Showing posts with label ll Kaunseling ll. Show all posts
Showing posts with label ll Kaunseling ll. Show all posts

Benarkah Bangsa Melayu Pemalas?

Setiap manusia yang dicipta dan dilahirkan adalah juara. Tidak timbul soal mereka rajin atau malas. Sikap individu (fikrah) yang menentukan kejayaan seseorang. Inilah kehebatan ALLAH SWT menjadikan manusia berbanding haiwan. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang, sehingga dialah yang berusaha mengubahnya. Jika nak sesuatu itu berubah, kita kena berubah terlebih dahulu. Bak kata MuftiMenk, “we want to make the world a better place but we are not prepared to improve ourselves.”

Saya tidak pernah percaya stereotaip Melayu itu malas, manakala bangsa lain rajin atau pandai berniaga. Terpulang kepada kita untuk menentukannya.

Ramai juga saya jumpa bangsa lain yang malas. Datuk-nenek saya datang dari China, sehelai sepinggang. Tinggal di kampung Melayu, di Kota Stia, Kampung Gajah, Perak. Tidak berapa lama, kehidupan kami berubah.

Berbekalkan sedikit modal yang dikumpulkan, akhirnya bapa saya berjaya membuka satu-satunya kedai runcit di kampung itu dan menjadi kaya-raya hasil perniagaan tersebut.

Kekayaan menjadi semakin bertambah, apabila orang Melayu suka berhutang. Apabila hutang tidak dibayar, maka gadaiannya adalah hasil bantuan kerajaan yang diberikan kepada Melayu seperti baja, anak benih, peti ikan dan sebagainya yang dibeli dengan harga murah. Tidak kurang juga yang menggadaikan tanah kepada bapa saya. Akhirnya, bapa saya kaya-raya. Manakala, Melayu hanya kaya sementara.

Sama juga seperti rasuah, bangsa lain merasuah Melayu dengan wang sedepok depan mata. Melayu menjadi kelabu mata. Bila dibuktikan rasuah itu, Melayu tertangkap dan masuk penjara, manakala pemberi rasuah bebas kaya-raya dengan rasuah yang diberi tidak seberapa.

Saya bukanlah hendak mengiakan akan kenyataan Melayu itu malas. Tetapi pengalaman membuktikannya. Nak kaya tetapi malas kerja. Melayu mesti tampil untuk berubah. Jika tidak, Melayu tidak akan ke mana-mana. Melayu akan merana di bumi sendiri.

Melayu bukan hanya malas, mudah lupa diri, lupa jati diri. Maka, tidak hairan banyak syarikat Melayu telah berubah nama kepada nama bukan Melayu. Dahulu ada kedai Telekom, kini TM Point. Dulu Bank Bumiputera, kini CIMB dan banyak lagi. Bahasa Melayu langsung tidak didaulatkan di GLC ini. Kalau tidak percaya, pergilah masuk ke tempat tersebut. Berapa patah bahasa Melayu yang digunakan.

Seolah-olah bila letak nama Melayu, tidak komersial dan tidak glamor.

Pergilah melawat ke seluruh dunia. Tidak perlu pergi jauh, lihat masyarakat Siam di Thailand, bagaimana bangsa mereka menggunakan nama-nama Siam.

Saya baru pulang dari Wellington, Auckland, Sydney dan Adelaide. Bandar mereka amat bercirikan adat Melayu (Islam). Bila menjelang senja, kebanyakan sudah berada di rumah.

Bandar mereka mati. Pusat membeli dan kedai sudah tutup jam 5, kecuali beberapa kedai makan dan pusat beli-belah. Di manakah budaya balik senja atau Maghrib orang Melayu? Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam?

Sikap Melayu mesti berubah. Melayu terlalu mengejar glamor. Kerja-kerja bawahan pencuci, buruh langsung tidak dipandang. Berlagak tidak tentu pasal, memperlekeh orang lain, dengan kata-kata ‘pak guard bodoh’, itu dan ini.

