Showing posts with label ll Articles ll. Show all posts
Showing posts with label ll Articles ll. Show all posts

Revisiting Al-Ghazali: Revelation and Reason



On March 4-5, 2016, Zaytuna College hosted the Revisiting Al-Ghazali: Reason and Revelation Conference , which examined the work and contribution of one of the most influential scholars in Islamic history. Research papers and discussions revolved around a number of issues in Al-Ghazali’s works with an eye toward understanding and appreciating the unique approach present in his intellectual contribution and the reconciliation between reason and revelation.  In the contemporary period and among Muslims, Al-Ghazali is often approached in debates concerning Sufism but his influence and contribution in Islamic law and jurisprudence is as critical and more impactful at his time as it is in the present period . Critically, Al-Ghazali is maliciously blamed for a supposed antagonism toward reason and free inquiry in Islamic tradition , an idea that was debunked by a number of scholars at the conference.

A number of papers focused on Al-Ghazali’s critique of philosophy and the tension between reason and revelation.  Professor John Walbridge, author of the book, God and Logic in Islam: The Caliphate of Reason, discussed and systematically countered the charge that Al-Ghazali’s work was responsible for bringing an end to reason, rationality and science in the Muslim world.  Islam’s scientific high point came  almost 100-150 years after Al-Ghazali’s period, according to Professor Walbridge.  If anything those who wanted to construct and problematize later development in the Muslim world found a convenient target in Al-Ghazali considering his critique of the philosophers but not taking into account that it was their discounting the centrality of metaphysics, which he disagreed with them on and not reason or rationality.

As Orientalist and the students in the Muslim world began to construct a linear line to locate Muslim decline, Al-Ghazali’s rich contribution and centrality within the tradition was an easy target and he was  someone to hold responsible.  “Al-Ghazali genius” in President Hamza Yusuf’s view “is that he understood that the Formalists (Mutarassimun) were people who were trapped in the trappings of religion. Imam Al-Ghazali wanted to transcend those trappings and instead understand the meanings. The heart is the center of our tradition, and the heart is the center of the intellect; that is why Imam Al-Ghazali was deeply committed to reason.”

In the final roundtable among invited speakers, Professor Mustafa Abu Sway, Professor Marianne Farina, Professor Timothy Gianotti and Professor John Walbridge, a question was raised as to how best to approach Al-Ghazali’s work in our current period and, more importantly, the role of the intellectual in these difficult times. “Ask the students to write the Ihya’ ‘ulum Al-din (Revival of the Religious Sciences) for the current period” was Professor Mustafa Abu Sway’s pedagogical approach. In this way, the students think of the specific problems and needs of the contemporary period but  grounding their ideas in a Ghazalian’s approach  with knowledge being at the foundation.

The centrality of knowledge was the theme of Hamza Yusuf’s keynote address on the first day of the conference. “One of the great tragedies of modern civilization,” according to Hamza, “is the divorce of the heart from the intellect. Imam Al-Ghazali began his magnum opus, The Revival of the Religious Sciences (Ihya ‘Ulum al-Din ), with “The Book of Knowledge” (Kitab al-‘Ilm), which is proof that Imam Al-Ghazali understood that knowledge is the foundation of this religion.”

It is important  to remember that Al-Ghazali’s arrival on the scene  was at a critical period in Muslim history where fragmentation and strife were afoot and contending intellectual and political trends were  at odds with each other. Al-Ghazali’s emergence came as chaotic conditions and prevalence of sectarian disputes made the need for a new intellectual voice at the Nizâmiyya Madrasa in Baghdad a foregone  conclusion.

The Nizamiyya of Baghdad was the preeminent educational institution of its time. Likewise, Baghdad was at the crossroads of intellectual, political, economic, social and religious currents impacting the world. The center of the classical period and Islamic high civilization was Baghdad, the city of peace as it was known. Baghdad and the Muslim world at the time were experiencing power struggles and fragmentation, which Nizam al-Mulk thought would be remedied through educational institutions and Al-Ghazali being an important building piece in it.

Around 1095, Al-Ghazali entered into a crisis phase that had him leave his teaching post, a step akin to a senior dean of a university, like Berkeley, at the height of his career opting to leave and undertake a journey of spiritual discovery. Sufi teachings and possibly the influence of his own brother Ahmed, who was versed in the spiritual path,  led Al-Ghazali to this sudden shift in lifestyle and a journey to Damascus and Jerusalem. The reasons for his departure, according to Frank Griffel, is that the “ethics and standards of a virtuous religious life while being in service of sultans, viziers, and caliphs weight  heavily on Al-Ghazali.”

We are given an indication as to the reason for departing Baghdad in one of the vows that Al-Ghazali took during his visit to the city of Al-Khalil, the location of Prophet Ibrahim’s grave, and to  “never to serve the political authorities or teach in state-sponsored schools.” Frank Griffel writes that Al-Ghazali “took the position that benefiting from the riches of the military and political elite implies complicity in their corrupt and oppressive rule and will jeopardize one’s prospect of redemption in the afterlife.”

The conference at Zaytuna College sought to revisit Al-Ghazali’s monumental contributions in order to engender deeper awareness of their sophistication and depth as well as to gain a renewed understanding of his works and his relevance to present context. Approaching Al-Ghazali’s scholarship in the framework of the prevailing conditions, debates, and challenges of his time can help contemporary readers navigate critical areas in his work that otherwise provoke narrow and unsympathetic readings. Indeed, Al-Ghazali’s critique of philosophy, and his reconciliation of Sufism and Orthodox Sunni Theology in classical period should inspire current scholars to find and renew their approaches that might resolve the contemporary and visible contradictions.

Larangan di Arab Saudi dilonggarkan


LARANGAN kebebasan bergerak merupakan salah satu kekangan yang dikenakan terhadap wanita di Arab Saudi.


SEPERTI kebanyakan gadis-gadis Arab Saudi, Raha al-Moharrak diharamkan daripada menyertai aktiviti sukan di sekolahnya. Perintah itu merupakan satu larangan atas alasan agama yang diputuskan oleh kerajaan negara tersebut.
Namun, pada bulan Mei lalu, Raha yang kini berusia 27 tahun menjadi wanita pertama dari negara Teluk itu yang berjaya mendaki Gunung Everest.
Beliau mendapat liputan meluas daripada beberapa akhbar tempatan. Kisah beliau mendedahkan bahawa wanita Arab Saudi kini sudah beransur-ansur mempelajari perkara baharu.
"Anda tidak boleh berhenti berubah. Generasi muda mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di luar sana. Semuanya di hujung jari kita," kata pereka grafik itu yang kini menetap di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Hakikatnya, jika Raha masih berada di negara kelahirannya, di bawah undang-undang penjagaan Arab Saudi, beliau dilarang memandu kereta, membuka akaun bank, melancong ke luar negara atau mendaki gunung tanpa kebenaran bapanya.
Tinjauan Yayasan Thomson Reuters baru-baru ini mendapati Arab Saudi merupakan negara ketiga terburuk selepas Mesir dan Iraq dalam melayan wanita daripada 22 buah negara Arab.
Pungutan suara yang melibatkan 336 pakar jantina pada bulan Ogos dan September lalu mendapati, Arab Saudi dinilai pada kedudukan terendah untuk penglibatan wanita dalam bidang politik, diskriminasi di tempat kerja, kebebasan bergerak dan hak-hak memiliki harta.
Bagaimanapun, negara berkenaan memberi layanan lebih baik kepada wanita dalam menyediakan peluang pendidikan penjagaan kesihatan, hak-hak reproduktif dan keganasan jantina.
Kerajaan Arab Saudi, Raja Abdullah yang membuat keputusan dalam kebanyakan isu di negara itu dengan hasil pandangan golongan ulama, sangat berhati-hati mendepani pelbagai kritikan yang mahu melihat perubahan segera.
Hakikatnya, negara yang berkeluasan 2.14 juta kilometer persegi itu sedang mengalami perubahan secara beransur-ansur.

BAWAH: Sebahagian besar wanita Arab Saudi merupakan golongan terpelajar.


