perasaan dan jiwa mengenangkan masa depan kedudukan, pengikut dan nasibnya. Lebih daripada keserabutan ribuan manusia yang lain.
Mungkin meja makan orang besar itu hebat, layanannya istimewanya, makanannya mahal, tempat tidurnya enak, kenderaannya mewah, sorak-sorai untuknya meriah, tetapi kebahagiaan dan ketenangan jiwa belum tentu muncul di celahan itu semua. Bahkan, berapa ramai manusia dalam dunia ini yang Allah azabkan mereka menerusi harta dan anak pinak mereka.
Firman Allah mengenai golongan munafik: (maksudnya) “Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya mahu menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia” (Surah al-Taubah: ayat 55). Islam bukan memusuhi harta, tanpa harta bukan punca sebenar ketenangan jiwa.
Ramai insan apabila tidak memahami kebesaran Allah menyangka bahawa harta dan kuasa adalah segala-galanya. Lalu dia menganggap sesiapa yang tidak kaya raya dan berkuasa tidak mendapat kurnia kebahagiaan daripada Tuhan. Seakan kurniaan Tuhan itu hanya tertumpu kepada empunya kuasa dan harta.
Anggapan ini teramat silap. Ya! Harta dan kuasa boleh menjadi faktor yang membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwa ia dikendalikan dengan betul. Namun, jika tidak ia boleh bertukar menjadi punca derita dan sengsara.
Entah berapa ramai penguasa atau si kaya yang tidak dapat tidur lena dalam istana mewahnya, ketika si miskin sedang berdengkur menikmati nikmat tidur dalam rumah usangnya. Entah berapa ramai penguasa atau si kaya yang tidak berselera makan di hadapan hidangan mewahnya ketika si miskin dengan begitu enak menikmati sebungkus nasi yang dibalut dengan daun pisang.
Maha Agung Allah S.W.T, Dia memberi kurnia nikmatNya dengan berbagai cara dan tanpa diduga.
Saya teringatkan satu ceramah Buya Hamka r.h dalam satu rakaman. Beliau menceritakan bagaimana suatu hari ketika beliau menaiki kenderaan mewah dengan seorang kaya melalui sawah padi, tiba-tiba melihat seorang petani yang berehat dari kepenatan bekerja, sambil isterinya menghidangkan makan tengahari.
Walaupun hidangan itu amat biasa sahaja, tetapi dimakan oleh petani tadi dengan penuh selera. Lalu orang kaya yang bersama Buya Hamka berkata: “Buya, saya ada rumah besar dan kenderaan mewah, tetapi tidak pernah berpeluang makan begitu berselera seperti petani itu”.
Ya! Demikianlah Allah membahagi-bahagikan nikmatNya. Sesiapa yang diberikan makanan yang hebat, belum tentu dapat menikmati keenakan itu di lidahnya. Sesiapa yang diberikan tempat tinggal yang mewah, belum tentu dikurniakan kenikmatan tinggal di dalamnya.
Maka, tidak hairan jika ada orang kaya, atau yang berkuasa kurang selera makan. Atau tidak hairanlah jika ada anak si kaya yang lari meninggalkan rumah mewah bapanya.
Janganlah pula hairan, jika ada orang miskin yang setiap hari menikmati suapan yang masuk ke dalam mulutnya, dan nyenyak tidurnya. Janganlah pula hairan jika ada perasaan yang lebih mengenang pondok usang dari banglo yang tersergam.
Sekali lagi, Islam bukan musuh harta, namun insan hendaklah tahu bersyukur atas segala kurniaan Allah kepadanya. Yang miskin dan yang kaya hendaklah insaf bahawa tujuan daripada makanan dan tempat tinggal yang mewah itu adalah kesedapan dan keselesaan. Bukan semua yang memiliki kemewahan itu pula akan menikmatinya.
Juga bukan semua tidak memilikinya, akan terhalang mengecapi kenikmatannya. Maha Besar Allah yang membahagi-bahagikan kurniaanNya mengikut kehendakNya.
Kadang-kala apabila kita duduk di meja makan bersama orang kaya besar dan orang biasa. Kita lihat si kaya minum air kosong sahaja, ditanya kenapa? Jawabnya, “saya ada diabetis”. Dia enggan makan kebanyakan lauk yang dihidangkan, katanya saya ada “sakit jantung dan darah tinggi”.