Bila saya bertanya kenapa merempit? Adakah hobi kamu? Dia jawab, merempit kerana dicabar. Kita menyahut cabaran tidak kena pada caranya. Sepatutnya kita menyahut cabaran untuk bersaing dengan orang lain agar kita lebih berjaya.

Benarkah Melayu malas? Saya kira tidak? ALLAH tidak berlaku adil jika hanya menjadikan sesuatu bangsa rajin, sedangkan yang lain tidak? Proses kejadian manusia semua sama.

Apa yang perlu diubah adalah sikap atau fikrah, atau cara berfikir. Ada kajian dibuat, kalangan pelajar Cina dan Melayu yang mendapat ‘straight’ A dalam peperiksaan bermula peringkat sekolah hingga pengajian tinggi (kelas 1). Namun, bila bukan Melayu ditemu duga, semuanya hancur, kerana kurang EQ (kemahiran insaniah).

Manakah yang lebih penting antara IQ dan EQ? kedua-duanya penting. Tetapi bukti-bukti menunjukkan bahawa mereka yang EQ tinggi, lebih berjaya. Siapa Mark Zukerberg (pengasas FB) dan Bill Gates (Microsoft)? EQ mereka sangat hebat berbanding IQ.

Jadi, adakah Melayu itu malas, sedangkan EQnya hebat? Semua terpulang pada kita. Bak kata Pendeta Zaaba, rupa tidak boleh berubah, tetapi perangai boleh!

'Saya minta maaf'


SALAM dan pelukan menguatkan lagi rasa keikhlasan dalam ucapan maaf.

MEMINTA maaf adalah dua perkataan yang ringkas tetapi sukar dilafazkan oleh kebanyakan orang. Malah, bagi kanak-kanak atau remaja, tindakan meminta maaf mungkin tidak wujudl dalam kamus hidup jika tidak 'diperkenalkan' terlebih dahulu oleh ibu bapa.

Ada yang berpendapat mengajar anak meminta maaf mungkin bukan satu idea yang baik. Sebabnya, tindakan ini mendidik anak menganalisis dan seterusnya menyebabkan mereka sukar menikmati zaman kanak-kanak secara natural.

Tetapi, apakah keperluan tindakan meminta maaf sememangnya perlu diterapkan dalam diri anak sejak awal usia lagi?

Perunding dan penceramah etika perniagaan terkemuka, Lauren Bloom pernah berkata, meminta maaf adalah satu kemahiran sosial yang penting.

Katanya, kanak-kanak yang belajar 'etika' ini bakal menjadi manusia yang efektif dalam apa jua keadaan apabila dewasa nanti.

"Kita semua melakukan kesalahan. Ini adalah sebahagian daripada lumrah kehidupan. Tapi, kesalahan atau kesilapan kecil yang kita buat mungkin memberi impak berlanjutan kepada orang lain jika tidak disusuli dengan maaf.

"Mendidik anak meminta maaf apabila berlaku kesilapan boleh membantu mereka memahami pentingnya sebuah hubungan dan menghormati orang lain," kata Bloom dalam blognya.

MEMINTA maaf mendidik anak jauh daripada sifat ego.

Jika begitu situasinya, apakah langkah mudah untuk membiasakan anak meminta maaf apabila perlu?

Ibu bapa sebagai contoh

Tunjukkan kepada anak bagaimana kata maaf boleh dilafazkan. Misalnya, apabila anda tidak sengaja menumpahkan makanan, katakan: "Minta maaf ya. Mama tak sengaja." Kata-kata ini mungkin nampak ringkas tetapi jika diaplikasikan pada kesalahan lain, ia akan melekat dalam pemikiran anak.

Gunakan bahasa tubuh

Apabila meminta maaf, bahasa tubuh dan renungan mata juga penting dan boleh berkata-kata. Kata maaf yang disertakan dengan renungan mata menunjukkan rasa kesal si pengucap. Genggaman tangan dan pelukan erat juga boleh menjadi ikutan anak jika anda meminta maaf dengan bahasa tubuh seperti itu. Namun, tegaskan kepada anak bahawa pelukan seperti itu bagaimanapun hanya boleh diberikan kepada orang terdekat seperti ahli keluarga sendiri. Salaman ringkas pula ditujukan kepada kenalan. Sesungguhnya, bahasa tubuh adalah kaedah berkomunikasi yang lebih efektif sebelum seseorang melafazkan kata-kata maaf.