Tentangan ulama
Peraturan di Arab Saudi kebanyakannya berteraskan undang-undang syariah. Para hakimnya merupakan golongan ulama Wahhabi yang menetap dan mentafsir undang-undang serta hukum syarak.
Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh merupakan ulama paling kanan yang kuat menentang golongan wanita bekerja dan memandu kenderaan. Malah, beliau pernah menyatakan bahawa pembabitan wanita dalam politik bakal membuka ruang kepada kejahatan.
Raja Abdullah yang kini berusia 90 tahun telah beberapa kali menyimpang daripada pendirian golongan ulama. Misalnya, pada penghujung tahun 2011 baginda telah memberi wanita hak mengundi dan bertanding jawatan dalam pilihan raya bermula tahun 2015.
Pada bulan Januari lalu, Raja Abdullah buat julung-julung kalinya berkenan pelantikan seramai 30 wanita menganggotai Majlis Syura di negara itu, sekali gus menamatkan diskriminasi terhadap kaum hawa dalam pentadbiran negara tersebut.
Baginda juga melonggarkan sekatan terhadap tenaga kerja wanita sejak dua tahun lalu. Wanita dibenarkan menggantikan pekerja lelaki sebagai pembantu jualan di premis-premis pakaian dalam wanita dan kosmetik serta pelayan restoran di bahagian wanita.
Perdebatan hangat di media sosial di rantau Arab menunjukkan peralihan sedang berlaku dalam masyarakat.
"Arab Saudi sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan banyak perubahan. Dari tahun ke tahun anda nampak begitu banyak perubahan pada kaca mata umum.
"Apabila kami menganggotai Majlis Syura, terdapat penentangan hebat. Kami tidak mengendahkan suara-suara itu dan menjalankan tugas kami," kata salah seorang anggota baharu Majlis Syura, Hanan Al-Ahmadi.
Ratusan ribu belia lelaki dan wanita Arab Saudi yang dihantar melanjutkan pelajaran di universiti-universiti luar negara juga kembali ke negara asal dengan pendapat yang sangat berbeza tentang negara-negara saudara mereka di dunia.
Peluang pekerjaan dalam kalangan wanita muda masih sama dan tidak banyak bezanya pada zaman ibu-ibu mereka walaupun pengangguran dalam kalangan wanita mencecah hampir 36 peratus berbanding lelaki iaitu enam peratus .
Pada bulan Oktober lalu, Raja Abdullah membenarkan wanita pertama di negara itu bertugas sebagai peguam untuk mewakili pelanggan dan memiliki serta membuka firma guaman sendiri.

PELANTIKAN 30 orang wanita yang menganggotai Majlis Syura mendapat perkenan Raja Abdullah.


Titik perubahan
Bagaimanapun, wanita Arab Saudi masih berdepan dengan kekangan pengangkutan untuk berulang-alik ke mahkamah dan larangan pergaulan lelaki dan wanita di tempat kerja.
Namun, seorang perunding guaman muda, Dania Aboaloa yang merupakan lepasan undang-undang dari Universiti Raja Abdulaziz bersikap positif.
Dania yang pernah menuntut di Amerika Syarikat, namun membuat keputusan kembali ke Jeddah kerana perubahan yang dilaksanakan kerajaan.
"Masa depan lebih cerah dan akan menggalakkan lebih ramai wanita melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan menuntut lebih banyak hak dalam perundangan secara bijak.
"Wanita Arab Saudi kini hidup pada satu titik perubahan dalam sejarah negara ini. Kami memperoleh hak-hak kami semula. Ia merupakan tugas saya sekarang kerana saya seorang perunding guaman," ujarnya.
Bagaimanapun, kemajuan sebenar hak-hak wanita di Arab Saudi dilihat masih di takuk lama dan kebanyakan aktivis menyifatkan perubahan yang berlaku amat perlahan.
Seorang wanita yang tertakluk kepada pengawasan dan kebenaran saudara lelaki dalam segala hal sepanjang hidup mereka sudah berakar umbi terlalu lama di negara Asia Barat itu.
Secara tradisinya, ia dilihat sebagai satu perlindungan yang mengawal hampir setiap aspek kehidupan seorang wanita termasuk dalam perkahwinan malah ketika mereka menjalani rawatan.
Memandangkan kerajaan Arab Saudi terikat dengan pengaruh golongan ulama, para penganalisis berpendapat, sistem perundangan syariah atau undang-undang penjagaan sukar diubah dalam masa terdekat.
Sementara itu, satu lagi perubahan segera yang diharapkan berlaku oleh sejumlah aktivis wanita ialah kedudukan Arab Saudi sebagai satu-satunya negara yang mengharamkan wanita memandu kenderaan.
Tiada peraturan khusus atau ayat dalam undang-undang syariah menyatakan hanya lelaki berhak memandu di negara berkenaan walaupun para pegawai kerajaan sering memberi alasan bahawa masyarakat di negara yang mempunyai hampir 30 juta penduduk belum lagi bersedia membenarkan wanita memandu.
Permintaan terhadap kos pengangkutan yang lebih murah semakin penting apabila semakin ramai wanita mencari pekerjaan apabila ahli keluarga juga bergantung kepada pendapatan mereka.
Pada bulan Oktober lalu, pihak berkuasa mematahkan satu kempen desakan menamatkan larangan memandu kepada wanita.
Namun, tindakan pihak berkuasa ditempelak melalui laporan akhbar dan petisyen dalam talian oleh beberapa individu terkenal dan anggota keluarga pemerintah Arab Saudi yang menuntut peraturan itu diubah secara terbuka.
Walaupun para penganalisis menyatakan terdapat satu muafakat sekitar perubahan sosial dalam keluarga kerajaan secara beransur-ansur, masih belum jelas sama ada bakal pengganti Raja Abdullah akan meneruskan usaha baginda.
Puteri Bassma Majid merangkap Presiden sebuah cabang Persatuan Dermawan untuk Wanita, Al-Nahda yang melatih dan mengupah wanita miskin dan kelainan upaya untuk mengekal serta membuat semula rekaan busana istimewa kerajaan Arab Saudi.
"Saya rasa kami sudah mencapai satu tujuan yang tidak boleh berpatah balik," katanya.

Benarkah Punca Kemalangan Hanya Kecuaian Pemandu?