Sementara ‘yang biasa’ biasa di sebelahnya, makan dengan enak tanpa sebarang pantang. Ya, memiliki sesuatu, belum tentu dapat menikmatinya. Untuk minum air kosong dan nasi kosong tidak memerlukan harta yang banyak. Juga air kosong dan nasi kosong biasanya merupakan makanan si miskin yang tidak mampu memiliki.
Jika Allah mahu, orang yang berada di tengah kemewahan akan hidup bagaikan si miskin di tengah kefakiran.
Sekali lagi, Islam bukan musuh harta, tetapi insan wajib insaf bahawa hanya Allah yang menentukan segala kurniaan. Maka jangan kita sombong atas apa yang kita kelihatan memilikinya, dan janganlah pula kita berdukacita atas apa yang tidak Allah kurniakan kepada kita. Entah berapa banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita, kita tidak menyedarinya. Entah betapa banyak nikmat yang Allah halang orang lain merasainya, kita sangka mereka mengecapinya.
Saya bawakan mukadimah yang panjang ini supaya kita semua insaf bahawa pergantungan sebenar dalam kehidupan ini hanya Allah. Maka, jangan kita menjadi hina jiwa ini di hadapan orang lain hanya kerana melihat kuasa dan harta yang berada di tanganya lalu kita sangka mereka memiliki segala-gala. Jikapun kita kurang harta dan kuasa, janganlah kita miskin jiwa.
Apa yang ingin kita buru daripada kehidupan ini adalah ketenangan jiwa dan kebahagiaan perasaan. Bukan sekadar keseronokan atau kegembiraan yang berakhir dengan tamatnya sesuatu pesta atau sorakan semata.
Jika kebahagiaan dan ketenangan yang kita pilih, maka yang dapat memberinya hanyalah Allah. Memiliki harta dan kuasa belum tentu dapat mencapainya. Maka jangan kita mengemis kepada penguasa atau si kaya dalam mencari ketenangan hidup.
Merintihlah pada Allah, hanya Dia yang dapat menganugerahkan kita semua itu. Firman Allah: (maksudnya “Sesiapa yang beramal soleh, samada lelaki ataupun perempuan, dalam keadaan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih daripada apa yang mereka telah kerjakan” (Surah al-Nahl: ayat 97).
Ramai orang yang kita lihat kaya harta, tetapi miskin jiwanya. Kadang-kala mereka mengampu orang lain, sehingga ke peringkat yang memualkan, hanya semata kerana dunia yang diharapkan.
Apalah ertinya harta, jika kita miskin jiwa sehingga seakan menjilat orang lain. Harta dan kuasa itu amat diperlukan jika ia menjadikan kita seperti para khalifah yang soleh dan para hartawan yang bersyukur. Anda lihatlah orang-orang politik apabila mengampu ‘tuan mereka’. Semuanya kerana mengharapkan tempiasan kuasa.
Bahkan saya pernah berjumpa orang yang menyandang gelaran agama di sebuah negeri memuja ‘penghuni istana negerinya’ seakan memuja seorang nabi yang maksum. Setiap cakapannya disandarkan kepada istana negerinya. Barangkali dia mengharap tambahan ‘gelaran’ di depan namanya. Atau dia tertelan kata-kata Hang Tuah yang diriwayatkan menyebut: “Hidupku ini hanya untuk menjadi hamba Sultan Melaka semata”.
Saya rasa saya pun baik juga dengan istana negeri saya. Tapi taklah sampai begitu. Hormat menghormati sesama manusia ada batasannya. Sebab itu, di sebuah majlis saya pernah menegur pihak tertentu yang menyebut: “dengan izin Allah S.W.T dan limpah perkenan tuanku jua…”.
Saya katakan kepada pengerusi majlis: “Saya percaya pihak yang dipuji itupun tidak menyuruh saudara menyebut demikian. Pujian saudara ini menyanggahi hadis Nabi s.a.w, daripada Ibn ‘Abbas: “Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w: “Apa yang Allah dan engkau kehendaki”. Maka baginda bersabda kepadanya: “Apakah engkau menjadikanku sekutu Allah, bahkan (katakan) : apa yang hanya Allah kehendaki” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).”
Pujian yang seperti inilah yang akhirnya akan meruntuhkan seseorang atau sesebuah institusi. Nabi s.a.w lebih mulia daripada kita semua. Pun Allah memerintahkan baginda mengisytiharkan: (maksudnya): Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”(Surah al-A’raf : 188).