Ajar anak bertanggungjawab

Selain itu, anak perlu mengetahui erti bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukannya. Misalnya, jika anak merosakkan barang mainannya, maka, setelah meminta maaf, dia patut berkata: "Mak, saya tahu saya salah. Saya tidak akan ulangi perbuatan yang sama lagi." Hanya dengan cara ini, anak tahu dirinya salah dan perlu bertanggungjawab terhadap kesilapan diri.

Hargai anak

Kata maaf yang diucapkan tidak tinggi maknanya tanpa penghargaan daripada si penerima. Justeru itu, adalah penting untuk anda sebagai ibu bapa memberi tanda menghargai menerusi pujian. Sebagai contoh, katakanlah: "Wah, pandainya nak. Baiklah, mak maafkan, ya." Tindakan ini bukan sahaja boleh melegakan rasa si peminta maaf, malah boleh menguatkan lagi hubungan sesama manusia.

Dalam pada itu, apakah yang akan berlaku jika anak yang bersalah tidak biasa meminta maaf? Pertama, anak mungkin terpaksa berdepan dengan situasi diasingkan daripada kelompok rakan sebaya atau pergaulannya mungkin menjadi terbatas. Keadaan ini sekali gus boleh menjejaskan perkembangan sosialnya.

Jadi, apa sekali pun alasannya, percayalah, etika meminta maaf yang dipelajari sejak kecil boleh memanfaatkan empunya badan apabila dewasa kelak.

Jadi kawan bukan lawan


Jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab sehingga membuatkan mereka bertindak melarikan diri. Sebaliknya, jadikan anak-anak remaja bermasalah sebagai teman baik ibu bapa.

DIDIKAN dan kasih sayang sewaktu si anak berada di bawah jagaan ibu bapa masih bukan jaminan untuk mengelakkan mereka daripada terlibat ke kancah hitam atau dalam erti kata lain, kecundang dalam hidup.

Jika 20 atau 30 tahun lalu isu remaja lari dari rumah, berzina, merokok, sering menggunakan kata-kata kesat, terjebak dalam kes jenayah dan menyertai kumpulan muzik black metal, adalah sesuatu yang pelik dan memeranjatkan. Kini ia bukan lagi satu perkara yang luar biasa.

Jika dilihat masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja hari ini, statistiknya semakin meningkat.

Bagi golongan remaja pula, aktiviti yang dilakukan bukan dianggap satu kesalahan besar, tetapi dijadikan satu arena bagi mempamerkan kekuatan dan keberanian sesama sendiri.

Persoalannya, walaupun telah banyak kempen atau aktiviti kesedaran melibatkan ibu bapa, guru-guru dan remaja dijalankan, tetapi masalah sosial ini masih berada ditakuk yang sama. Tidak pernah surut dan kurang.

Apakah langkah terbaik yang perlu diambil oleh ibu bapa dalam menangani masalah ini? Sedangkan sudah banyak perkara yang telah dibentangkan dalam forum umum atau ceramah bulanan.

Jika dilihat, ibu bapalah pasangan pertama yang akan dipersalahkan oleh masyarakat apabila anak-anak mereka terjerumus dalam aktiviti yang tidak bermoral.

Pelbagai tuduhan negatif turut dilemparkan kepada ibu bapa seperti tidak pandai menjaga atau mengasuh anak-anak sehingga menjadi penyebab utama anak-anak terjerumus ke kancah sosial.

Mengapa hanya ibu bapa yang harus dipersalahkan, sedangkan semua perkara yang dituntut seperti mendidik, mengasuh dan mencurahkan kasih sayang telah diberikan dengan secukupnya dan apa lagi yang tidak cukup, kerana semuanya telah diberikan sejak dahulu lagi?