JALAN berlubang, retak, mendap, beralun, penutup lubang yang terbenam atau di atas paras jalan, tampalan tidak sempurna dan berpasir sering menjadi igauan ngeri pengguna jalan raya terutamanya mereka yang pernah menjadi mangsa. Umpama jalan maut, ia bukan sahaja mengakibatkan banyak peralatan sokongan kenderaan seperti penyerap hentakan dan tayar mudah rosak dan bocor, malah mengundang kecederaan serta kehilangan nyawa. Kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) juga mendapati, faktor kemalangan jalan raya bukan hanya tertumpu kepada faktor manusia, bahkan jalan raya dan kenderaan turut menyumbang. Kesedaran pengguna tentang bahaya itu menyebabkan banyak aduan mengenai kerosakan jalan raya dilaporkan di media. Kini, usaha itu menjadi lebih mudah dengan memaparkannya di laman web atau media sosial seperti Facebook dan Twitter. Kerosakan jalan terutama masalah rekahan dan berlubang biasanya berlaku disebabkan kelemahan lapisan permukaan jalan apabila turapan jalan telah digunakan dalam tempoh yang lama. Ia juga berpunca daripada faktor turapan yang tidak sempurna, keadaan cuaca seperti hujan, ketiadaan sistem saliran yang baik dan beban aliran trafik secara berlebihan seperti kenderaan yang membawa lebih muatan. Bahagian-bahagian tanah mendap dan beralun di jalan raya sering kali disebabkan oleh saliran yang kurang baik, sistem paip bawah tanah atau kerja-kerja menggali untuk memasang kabel. Keadaan itu boleh menjadi pembunuh terutamanya kepada kenderaan kecil seperti pengguna motosikal. Di Lembah Klang termasuk di sekitar ibu negara masalah jalan berlubang bukan masalah terpencil, sebaliknya menjadi rungutan tidak berkesudahan pengguna jalan raya. Nyaris maut Beberapa jalan di ibu negara seperti di Jalan Tun Razak, Jalan Pahang menuju Jalan Danau Kota, Jalan Hulu Kelang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Taman Desa dan sepanjang Jalan Ampang dan beberapa laluan lain sering berhadapan masalah jalan berlubang.
Seorang pengguna motosikal, Amalina Zahir, 24, pernah ditimpa kecelakaan apabila tayar skuter yang ditunggangnya masuk ke dalam lubang sedalam 30 sentimeter di jalan berhadapan LRT Damai, Keramat. Dia nyaris kehilangan nyawa apabila skuternya terjatuh dan hampir dilanggar kenderaan lain dari belakang. “Kejadian berlaku sebelah malam, memang tak nampak lubang itu sebab digenangi air. Tayar skuter saya kecil jadi bila masuk dalam lubang tu memang tak mampu nak imbang, terus jatuh. “Alhamdulillah, saya cuma mengalami cedera ringan tapi motosikal saya rosak teruk dengan banyak bahagian yang perlu diganti,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu. Seorang lagi mangsa, Mashud Sahid, 40-an, terpaksa menerima 15 jahitan di kepala apabila motosikalnya digesel sebuah kenderaan yang cuba mengelak sebuah lubang besar di Jalan Tun Razak berhampiran Rumah Temasek. Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang ketika dia dalam perjalanan dari Sungai Besi ke pusat bandar. “Saya jatuh dan berguling di atas jalan selepas bergesel dengan kereta itu. “Alhamdulillah, kereta itu tidak berapa laju. Saya cedera di kepala selain beberapa anggota badan lain hingga terpaksa ditahan di wad,” katanya mengenang semula kejadian yang berlaku lewat tahun lalu. Bagaimanapun, kerja-kerja mengorek dan menampal jalan memang menjadi pemandangan biasa di jalan-jalan raya di Malaysia. Di sekitar Kuala Lumpur sahaja, kerja mengorek dan menurap jalan mempunyai kesan yang mendalam kepada pengguna jalan raya terutama jika dilakukan pada waktu siang. Kerosakan jalan raya Kerja-kerja ini mengundang kemarahan orang ramai kerana ia menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berganda. Tetapi kekerapan berlakunya kerosakan jalan raya terutama di lokasi yang sama menimbulkan tanda tanya, sejauh manakah kualiti membaikpulih dan kerja penyelenggaraan jalan raya yang dilakukan? Pakar Pengangkutan Awam Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor berkata, banyak jalan terutama di sekitar Kuala Lumpur tidak diselenggara dengan baik dan secara profesional. Malahan kebanyakan pekerja yang melakukan kerja baikpulih tidak terlatih dan berkemahiran dalam kerja itu, dakwanya. “Banyak jalan yang diturap dan dibaikpulih cepat rosak. Kadangkala jalan yang diturap hanya mampu bertahan setengah tahun sahaja dan ada yang kurang daripada itu. “Apabila hujan, air mula bertakung menyebabkan lubang atas jalan bertambah besar sedikit demi sedikit dan akhirnya membahayakan pengguna jalan raya terutama mereka yang menggunakan kenderaan kecil seperti motosikal,” katanya ketika dihubungi.
Kaedah yang digunakan negara maju seperti United Kingdom dalam menyelenggara dan membaikpulih jalan yang rosak boleh dijadikan contoh. Mereka melaksanakannya secara profesional dengan menggunakan tenaga kerja yang berkemahiran dalam bidang penyelenggaraan jalan bagi memastikan kualitinya sama dengan jalan yang asal, jelas Abd. Rahim yang juga Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkata, Malaysia perlu menubuhkan satu badan pemantau bebas khusus mengawasi kerja-kerja baik pulih jalan raya terutama projek-projek yang memerlukan jalan raya dikorek dan diturap semula. “Pihak ketiga ini akan melaporkan sekiranya syarikat yang melaksanakan projek itu gagal mencapai spesifikasi yang ditetapkan dan mereka mungkin dikenakan denda dan sebagainya. “Dengan cara ini syarikat-syarikat yang berkenaan akan lebih serius dan tidak melaksanakannya sekadar melepas batuk di tangga sahaja,” katanya. Pihak yang dipertanggungjawabkan dengan kerja-kerja membaikpulih kerosakan jalan harus memikirkan bebanan yang dihadapi pengguna jalan raya terutama kos penyelenggaraan dan membaik pulih kenderaan selain risiko kecederaan atau kematian. Melalui maklumat balas daripada bengkel-bengkel kenderaan di sekitar Kuala Lumpur, kos membaiki dan menyelenggara kenderaan meningkat kerana jalan yang rosak dan berlubang. Di Malaysia, motosikal merupakan kenderaan paling popular bagi tujuan pengangkutan di bandar kerana kos kendaliannya yang lebih murah serta praktikal terutama dalam mengharungi kesesakan. Namun, risiko mereka lebih tinggi ketika berhadapan dengan jalan yang rosak dan berlubang ujar pengasas kelab DR Moto, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali dengan nama Lando Zawawi, 36. Motosikal rosak DR Moto mewakili kepentingan keselamatan kenderaan dua roda. Sebagai mat motor dan menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama, Azlan cukup memahami masalah dan keluh kesah yang dihadapi penunggang motosikal terutama ketika berhadapan dengan masalah jalan yang rosak.
“Banyak perkara berkaitan yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak harus dilihat secara serius,” katanya. Azlan yang banyak menganjurkan kempen keselamatan jalan raya terutama dalam kalangan pengguna motosikal berkata, apabila tayar motosikal melanggar lubang, penunggang mudah terpelanting dan mengalami kecederaan selain motosikal rosak. “Kenderaan lain seperti kereta atau lori yang cuba mengelak lubang secara mengejut atau mendadak juga boleh menghimpit penunggang motosikal yang melalui jalan sama ketika itu. “Kedua-dua perkara ini sering menyebabkan kemalangan maut dan penunggang motosikal digilis kenderaan yang lebih besar,” katanya. Selain itu, keadaan motosikal yang kerap melalui jalan yang rosak dan berlubang akan mengakibatkan risiko lain yang boleh mengundang kecelakaan. – Bernama

Umrah : sudah berapa kali anda lakukannya?


"Seringkali mereka yang melakukan ibadat Umrah bertanya-tanya diantara mereka mengenai jumlah umrah yang telah mereka tunaikan. Ini merupakan satu fenomena sudah pasti berlaku pada setiap musim Haji dan Umrah. Artikel ringkas kali ini cuba melihat secara kasar apakah amalan Umrah berkali-kali ini merupakan amalan yang utama semasa seseorang itu menziarahi Makkah"


Umrah : sudah berapa kali anda lakukannya?
Mengerjakan umrah pada bulan Syawal juga merupakan satu amalan yang agak mencabar. Dengan kedapatan ramainya orang yang masih belum pulang ke negara masing-masing selepas beriktikaf pada sepuluh Ramadhan terakhir di Masjidil Haram membayangkan keadaan yang masih penuh sesak di kawasan Tawaf dan Saie. Namun demikian, jemaah Umrah terutamanya dari Malaysia dengan penuh semangat terus melaksanakan ibadat umrah mereka dengan tekun. Biasanya, setelah melaksanakan Umrah, mereka akan berkumpul di kafeteria hotel untuk melepas kehausan mereka, samada dengan minuman Oren Tang sejuk atau minuman panas, Milo, Teh atau Nescafe. Disesi bersosial dan melegakan tekak, berlakulah dialog diantara Ali, Pak Suhaimi, Hashim dan Pak Mokhtar yang kebetulan pakej Umrah yang sama.

Ali (dari Kajang) : "Sudah berapa umrah awak lakukan minggu ini?”

Suhaimi (orang penchen dari Seremban) : “Saya pagi sekali, malam sekali, tiap-tiap hari kami lakukan.Bagi mengelak kesesakkan kami akan pergi ke Tana’em sebelum subuh dan kembali ke Masjidil Haram ngam-ngam waktu Subuh. Setelah melakukan solat subuh kami sempurnakan Tawaf dan Saie. Malam pulak, kami pergi ke Tana’em jam 11:30pm dan akan bertawaf lebih kurang antara jam 12:30 dan 1am. Pukul 2am nanti habislah”

Hashim (1st time buat umrah, tinggal di Pandan Jaya) : “Saya ikut trip free yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja, seperti bermiqat di Ji’ranah, Hudaibiyah dan Tana’em. Katanya kalau naik teksi ke Tana’em, cajnya SR20 satu kepala”

Mokhtar (seorang yang berumur dan janggutnya sudah putih) menyampuk dengan nada lembut : “Mana ada Umrah sunat berkali-kali, ini semua bid’ah kata ulama’ Saudi?!!”

Suhaimi : “ Aiiik... mana pulak Umrah berkali-kali ini bid’ah??? Itu kan ibadat sunat. Lagi kerap buat, lagi bagus”

Mokhtar menjawab : “Nabi ada buat ke umrah banyak-banyak kali ni? Para sahabat ada buat ke? Para Salaf ada buat ke?”

Beliau mengeluarkan buku kecil yang berwarna kuning yang diperolehi (hadiah) dari lawatan ke Masjid Quba di Madinah, yang menceduk fatwa bekas Mufti Arab Saudi, Ibn Utsaimin rh menyatakan :


هذا بارك الله فيك من البدع في دين الله؛ لأنه ليس أحرص من الرسول صلى الله عليه وسلم ولا من الصحابة، والرسول صلى الله عليه وسلم كما نعلم جميعاً دخل مكة فاتحاً في آخر رمضان، وبقي تسعة عشر يوماً في مكة ولم يخرج إلى التنعيم ليحرم بعمرة وكذلك الصحابة، فتكرار العمرة في سفر واحد من البدع،


“Keberkatan Allah keatas kamu, ini adalah salah satu bid’ah agama! Kerana sesungguhnya bukanlah satu perkara yang datang dari Nabi atau para sahabat, dan Rasulullah :saw sebagaimana yang kita ketahui memasuki Makkah, dan tinggal di sana selama 19 hari dan beliau tidak keluar untuk berihram di Tana’em, begitu juga sahabat, maka mengulangi Umrah (berkali-kali) didalam permusafiran yang satu adalah bid’ah” [Liqa’ Bab al-Maftuh (#121)]

Hashim : “Pak Mokhtar, Mufti Saudi ini sikit-sikit bid’ah. Mutawif kita kata ulama’ Saudi semuanya penganut Wahabi. Umrah berkali-kali pun dia kata bid’ah, dengan alasan Nabi tak buat”.