Islam apabila datang kepada manusia, ia memerdekakan jiwa manusia ini dari menjadi hamba sesama manusia, kepada hanya bertuhankan Allah. Iinilah yang disebut oleh Rib’i bin ‘Amir di hadapan Panglima AngkatanTentera Parsi: “Allah yang membangkitkan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang dikehendakiNya dari pengabdian sesama hamba menuju pengabdian kepada Allah, dari kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dari dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat”. (Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/48, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).
Lihatlah Bilal bin Rabah r.a., walaupun pada masa dirinya masih menjadi hamba sahaya kepada tuannya, tetapi Islam telah berjaya memerdekan jiwanya. Dia tidak tunduk kepada kehendak tuannya yang sesat. Sekalipun tubuhnya diseksa di terik mentari, namun jiwa merdeka hanya tunduk pada ilahi. Malanglah seorang insan, jika tubuhnya merdeka, cukup makan dan minum, tiba-tiba jiwanya itu bersifat hamba kepada manusia sehingga melanggari batasan Allah S.W.T.
Justeru, jika manusia menganggap tangan yang mempunyai kuasa dan harta itulah punca kebahagiaan dan ketenangan maka mereka akan menjadi hamba sesama manusia. Namun, jika mereka yakin, hanya Allah sahaja yang mampu memberi kedamaian, maka jiwa mereka akan merdeka. Sesiapa yang menjadi hamba manusia, dia tidak akan menjadi hamba Allah yang sebenar. Sesiapa yang menjadi hamba Allah yang sebenar, dia tidak akan berjiwa hamba sesama manusia.
Sabda Nabi s.a.w: “Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina)”. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Daripada hadis ini, maka sesiapa yang benar-benar bergantung kepada Allah, jiwanya akan merdeka dan mulia. Juga dunia itu juga akan sampai kepadanya dengan harga dan maruah dirinya tidak tercemar. Sesiapa yang bergantung kepada manusia, mungkin dunia itu akan sampai ke tangannya, tapi dia akan berada dalam kehinaan dan keluh kesah.
Kebimbangan yang tidak putus akan sentiasa menjelma antara kedua matanya, kerana pergantungannya lemah. Orang mukmin yang sebenar bergantung kepada Allah, Raja segala raja, Pemilik alam semesta. Sementara yang berjiwa hamba kepada manusia, akan bertawakkal kepada raja atau pemimpin yang menunggu hari untuk mati atau ditumbangkan oleh orang lain seperti Raja Nepal.
Islam mengajar kita berjiwa merdeka, sekalipun kita miskin harta, gelaran dan pangkat. Jiwa yang merdeka daripada perhambaan sesama manusia kepada tunduk hanya untuk Allah itulah yang membawa kepada kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar. Kita memerlukan para pemimpin, sahabat handai, orang bawahan yang berjiwa merdeka. Kita tidak mahu menjadi berharta dan berkuasa, tetapi menjadi hamba sesama manusia. Pengemis yang miskin harta, lebih mulia daripada si kaya atau penguasa yang miskin jiwa.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala yang ada dalam hidupku...
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa...

Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...

Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...

Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..

webstag.ram

book.preview

Men from Mars Women from Venus
by Dr. John Gray Ph.D

Once upon a time Martians and Venusians met, fell in love, and had happy relationships together because they respected and accepted their differences. Then they came to Earth and amnesia set in: they forgot they were from different planets.


Nuffnang

[ r.e.mind.er ]

Segala yang ada dalam hidupku...
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang bersalut dosa...

Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...

Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...

Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..

Followers