Begitulah luahan ibu bapa yang seringkali kita dengari apabila disentuh mengenai tanggungjawab yang diberikan kepada anak-anak.

Menurut guru kaunseling Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH), Roslailawati Mohamed, didikan dan kasih sayang sewaktu anak-anak berada di peringkat persekolahan sahaja tidak cukup untuk membentuk keperibadian yang mulia dan cemerlang si anak.

“Sebaiknya, ibu bapa seharusnya mendidik mereka lebih kepada pendekatan secara berterusan. Bukan pada peringkat persekolahan sahaja tetapi sewaktu berada di alam remaja.

“Cara didikan yang sempurna adalah dengan balik semula ke peringkat asas pendidikan. Contohnya, cara mendisiplinkan diri anak-anak dan remaja mengikut tuntutan agama.

“Selain ilmu agama, ibu bapa juga harus berperanan melengkapkan anak-anak dengan kekuatan spiritual supaya lebih kuat berdepan dengan cabaran-cabaran masa kini,” jelasnya kepada Kosmo!, baru-baru ini.

Terdapat dua jenis kekuatan disiplin. Antaranya disiplin secara tidak sedar (formal) dan harian (in formal).

Didikan secara tidak sedar adalah dengan merangsang minda dan nurani bersama ayat-ayat suci al-Quran. Ia bukan sahaja perlu dipelajari ketika usia anak-anak itu masih kecil, tetapi perlu diteruskan sehingga ke alam dewasa.

“Dengan pendidikan berteraskan kitab suci al-Quran, seseorang remaja dapat mendisiplinkan dirinya sendiri ke arah kehidupan yang lebih cemerlang.

“Selain daripada itu, ibu bapa perlu kongsi pengalaman membaca al-Quran bersama mereka. Ini kerana, pelajar bermasalah sememangnya memerlukan pemerhatian yang secukupnya. Lantas, dengan ilmu agama yang diperoleh, mereka dapat membentuk peribadi dan sahsiah diri yang tinggi.

“Yang penting, jadikan anak remaja sebagai rakan baik anda dan bukannya lawan,” tegasnya ketika mengulaskan tentang cara didikan yang sempurna terhadap remaja yang bermasalah.

Sebagai tambahan kata Laila, amalkan perbincangan yang sihat dan lakukan jadual aktiviti harian yang perlu dilakukan bagi mendidik kecemerlangan masa depan anak-anak.

“Mereka boleh mengikut segala nasihat dan tunjuk ajar ibu bapa sekiranya diberi perhatian dengan cara yang betul. Jangan terlalu memaksa, mengongkong atau bertindak dalam bentuk kekerasan.

“Di samping itu, remaja juga memerlukan perhatian secara peribadi. Berbanding adik-beradiknya yang lain, ibu bapa seharusnya menitikberatkan segala tingkah laku dan sikap yang dipamerkan.

“Selain itu juga, jadilah seorang kaunselor yang profesional tanpa berlakunya sebarang pertikaman lidah. Amalkan komunikasi dua hala dalam kehidupan harian seorang remaja bagi menyelesaikan sesuatu perkara serta bertindak dengan lebih awal sebelum mereka melakukan sesuatu,” katanya Laila.


Tambahnya lagi, membentuk didikan yang sempurna tidak perlu diberikan dengan cara kemewahan, tetapi kesederhanaan menjamin masa depan seorang remaja yang cemerlang.