Mokhtar dengan senyum berkata : “Entahlah ye…..Sana kata bi’dah, yang sini pulak kata eloklah buat Umrah banyak2…Mesti ada jalan tengah agaknya, Wallahu’alam”

Pertama-tamanya, isu yang dinyatakan diatas ini jatuh dibawah topik bab ibadat-ibadat tambahan atau ibadat sunat yang menjadi tampalan kepada ibadat-ibadat wajib yang kita lakukan. Ibadat-ibadat ini tidak diwajibkan keatas seseorang untuk melakukannya, dengan ertikata lain, realitinya tidak semua orang akan melakukannya. Ia merupakan amalan sukarela. Apabila timbul dialog soal-jawab mengenai berapa jumlah “kebaikkan” yang telah kita lakukan, maka timbul pula persoalan, apakah wajar soalan ini ditanya??? Apakah wajar “kebaikkan” ini diperbincangkan? Apakah Allah swt masih memberi ganjaran kepada hamba-hambanya yang bercerita mengenai kebaikkan yang mereka lakukan? Dimanakah keikhlasan kita didalam beribadat kepada Allah swt? Tujuan apa kita menghitung-hitung amalan sunat tersebut dihadapan orang lain?

Bagi meneruskan perbincangan ini, wajar juga kita melihat dulu pra-syarat sesuatu ibadat itu diterima oleh Allah swt. Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi didalam bukunya “al-niyyah wa al-ikhlas (ms 31)” berkata bahawa semua amalan soleh hendaklah menepati dua rukun, tanpanya Allah swt tidak akan menerima ibadatnya, iaitu :-


أولهما: الإخلاص وتصحيح النية.
وثانيهما: موافقة السنة ومنهاج الشرع.

“Pertamanya : ikhlas dan membersihkan niat,
Keduanya : dilakukan sejajar dengan al-Sunnah dan peraturan syara’”

Syeikh al-Qaradhawi didalam buku tersebut juga memetik kata-kata al-Fudail bin ‘Eyad, katanya :
إن العمل إذا كان خالصا ولم يكن صوابا لم يقبل، وإذا كان صوابا ولم يكن خالصا لم يقبل، حتى يكون خالصا وصوابا، ..

“Sesungguhnya amalan apabila dilakukan secara ikhlas tetapi tidak betul caranya (tidak menepati syara’) maka ia tidak diterima, jika amalan itu dilakukan secara betul tetapi tidak ikhlas maka ia tidak diterima juga, sehinggalah dilakukan secara ikhlas dan betul” [al-niyyah wa al-ikhlas, ms 32].
Jelas disini menunjukkan bahawa ikhlas didalam ibadat merupakan pra-syarat pertama sesuatu ibadat itu diterima. Jika sesuatu ibadat itu dilakukan bukan kerana Allah swt, maka wujudlah keraguan diatas matlamat ibadat tersebut. Begitu juga dengan syarat kedua, segala ibadat itu hendaklah berlandaskan petunjuk Nabi :saw atau sunnah. Ikhlas dan menurut sunnah merupakan syarat terkabulnya amalan seseorang itu.

Menyedari hakikat ini, sebagai hamba Allah yang lemah lagi kerdil, hendaklah kita sedar bahawa amalan-amalan sunat atau sukarela hendaklah dilakukan sebagai mana konsep orang memberi sedekah : “Tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak tahu”. Usahlah dicanang-canang kepada orang ramai jumlah umrah yang telah kita lakukan. Sedarilah hakikat bahawa, amalan-amalan yang dilakukan, pada mulanya kerana Allah, akan tetapi tanpa disedari ia berubah seolah-olah ingin memberitahu manusia bahawa kita ini telah melakukan satu amalan tambahan. Ketahuilah bahawa riya’ itu membakar amalan kebaikkan!

Pra-syarat kedua didalam menentukan samada ibadat kita diterima oleh Allah swt atau tidak adalah samada ibadat kita tadi sejajar dengan tuntutan syara’? Merujuk kepada topik perbincangan kita, maka persoalannya adalah “apakah Umrah berkali-kali dalam satu permusafiran itu benar-benar merupakan amalan solafussoleh?”

Ijma’ fuqaha’ bersetuju bahawa Umrah merupakan salah satu dari amalan terbaik disisi Allah swt. Diantara satu Umrah dengan Umrah yang lain akan menghapuskan dosa diantaranya. Sabda Nabi :saw :
العمرة إلى العمرة كفارة لما بينهما

“Antara satu Umrah hingga Umrah berikutnya adalah kifarat dosa di antara keduanya.” [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Jumhur ulama’ membenarkan umrah dilakukan berulang-ulangkali didalam satu tahun. [lihat Dur al-Muhktar 2/472, al-Majmu’ 7/149, Kasyaaf al-Qinaa’, 2/520]. Diantara yang tidak menggalakan mengulangi Umrah adalah al-Hassan, Ibn Sirin dan Imam Malik [lihat Muwaahib al-Jaleel, 2/424]. Mereka berpendapat hukumnya makruh.

Persoalan yang timbul ialah, apakah hukum bagi mereka yang mengulangi umrah dalam satu permusafiran sahaja? Misalnya seorang yang menziarahi Makkah selama 10 hari, memasuki Makkah melalui Madinah al-Munawarah. Maka setiba di Bi’r Ali yang merupakan Miqat berhampiran Madinah, dia akan berniat ihram disana. Setelah tiba di Makkah, selesai Tawaf, Saie dan bertahalul, maka sempurnalah Umrahnya. Pada keesokkan hari dan hari-hari berikutnya, dia akan pergi ke Tana’im (Miqat yang berhampiran kota Makkah), balik ke Makkah untuk menyelesaikan Umrah. Hampir setiap hari atau selang dua hari dia melakukan Umrah.

Menurut Ibn Qudamah rh didalam al-Mughni, bukanlah satu kesalahan melakukan Umrah berkali-kali didalam setahun, sebagaimana diriwayatkan oleh Ali, Ibn Umar, Ibn Abbas, Ans, A’isyah, ‘Ata’, Tawus, ‘Ikrimah dan al-Syafie, kerana ‘Aisyah melakukan Umrah DUA kali didalam setahun. Namun demikian, terdapat tempoh A’isyah ra. melakukan 2 Umrah tersebut dalam lingkungan kurang dari 20 hari.

Disini kita melihat bahawa TIDAK ada larangan sama sekali untuk menggulangi Umrah didalam satu atau beberapa permusafiran dalam satu tahun. Apa yang dapat dilihat disini bahawa terdapatnya jarak diantara satu Umrah dengan Umrah yang lain, seperti hadith perbuatan A’syah tadi, iaitu jarang kurang dari 20 hari. Berkata Imam Ahmad rh :-


إذا اعتمر فلا بد من أن يحلق أو يقصر، وفي عشرة أيام يمكن حلق الرأس

“Jika seseorang melakukan Umrah, dia akan mencukur atau memendikkan rambutnya, maka dalam tempoh 10 hari bolehlah dia mencukur kembali rambutnya” Beliau juga berkata : “seseorang itu tidak boleh melakukan Umrah sehingga kepalanya menjadi hitam ditumbuhi rambut”.

Ibn Taimiyah rh. menjelaskan bahawa : apa yang dikatakan oleh Imam Ahmad ialah tidak digalakkan melakukan Umrah berkali-kali dari Makkah atau kawasan lain, malah seseorang itu hendaklah menjarakkannya dalam tempoh rambut dapat tumbuh kembali agar ia dapat dicukur [Majmu’ al-Fatawa, 26/45].

Ali ra. berkata umrah boleh dilakukan setiap bulan. Apabila rambut telah tumbuh semula. Anas ra. akan keluar dan melakukan umrah sekali lagi. Kedua-dua riwayat ini telah laporkan oleh al-Syafie didalam Musnad [Musnad, ms 778]. ‘Ikrimah berkata : seseorang itu hendaklah melakukan umrah apabila rambutnya bersedia dicukur oleh pisau cukur. Berkata ‘Ata’ : jika seseorang itu ingin melakukan umrah, bolehlah melakukan Umrah 2 kali didalam sebulan. [Ibn Qudamah, al-Mughni, 3/220].

Syiekh Fahd bin Salim Bahamam memberi 2 kesimpulan yang baik mengenai amalan mengulangi Umrah dalam satu permusafiran. Kata beliau :


1. الإكثار من العمرة بسفر جديد من أفضل الأعمال عند الله.
2. يجوز على الصحيح تكرار العمرة في السفرة الواحدة، وإن كان الانشغال بالطواف والتعبد في الحرم أولى وأفضل.

“1. Memperbanyakkan Umrah dengan permusafiran yang baru (bukan satu permusafiran) merupakan amalan [Umrah] terbaik disisi Allah swt.

2. Mengulangi Umrah didalam satu permusafiran adalah DIBOLEHKAN, akan tetapi jika seseorang itu menyibukkan diri dengan melakukan ibadat TAWAF atau ibadat-ibadat lain di Masjidil Haram adalah lebih UTAMA dan AFDHAL.”

Dapat disimpulkan bahawa para sahabat dan salaf akan mengulangi Umrah dengan kadar tempoh kepala yang dicukur telah ditumbuhi rambut, dimana ada dikalangan mereka menyebut tempoh jarak antara 7 hingga 10 hari. Ulama’ menyebut bahawa Umrah yang diulangi terlalu kerap bukanlah satu tuntutan atau amalan terbaik semasa berada di Makkah, akan tetapi seseorang itu hendaklah melakukan tawaf sunat dan memperbanyakkan ibadat-ibadat lain didalam Masjidil Haram. Ini juga dapat menjernihkan lagi khilaf dikalangan ulama’ yang tidak membenarkan mengulangi Umrah, kerana disana wujudnya tempoh bagi melakukan amalan bercukur yang sempurna. Tidak ada larangan mengulangi Umrah dengan kerap, akan tetapi para Salafussoleh melakukannya dengan kadar tempoh tumbuhnya rambut dikepala.

Sekian, wassalam



Kamin,
26 Syawal / 24-09-2011



Rujukan :

Dr Yusuf al-Qaradhawi. Al-niyyah wa al-ikhlas. Kaherah : Maktabah Wahbah, 1995.

ما حكم تكرار العمرة في السفرة الواحدة؟
http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=85808

تكرار العمرة في السفرة الواحدة
http://www.fikhguide.com/tourist/shara/232

تكرار العمرة في سفر واحد من البدع
http://www.3llamteen.com/index.php?option=com_content&task=view&id=443&Itemid=47

Sumber: http://kaminms.blogspot.com/2011/09/umrah-sudah-berapa-kali-anda-lakukannya.html

by Kamin al-ahkam.net

Disiplin senaman, diet dan suplemen




KATA orang, bahasa badan menjadi cermin personaliti seseorang. Ini kerana tubuh badan ditakrif sebagai bayangan penjagaan kesihatan seseorang.

Jika wanita mahukan tubuh badan langsing untuk cantik, kaum Adam pula memasang angan-angan memiliki tubuh badan berotot untuk kelihatan lebih maskulin.

Namun, mendapatkan bentuk tubuh badan yang kekar bukanlah satu perkara yang mudah. Bagaimanapun, bagi sesetengah lelaki, obses mereka lebih daripada membina badan sasa apabila ada yang berusaha memiliki otot six pack pada bahagian perut.

Selain menambahkan lagi kecantikan susuk tubuh badan, membentuk enam otot di bahagian perut juga menjadi lambang kesungguhan mereka saat berpenat lelah di pusat kecergasan.

Seorang jejaka, Mohd. Zafir Abdul Karim tidak menolak kebenaran tergolong dalam individu yang obses terhadap six pack. Bagaimanapun akuinya, dengan mengikuti disiplin yang ketat dan betul, impiannya itu tercapai dalam tempoh tiga bulan sahaja.

“Saya mempunyai bentuk badan yang amat kurus. Walaupun saya makan dalam kuantiti yang banyak tetapi, berat badan saya tetap tidak naik.

“Setelah saya menyertai Muay Thai dua tahun lalu, saya mula memandang serius untuk mendapatkan tubuh badan yang berotot.

“Ahli Muay Thai memerlukan perut yang kuat kerana ia merupakan kawasan serangan lawan. Jadi secara tidak langsung ia memaksa saya fokus membina otot pada bahagian perut,” jelas lelaki berusia 26 tahun itu.


KUALITI senaman perlu diutamakan untuk membolehkan lebih banyak lemak dapat dibakar.


Formula six pack

Mungkin ramai beranggapan senaman menjadi taruhan utama akan tetapi, formula asas bagi mendapatkan six pack adalah menitikberatkan kepada cara pemakanan.

Menurut anak kelahiran Perak itu, seseorang individu boleh makan apa sahaja dengan syarat mereka tahu jumlah kalori yang diambil serta mengambil inisiatif membakar kalori tersebut bagi mengelakkan lebihan lemak dalam badan.

“Tidak salah bagi seseorang itu bersarapan dengan nasi lemak tetapi, mereka perlu mengira jumlah kalori yang ada dalam kandungan menu tersebut. Sepinggan nasi lemak kebiasaannya mempunyai 300 hingga 400 kalori, jadi mereka perlu melakukan aktiviti yang mampu membakar jumlah kalori tersebut.

“Misalnya, berjoging selama dua jam mampu membakar jumlah kalori yang sama banyak dengan sepinggan nasi lemak tetapi, ia terpulang kepada individu itu bagaimana memilih untuk membakar kalori,” katanya.

Bagi mendapatkan six pack dalam tempoh singkat, Zafir menyediakan jadual pemakanan khusus dengan hidangan sebanyak enam kali sehari dalam kuantiti kecil bagi setiap hidangan.

Rahsia air

Pengambilan air yang diminum juga memainkan peranan penting bagi mendapatkan otot perut yang pejal serta mengekalkan six pack yang dimiliki.

Setiap kali bangun daripada tidur, Zafir akan meminum air masak secukupnya (beberapa gelas mengikut keadaan). Selain itu, dia juga hanya akan minum selepas 45 minit pengambilan makanan berat.


PEMAKANAN merupakan faktor utama mencapai bentuk badan ideal.


Secara purata, lelaki yang kini bertugas sebagai jurulatih kecergasan bagi Persatuan Muay Thai Malaysia itu akan minum sekurang-kurangnya dua botol besar air mineral setiap hari.

Menerjah dimensi senaman, Zafir memberitahu pada awal proses membina six pack, dia melakukan minimum 100 kali bangkit tubi hampir setiap hari.

Rutin senamannya merangkumi aktiviti joging sejauh lima kilometer yang dilakukan dua kali seminggu bermula pukul 6.30 pagi.

Pada sesi petang, Zafir akan menjalani latihan Muay Thai, manakala pada sebelah malam dia akan meluangkan masa selama dua jam di gim melakukan aktiviti seperti angkat berat dan lain-lain.

Suplemen

Tidak lengkap jika seorang lelaki yang memiliki six pack tidak mengambil sebarang suplemen bagi membantu mengekalkan otot-otot tersebut dalam keadaan baik.

Bagi Zafir, suplemen penting walaupun ada segelintir menyifatkan bahan tersebut tidak diperlukan sekiranya telah mengikuti diet serta senaman yang betul.

Suplemen seperti serbuk minuman protein berguna buat individu yang mahu mengekalkan six pack kerana kandungan dalam bahan itu lengkap dengan kesemua protein mengikut kuantiti yang diperlukan badan.

Selain itu, pengambilan sebiji pil multivitamin setiap pagi dikatakan dapat membekalkan nutrisi serta tenaga bagi menjalankan aktiviti harian.

Tambah Zafir, mereka yang banyak melakukan aktiviti senaman berat di gim perlu mengambil pil asid amino sebelum dan selepas senaman bagi memulihkan kembali tisu otot yang koyak ketika bersenam.

“Secara keseluruhan, saya menghabiskan RM300 hingga RM500 sebulan bagi perbelanjaan suplemen,” katanya yang menjadikan Kevin Zahri sebagai idola.

Sementara itu, jurulatih persendirian Elements Gym, G Tower Kuala Lumpur, Abdul Razak Jalil memberitahu, kandungan suplemen terdiri daripada 100 peratus makanan harian cuma keistimewaannya ia lengkap dengan nutrisi yang diperlukan badan.


KALORI defisit langkah terbaik membentuk six pack.


Razak atau lebih mesra disapa sebagai Jack menyatakan suplemen mampu membantu individu yang mahukan kesan pantas membina six pack.

Jika tidak, seseorang itu hanya perlu mengurangkan pengambilan makanan berminyak serta mengelakkan makanan dengan kandungan gula yang tinggi.

Sama seperti Zafir, sebagai individu yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang bina badan, Jack meletakkan 60 peratus pada pemakanan dan 40 peratus pada senaman sebagai faktor utama mendapatkan six pack.

Jelasnya, badan seorang dewasa hanya boleh menerima sebanyak 1,200 hingga 1,600 kalori sahaja sehari tetapi, dalam konteks masyarakat Malaysia, ia telah melebihi paras normal.

“Masyarakat Malaysia sukar menjaga pemakanan mereka, jadi bukan sesuatu yang mengejutkan apabila mendapat tahu kandungan kalori mereka mencecah 2,500 hingga 3,000 kalori.