Peranan keluarga dalam mendidik anak remaja bermasalah:

lJadi contoh yang baik. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani. Elakkan pertengkaran dengan menggunakan kata-kata kesat di hadapan anak-anak serta perlakuan yang menyebabkan anak-anak berdendam dan tidak berpuas hati.

lFahami keperluan emosi dan jasmani anak-anak. Pelbagai masalah remaja banyak berpunca daripada masalah dalaman iaitu masalah keperluan psikologi. Justeru itu, adalah wajar bagi ibu bapa untuk mempelajari keperluan psikologi anak-anak dan cara-cara menangani setiap isu.

dEtik bErharga yAng kIta lAlui

Setiap pagi matahari terbit sebagai tanda lahirnya hari yang baru untuk kita semua. Semua kita melalui fenomena pergantian malam dan siang sejak kita lahir hingga kini, tetapi berapa ramaikah di kalangan kita yang benar-benar memanfaatkan hari-hari dan malam-malam yang silih berganti. Berapa ramaikah kita yang dapat menyelamatkan diri kita dari kerugian dunia lebih-lebih lagi kerugian di akhirat?
Seseorang itu akan kerugian dalam ertikata kerugian yang sebenar apabila saat berlalu, minit berlalu, jam berlalu sedangkan iman dan amal tidak bertambah. Ma’rifatullah tidak bertambah walaupun usianya bertambah. Ketaatannya tidak meningkat sedangkan masa yang berharga telah dilaluinya.


Wahai putera puteri harapan Islam!
Lihatlah detik-detik masa yang sangat berharga yang telah memintas kehidupan anda. Andakah berjalan proses iman yang membawa kepada pengukuhan ma’rifatullah. meningkat ketaatan kita kepada Allah SWT dan adakah mahabatullah telah meningkat. Tahun yang baru telah dilalui hampir sebulan berlalu, detik-detik kehidupan yang berharga telah terlepas begitu sahaja tanpa membawa peningkatan diri kita.Alangkah meruginya hidup ini apabila ma’rifatullah tidak meningkatkan dengan masa yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Alangkah meruginya hidup ini apabila detik yang berharga tidak menambah ketaatan dan alangkah meruginya apabila detik masa yang berharga tidak meningkatkan kecintaan kita kepada Allah SWT.


Adakah detik masa yang berharga ini membawa peningkatan keimanan atau kemerosotan. Di sana tiada keadaan yang statik dalam terminologi proses peningkatan diri. Sama ada kita melalui peningkatan atau kita melalui kemerosotan.


Ibn Qayyim al Jauziyah telah menulis: “Sesungguhnya Allah menjadikan hati adalah untuk ma’rifatullah, mentaati-Nya dan mencintai-Nya. Sekiranya ketiga-tiga perkara ini tidak berlaku maka hati itu sebenarnya telah cacat”


Bagaimanakah keadaan hati kita? Di antara hakikat lalai yang paling membinasakan adalah lalai untuk meneliti hati sehingga hati yang segar bertukar menjadi gersang kemudian berpenyakit sehingga membawa kematian hati. Seandainya hati kita mati lantaran kelalaian kita, Ibn Qayyim mengatakan “Anda adalah seorang pembunuh!” Anda telah membunuh hati anda sendiri.


Kematian hati sememangnya biasanya tidak dirasai oleh pemilik hati kecuali mereka yang masih dikehendaki kebaikan oleh Allah SWT. Kematian hati tidak memberhentikan penambahan usia. Kehidupan zahir tetap berjalan cuma hati kita telah berhenti berfungsi. Inilah kematian sebelum ajalnya.


Wahai putera puteri harapan Islam!

Takutilah hari di mana anda kematian hati tetapi anda tidak menyedarinya. Jasad anda hanya ‘kubur’ yang menyimpan ‘hati yang telah mati itu’.


Takutilah pada hari anda mengangkat tangan anda tetapi Allah SWT tidak mahu memandang anda lagi! Marilah kita teliti detik masa yang berharga yang kita lalui. Marilah kita teliti keadaan hati kita. Janganlah biarkan detik yang berharga ini berlalu tanpa membawa keberuntungan kepada kita.

dIri sEndiri bEgitu "bEharga"...


Secebis kertas sebagai pengalas untuk sebuah telefon bimbit.Ibarat itulah diri kita sebenarnya.Dalam seminggu ini perasaan celaru dan tidak menentu.Apa tidaknya setiap hari memandang wajah orang yang dalam hatinya penuh dengan titik kedengkian...