“Menambah kepada masalah tersebut, mereka tidak bersenam bagi membakar kalori tersebut yang akhirnya menyebabkan lemak terkumpul dalam badan,” ujar anak kelahiran Johor itu.

Mitos bangkit tubi

Menyentuh soal senaman, Jack berpesan kepada mereka yang ingin memiliki six pack agar tidak percaya kepada mitos bangkit tubi yang perlu dilakukan sebanyak 2,000 hingga 3,000 sehari.

Menurut Jack, bagi mendapatkan six pack, seseorang itu hanya perlu melakukan 200 hingga 300 bangkit tubi sehari dan mengulangi aktiviti tersebut selama tiga kali seminggu.

“Otot kita perlu rehat, jangan lakukan senaman secara melampau, biar berpada-pada dan lakukan secara perlahan-lahan serta hasilnya akan menjadi lebih baik.

“Jumlah 200 bangkit tubi yang dimaksudkan di sini juga bukanlah dilakukan sekali gus, anda boleh lakukan sebanyak 25 kali dan berhenti untuk 30 saat sebelum menyambung semula.

“Aktiviti ini juga perlu dilakukan setiap pagi sebelum sarapan dan selepas santapan terakhir pada waktu malam,” tambahnya lagi.

Sementara itu, aktor popular tanah air yang terkenal sebagai individu yang memiliki tubuh badan kekar, Jehan Miskin pula menyifatkan dirinya beruntung kerana tidak banyak berpantang soal makanan.

Memiliki bentuk badan ektomorf iaitu kerangka badan yang kecil dan panjang, Jehan memberitahu keseimbangan pemakanan serta senaman penting bagi pembentukan otot.

“Setiap individu mempunyai bentuk badan berbeza jadi mereka perlu melakukan senaman serta amalan diet mengikut kesesuaian badan mereka.

“Disiplin dan tidur yang cukup juga penting bagi mendapatkan tubuh badan yang mantap,” kata pelakon berusia 32 tahun itu.

Berapa Tinggi Nilai Kita


Ada tiga tin Coca-cola dihasilkan dari satu kilang yang sama. Mereka diletakkan di tiga bakul yang berbeza.

Bila sudah sampai masanya, ketiga-tiga tin coca-cola dinaikkan ke dalam lori yang sama dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut pesanan.

Tin yang pertama diturunkan di minimarket biasa dan dipamerkan di rak bersama tin coca-cola yang lain dan diletak harga RM1.50.


Tin yang kedua diturunkan di sebuah pasaraya besar ternama dan di masukkan ke dalam peti sejuk dan diletakkan harga RM2.00.

Tin yang ketiga dihantar ke sebuah hotel bertaraf lima bintang yang sangat mewah.Tin coca-cola ini ditempatkan di dalam rak atau dalam peti sejuk.

Tin ini akan dikeluarkan apabila ada pesanan dari pelanggan.

Dan jika ada pelanggan yang memesan coca-cola,air dari tin ini dimasukkan ke dalam gelas kristal ang bercampur dengan ketul-ketulan ais. Ia disediakan dengan cermat dan berhati-hati dan disajikan kepada pelanggan dengan sopan.

Harganya ialah RM15.00

Sekarang isu hangatnya ialah mengapa air tin coca-cola ini memiliki harga yang berbeza sedangkan mereka dihasilkan dari kilang yang sama dan dihantar dengan lori yang sama malah ketiga-tiganya mempunyai rasa yang sama?

Persekitaran Mencerminkan Harga Anda!

Apabila anda berada di persekitaran yang boleh mengeluarkan terbaik dari diri anda,maka anda akan jadi cemerlang.

Tapi jika anda berada di persekitaran yang meng’kecil’kan diri anda, maka anda akan jadi ‘kecil’.

Orang yang sama,bakat yang sama,kemampuan yang sama + persekitaran yang berbeza = NILAI YANG BERBEZA.

Apa pun apa yang paling utama ialah rezeki adalah ketentuan Qada dan Qadar Allah Taala, oleh itu berusahalah menjadi yang terbaik disamping pasrah dan memohon kepada Allah Taala.

Dan perbezaan tinggi nilai kita di sisiNYA sebenarnya ialah amalan kita.

Wallahualam

Belajar Tanpa Guru Umpama Belajar Dengan Syaitan?


Sering kali kita mendengar apabila seseorang itu belajar dengan kitab sahaja tanpa bimbingan guru maka ia dianggap boleh jadi sesat kerana belajar tanpa guru maka yang ketiganya adalah syaitan. Itu semua hanyalah gimik belaka untuk menakut-nakutkan manusia malah tiada hadis sahih yang mengatakan belajar tanpa guru umpama belajar dengan syaitan.Bagaimana kita boleh begitu pasti mereka kemungkinan boleh jadi sesat sedangkan apa yang kita lihat sekarang kebanyakannya yang berguru adalah yang sesat. Lihat sajalah senarai ajaran-ajaran sesat yang telah diwartakan oleh JAKIM kebanyakannya adalah berguru. Maka mana yang benarnya belajar dengan guru atau tanpa guru?
Adakah kerana apabila ada guru maka apabila berlaku kesilapan pada anak murid, maka guru tersebut boleh membetulkan? Itu memang tidak dapat dinafikan tapi adakah guru itu semua apa yang diperkatakannya betul? Jika dah guru itu sesat diajarnya lagi ajarannya tidak sesatkah anak muridnya? Mana anda mahu pilih guru yang hanya mengajar tanpa membawa hujjah yang kukuh atau belajar dengan satu kitab ulamak yang diketahui kejujurannya, amanahnya, ketsiqahannya dan ketinggian ilmunya?

Sebenarnya kedua-duanya adalah sama samaada berguru atau tidak tapi mestilah ada keikhlasan dan tidak ada sikap taksub pada kitab atau guru tersebut. Tapi yang berguru diberi keutamaan.Yang penting mendahulukan Al-Quran dan sunnah daripada guru. Rasulullah bersabda:
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya".(Riwayat Malik dalam Muwatha no.898 ).
Maka jelas selagi kita berpegang dan mendahulukan Al-Quran dan sunnah dari segala-galanya dalam sesuatu perkara maka Rasulullah s.a.w mengatakan "tidaklah kamu akan tersesat selama-lamanya".
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin pernah ditanya tentang perkara tersebut. Beliau menjawab:
"Tidak diragui lagi bahawa ilmu boleh diperolehi dengan mempelajarinya daripada para ulama dan daripada kitab. Ini kerana, kitab seorang ulama adalah ulama itu sendiri, dia berbicara kepadamu tentang isi kitab itu. Jika tidak dapat menuntut ilmu daripada ahli ilmu maka dia boleh mencari ilmu daripada kitab. Akan tetapi memperolehi ilmu melalui ulama lebih dekat (mudah) daripada memperolehi ilmu melalui kitab, ini kerana orang yang memperolehi ilmu melalui kitab akan banyak menemui kesulitan dan memerlukan kesungguhan yang besar, dan akan banyak perkara yang akan dia fahami secara samar sebagaimana terdapat di dalam kaidah syar�iyyah dan batasan yang ditetapkan oleh para ulama. Maka dia hendaklah mempunyai tempat rujukan di kalangan ahli ilmu semampu mungkin.
Adapun perkataan yang menyatakan: "Barangsiapa yang gurunya adalah kitabnya maka kesalahannya akan lebih banyak dari pada benarnya." Perkataan ini tidak benar secara mutlak, tetapi juga tidak salah secara mutlak. Jika seseorang mengambil ilmu daripada semua kitab yang dia lihat, maka tidak diragukan lagi bahawa dia akan banyak melakukan kesalahan. Adapun orang yang mempelajarinya bersandarkan kepada kitab-kitab orang-orang yang telah dikenal ketsiqahannya, amanahnya, dan ilmunya, maka dalam hal ini dia tidak akan banyak salah bahkan dia akan banyak benarnya dalam perkataannya.' [link]
Agama ini perlu dilihat dari segi hujjah kerana islam datang dengan hujjah. Hujjah mesti beserta dengan ilmu yang terang dan nyata bukannya kerana dia seorang aliran agama dan tahu bahasa arab maka itu adalah hujjah. Itu semua hanyalah tipu daya syaitan untuk mengelirukan manusia. Yang penting kefahaman tentang islam dan mempunyai fakta yang kukuh seperti mana yang dikatakan oleh Dr Asri Zainul Abidin:
"Hari ini ramai profesional yang tidak bergelar ustaz tetapi lebih mantap ilmunya daripada yang bergelar ustaz. Lihat seperti moderator fikrah.net; Tuan Hasan Tuan Lah, juga Kapten Hafiz Firdaus dan lain-lain yang berkemampuan. Mereka seperti ini berhak campur tangan dalam hal ilmu kerana mereka ada fakta". Nabi s.a.w menyebut:
" Manusia bagaikan bahan galian,seperti galian emas dan perak. Mereka yang terpilih semasa jahiliah, terpilih juga semasa Islam sekiranya mereka itu memahami islam"( Riwayat al-Bukahri dan Muslim)
Dalam buku Kapten Hafiz Firdaus Abdullah "7 Tipu Daya Syaitan Ke Atas Umat Islam" beliau ada meletakkan tiga bisikan syaitan untuk menakutkan umat Islam dari menghampiri al-Qur'an dan al-Sunnah iaitu:
Bisikan Pertama:
"Siapa menuntut ilmu tanpa guru maka dia menuntut
ilmu dengan syaitan".
Bisikan ini amat masyhur sehingga ia berjaya menakutkan ramai umat Islam dari menuntut ilmu tentang agama mereka.Bahkan ada yang menganggapnya sebagai sebuah hadis.Sebenarnya berguru memang penting dalam Islam. Maksud berguru ialah seorang yang rendah ilmunya menuntut daripada seorang yang lebih tinggi ilmunya. Cara atau sarana berguru boleh berbeza-beza seperti pembacaan, menonton program di TV, mendengar rakaman, berdialog di internet dan duduk berhadapan(face to face). Oleh itu, sebagai contoh, jika seseorang sedang membaca buku Imam al-Nawawi rahimahullah, bererti dia sedang berguru dengan beliau.
Akan tetapi syaitan telah masuk campur merosakkan maksud berguru. Ia membataskannya kepada berguru secara berhadapan sahaja (face to face). Syaitan mengetahui bahawa dengan pembatasan ini, ramai umat Islam tidak akan dapat menuntut ilmu. Ini kerana masing-masing sibuk dengan kuliah, kerja dan keluarga sehingga sukar untuk duduk berhadapan dengan guru kecuali untuk beberapa ketika. Selain itu sukar pula untuk mencari guru yang berilmu, amanah dan jujur untuk berguru secara face to face dengannya. Maka setelah melakukan pembatasan tersebut, syaitan menakutkan orang ramai bahawa jika mereka menuntut ilmu tanpa guru, yakni tanpa face to face dengan seorang guru, maka orang itu sedang menuntut ilmu dengannya.
Bisikan syaitan ini dapat dilawan dengan penjelasan bahawa sesiapa yang menuntut ilmu dengan apa jua cara, asalkan ikhlas demi memperbaiki agamanya, maka yang akan menjadi gurunya bukan syaitan tetapi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah berjanji di dalam al-Qur'an:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami,sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. [al-Ankabut 29:69]
Bisikan Kedua:
"Anda perlu menguasai bahasa arab terlebih dahulu. Tidak boleh belajar agama tanpa bahasa arab."
Melalui bisikan ini syaitan sekali lagi dapat menakutkan orang ramai dari menuntut ilmu agama. Melalui bisikan ini ramai yang menggunakan masa dan tenaga yang dia miliki untuk belajar bahasa Arab. Bertahun-tahun belajar tetapi yang diketahui hanya sekadar "Aina anta?" Sebenarnya pada masa kini, penguasaan bahasa Arab tidak perlu menjadi prioriti untuk menuntut ilmu agama. Ini kerana sudah terdapat banyak buku-buku bahasa Arab yang sudah diterjemah ke bahasa Malaysia, Indonesia dan Inggeris. Selain itu terdapat juga buku-buku dalam bahasa Malaysia, Indonesia dan Inggeris yang dikarang oleh penulis yang menguasai bahasa Arab dengan baik. Buku ini mewakili pelbagai subjek seperti aqidah, tafsir, hadis, fiqh, akhlak dan lain-lain. Semua ini memudahkan kita menuntut ilmu agama tanpa perlu menguasai bahasa Arab.
Dalam konteks ini, orang-orang yang ingin menuntut ilmu agama boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:
Mereka yang memberi tumpuan kepada mempelajari bahasa Arab. Kumpulan ini lazimnya mengambil masa beberapa tahun belajar bahasa Arab dengan hajat ingin dapat membaca kitab-kitab klasik seperti Tafsir al-Qurtubi dan Syarh Shahih Muslim bi al-Nawawi. Setelah beberapa tahun, segelintir di antara mereka ada yang berjaya. Namun kebanyakan yang lain gagal. Dalam masa beberapa tahun tersebut, mereka masih jahil tentang agama dan jahil juga tentang bahasa Arab. Akhirnya mereka kecewa dan putus asa dari ingin menuntut ilmu agama.
Mereka yang memberi tumpuan kepada mempelajari ilmu-ilmu agama dari sumber bahasa yang mereka fahami. Dalam masa beberapa tahun, kumpulan ini sudah menguasai aqidah yang tulen, fiqh perbandingan antara empat mazhab dan akhlak yang selari dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Mereka juga menguasai ilmu tafsir, hadis, fiqh dan lain-lain. Setelah itu mereka mula memberi tumpuan kepada mempelajari bahasa Arab.
Ini kerana pada tahap awal proses menuntut ilmu, bahasa Arab tidak penting. Akan tetapi pada tahap seterusnya,bahasa Arab menjadi penting untuk mereka melanjutkan kajian kepada sumber-sumber yang belum diterjemahkan.Bahasa Arab juga menjadi penting dalam rangka menjawab orang-orang yang kononnya ahli dalam bahasa Arab tetapi sengaja mengubah terjemahan ayat al-Qur'an, hadis atau perkataan ulama' silam dalam kuliah atau tulisan mereka demi membenarkan pandangan mereka yang menyesatkan.
Oleh kerana kumpulan ini sudah memiliki penguasaan dalam sesuatu subjek, mudah untuk mereka menelaah subjek tersebut dari sebuah kitab berbahasa Arab. Sebagai contoh, sebuah kitab fiqh klasik dalam bahasa Arab akan mudah ditelaah oleh orang yang mahir dalam subjek fiqh sekali pun dia belum mahir dalam bahasa Arab. Berbeza dengan orang yang mahir dalam bahasa Arab tetapi lemah dalam subjek fiqh, dia akan mengalami kesukaran untuk menelaahnya.
Ringkasnya, menguasai bahasa Arab tidak menjanjikan penguasaan dalam ilmu-ilmu agama, apatah lagi penghayatannya. Syaitan telah berjaya menakut-nakutkan umat Islam dari menuntut ilmu-ilmu agama dengan meletakkan syarat penguasaan bahasa Arab terlebih dahulu. Lawanlah tipu daya syaitan ini dengan menuntut ilmu-ilmu agama dalam apa jua bahasa. Prioriti anda ialah aqidah dan asas-asas agama seperti ilmu berkenaan al-Qur'an dan al-Sunnah. Seterusnya ia diikuti dengan ibadah dan akhlak. Kemudian apabila anda memiliki masa dan tenaga yang lebih,berilah tumpuan kepada bahasa Arab.
Bisikan Ketiga:
"Saya takut hendak membaca dari sumber terjemahan kerana mungkin terdapat kesilapan terjemahan."
Tidak ada buku yang sempurna dari kesilapan melainkan al-Qur'an. Selain al-Qur'an, kemungkinan wujudnya kesilapan memang ada. Demikian juga bagi buku-buku yang diterjemah dari bahasa Arab ke bahasa Malaysia, Indonesia dan Inggeris. Kemungkinan kesilapan memang ada. Akan tetapi kemungkinan tersebut amatlah kecil. Berdasarkan pengalaman saya membaca kitab terjemahan dan membandingkannya dengan kitab asal berbahasa Arab, berani saya katakan bahawa kemungkinan tersebut hanya sekadar 2 hingga 3 peratus. Hanya syaitan yang membesarbesarkannya kepada 20 hingga 30 peratus.
Lebih dari itu, kesilapan yang berlaku di sisi penterjemah boleh juga berlaku di sisi penterjemah yang lain. Jika anda menguasai bahasa Arab, anda juga akan membuat kesilapan ketika membaca sesebuah kitab, khasnya kitab klasik yang ditulis pada zaman awal dan pertengahan Islam.
Oleh itu lawanlah bisikan syaitan ini dengan cara menelaah sesebuah buku terjemahan dengan teliti. Jika menemui sebuah kenyataan yang memusykilkan, bertanyalah kepada orang yang mahir dalam subjek tersebut. Insya-Allah dia akan dapat menerangkan sama ada itu satu kesilapan terjemahan atau kemusykilan yang sebenarnya satu kebenaran.
Demikian tiga contoh bisikan syaitan yang masyhur dalam rangka menakutkan umat Islam dari menuntut ilmu agama.Sungguh, apabila iblis berjanji di hadapan Allah: "Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga Hari Kiamat, tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunannya (manusia), kecuali sedikit (di antaranya)." [al-Isra' 17:62], ia tidak sangka bahawa amatlah mudah untuk melaksanakan janjinya itu. Buktinya dapat dilihat pada masa kini dimana majority dari umat Islam amat takut untuk belajar berkenaan agama mereka. Sekali pun sebahagian dari mereka memiliki kelulusan pendidikan yang amat tinggi, mereka amat takut untuk belajar tentang Islam. Mereka mencukupkan diri dengan apa yang dipelajari di bangku sekolah.
Apabila umat Islam tetap berada dalam keadaan jahil, mudah bagi syaitan untuk mencapai objektifnya menyesat, mengkafir, memusyrik dan menjadikan umat Islam penghuni neraka. Atas tipu daya syaitan ini, kita akan temui kebanyakan orang yang memiliki penghayatan agama melaksanakan penghayatan tersebut hanya dengan mengikuti orang-orang sebelum mereka atau kumpulan tertentu. Amat sedikit yang menghayati agama berdasarkan kefahaman yang jitu berkenaan al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih serta teladan generasi al-Salaf al-Shalih.
Bahkan tanpa ilmu agama yang sahih, iaitu ilmu yang berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah, mudah untuk syaitan mencapai objektifnya itu dengan melakukan tipu daya memperindahkan sesuatu yang sebenarnya mungkar. Tipu helah ini akan kita kaji seterusnya insya-Allah.
Maka kepada para pembaca sekalian, jika terlintas di hati anda perasaan takut untuk menuntut ilmu, ketahui bahawa itu adalah lintasan dari syaitan. Ucaplah "A'uzubillahi minas syaitan nirrajim" dan terus memberanikan diri anda untuk menuntut ilmu.
Wallahua'lam.