Ingin meluahkan pertanyaan personal buat individu yang bodoh itu,namun terhenti dengan secebis hormat yang entah datang dari pelusuk mane.Sebelum ke kamar,renunglah lirik di bawah ini :-

Ku pernah punya cinta
Namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah ku buang jauh
Kini ku inginkanmu

Ku pernah menyendiri
Disini ruangku terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa
Namun hatiku sepi

"Jgn bilang tidak bila kita belum mencoba"
Siapa yg tau akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yg bercinta bertahun tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan cinta kita […]

gAntikan mEmbenci dEngan kAsih sAyang..

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit."

Riwayat Muslim

Huraian
1. Umat Islam hendaklah hidup bersatu padu dan harmoni kerana ini merupakan kunci kekuatan ummah.
2. Sifat benci-membenci dan hasad dengki mesti dihapuskan kerana ia akan membawa kepada perpecahan dan kemunduran sebaliknya kita mestilah saling bantu membantu, mengambil berat dan berkerjasama demi meningkatkan pembangunan ummah.
3. Islam amat menyukai umatnya yang sanggup berkorban untuk saudaranya bahkan ganjaran bagi orang yang berbuat demikian adalah sangat besar di sisi Allah S.W.T.

p/s benci&dendam akhirnya memakan diri sendiri..kajian perubatan menunjukkan pelbagai penyakit dalaman yg kronik antara puncanya adalah kerana mengamalkan sifat2 berburuk sangka,membenci, marah meluap2 dll.aku ingin berubah..

Lihat kElemahan kIta dUlu...

KITA terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar
kita. Ramai orang menginginkan orang lain berubah.

Malah, kadang-kadang kita berkeinginan tetapi tidak
kesampaian. Kita mahu negara kita berubah. Kita mahu
orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja
kita tetapi malangnya anak isteri kita tidak mampu
diubah.

Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara
sebabnya kita tidak pernah memberi masa
bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri.

Rahsia mengubah orang ialah dengan mengubah diri
sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang
lain sekiranya tidak dimulakan dengan diri sendiri ia
akan menjadi hampa.

Kadangkala hasrat untuk mengubah orang lain akan
menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan
menyaksikan cakap tidak serupa bikin yang kita
laungkan.

Sebagai perbandingan elok juga kita fikirkan
perbandingan ini. Kalau kita hendak membina rumah
apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap
sekiranya tapak tidak kita bina.

“Mulakan dengan dirimu,” kata pepatah Arab. Inilah
kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah,
berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang
yang berani melihat kekurangan diri sendiri.

Ramai orang berani melihat kekurangan orang tetapi
jarang orang berani membincangkan kelemahan diri
sendiri.

Sebenarnya mengubah diri dengan penuh sedar adalah
juga mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata
kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatannya yang
berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi
orang lain.

Memang pengaruh dari kegigihan mengubah diri tidak
akan spontan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan
membekas dalam minda orang lain.

Makin lama orang akan simpati dan terdorong juga untuk
turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah
diri?

Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri.
Bagaimana mungkin kita mengajak orang berubah
sedangkan kita tidak berubah. Jadilah seperti 'ketam
mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa
bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil.
Perkara yang kecil-kecil jika dilazimi akan membantu
dan memudahkan untuk melakukan yang besar-besar.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti
berjangkit yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir
besar diawali dengan titik-titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang (Do it now). Jangan
bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat.
Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika
dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika
tidak dipaksa nanti jadi degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan
sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana
mengumpat.

Keenam: Kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan
ulang kebaikan sehingga sebati dengan diri. Wassalam.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala yang ada dalam hidupku...
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa...

Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...

Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...

Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..

webstag.ram

book.preview

Men from Mars Women from Venus
by Dr. John Gray Ph.D

Once upon a time Martians and Venusians met, fell in love, and had happy relationships together because they respected and accepted their differences. Then they came to Earth and amnesia set in: they forgot they were from different planets.


Nuffnang

[ r.e.mind.er ]

Segala yang ada dalam hidupku...
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang bersalut dosa...

Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...

Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...

Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..

Followers