dI mAna hEndak dIperolehi tEman yAng sEjati

Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperolehi di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda.
Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan.
Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.
Sabda baginda: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya sahaja yang dapat mengecapi kenikmatan dan kekusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w nyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham.
Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata? Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredhaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat merasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.
Hubungan persahabatan seperti itu tidak ada di alam gelora manusia yang yang berkawan dengan seseorang kerana kepentingan atau kedudukan atau harta. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatu-padukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Anfal: 63).
Ia hanya wujud dalam alam persahabatan yang dibina atas nama Iman dan Islam. Maka kita akan lihat kesetiaan antara para pejuang Islam yang ikhlas sepanjang sejarah penuh dengan keajaiban. Mereka hapuskan dalam dairi hidup mereka perkataan khianat, kebencian dan permusuhan dari belakang, lalu digantikan dengan “aku kasihkan engkau kerana Allah”.
Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah. Samada sahabatnya masih hidup, atau setelah meninggalkan dunia ini. Ini kerana tempat rujuk kasih mereka Maha Tinggi Lagi Tiada Kesudahan bagiNya, iaitu Allah s.w.t. Lihatlah sahabah Nabi s.a.w. Zaid bin al-Dathinah apabila dia ditangkap oleh pemimpin Quraish yang menentang Nabi s.a.w. lalu dibawa untuk dibunuh dan Abu Sufyan –ketika itu belum menganut Islam- bertanya kepadanya: “Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu”.
Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku”. Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah). Ya! Kasih yang mengharapkan hanya ganjaran Allah. Inilah kasih para pejuang yang sebenar antara mereka.
Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan RasulNya. Alangkah indahnya suasana ini.
Justeru itu Allah memuji golongan Muhajirin dan Ansar lalu dirakam kasih sayang antara mereka dalam al-Quran: (maksudnya) ”Bagi golongan fakir yang berhijrah, yang mereka diusir dari kampung halaman dan harta benda mereka (kerana) mencari kurnia daripada Allah dan keredhaanNya. Mereka menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka itu (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka. Mereka tiada menaruh sebarang keinginan (balasan) dalam dada mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada Muhajirin. Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Adapun orang-orang yang datang selepas mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang” (Surah al-Hasyar 8-10).
Hanya insan-insan yang seperti ini sahaja yang akan merasa manisnya perjuangan yang mereka bawa. Ini kerana mereka jelas matlamat yang hendak dituju dan jalan yang hendaklah dilalui. Bebas dari kepentingan diri, yang tinggal hanya kepentingan cita-cita yang suci. Maka tidak ada cerita jatuh-menjatuh antara mereka kerana jawatan dan pangkat.
Sebaliknya, sering ingin memberi kerana matlamat mereka adalah keredhaan Allah. Ia tidak dicapai dengan tumpas menumpas sesama pejuang yang betul niat dan tujuannya. Sebaliknya keredhaan itu dicapai dengan sering tolong menolong kerana Allah. Jika itu tidak ada, perjuangan itu untuk dunia semata dan pasti dalamnya penuh kepahitan walaupun pada zahir ada harta dan kemewahan.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.
Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.
Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) “Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita” (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah.
Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika ‘ada udang di sebalik mee’. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w menyebut: “Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Kita selalu dengar cerita pengkhianatan sesama sahabat dalam perniagaan, pekerjaan dan politik. Mendengarnya sahaja amat memeritkan, apatah lagi jiwa yang mengalaminya. Amat rapuhnya persahabatan jika dibina di atas kepentingan diri masing-masing. Ditikam oleh musuh, tidak seperit pedihnya seperti ditikam oleh sahabat yang rapat. Dirompak oleh perompak tidak sekecewa ditipu oleh rakan yang dipercaya. Dijatuh oleh lawan tidak sedahsyat direbahkan oleh teman seperjuangan.
Namun itu realiti dalam maya pada ini bagi hubungan sesama insan yang tidak dibina atas nama tuhan. Jika ada pihak yang jujur dalam persahabatan, tetapi pengkhianatan berlaku bererti samada dia silap memilih teman, atau prinsip perjuangan. Maka dalam memilih sahabat, lihatlah hubungannya dengan tuhan dan atas apa kita membina persahabatan dengannya.
Saya rasa dalam dunia perniagaan dan politik, persahabatan sejati amat sukar untuk dicari. Bukan perniagaan, atau politik itu kotor; kedua-duanya termasuk dalam ajaran Islam. Namun kedua bidang itu apabila tidak berpandukan ajaran Allah dan RasulNya maka akan menjadi sangat rakus, biadap, penuh dengan kepura-puraan, tidak berprinsip, tidak menghargai rakan dan taulan, bicara dan bahasanya penuh dengan kemunafikan.
Kepentingan diri masing-masing kadang kala bagai tuhan yang disembah. Sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri, apa yang dia tidak akan lakukan jika perintah oleh tuhan yang sebenar pun. Banyak perintah agama dia kata tidak mampu, namun jika ada kepentingan politik atau urus niaga lebih daripada itu dia sanggup lakukan.
Firman Allah dalam Surah al-Jathiah, ayat 23: (maksudnya): “Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan (yang dipatuhinya), dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana pengetahuanNya (tentang kekufuran mereka), dan ditutup pula atas pendengarannya dan jantungnya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikannya berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu tidak mengingati?.
Betapa ramai orang politik yang dikelilingi oleh para pengikutnya, lalu kesemua mereka hilang apabila kuasa tiada lagi di tangan. Pada hari dia berkuasa; semuanya menjerit dan memuja, seakan sanggup hidup dan mati bersama. Namun apabila dia tidak mampu lagi memberi harta, pangkat dan kedudukan, melintas pun belum tentu mereka bersalaman.
Telah banyak bukti hidup dan mati yang tidak dapat dihitung lagi. Bahkan ada yang sehingga mati pun tidak dikunjungi. Namun jika anda berharta, sehingga ke pusara ada yang masih tunjuk muka. Bukan kerana kenang jasa, tapi kenang apa yang boleh dipusaka.
Tanpa iman, tiada kasih sayang hakiki dalam persahabatan. Sepatutnya orang kaya, atau orang politik jangan terlalu bangga apabila anda dipuji. Belum tentu ianya ikhlas dari hati sanubari. Mungkin diri anda atau perkara yang sama jika anda lakukan pada hari anda tiada kuasa atau harta, orang sama akan mencebik dan menghina anda.
Tetapi dek penangan kuasa dan harta; rupa anda yang ‘biasa-biasa’ dikatakan lawa, pidato anda yang tidak sedap dikatakan hebat, pendapat anda yang kolot dikatakan maju, idea yang lapuk dikatakan bernas, pandangan yang lemah dikatakan berhikmah, penampilan yang tidak bermaya dikatakan bercahaya. Semuanya kerana ingin mengampu kuasa dan harta.
Jika anda hidup dalam iklim yang sedemikian, percayalah persahabatan dan pengikut yang mendakwa setia semuanya bohong belaka. Anda hidup dalam alam khayalan seperti berkhayalnya seorang mabuk yang melihat wanita tua bagaikan gadis yang cantik menawan.
Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Carilah prinsip perjuangan yang Allah redha, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan.
Lebih mendukacitakan Allah berfirman: (maksudnya) “Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa” (Surah al-Zukhruf: 67). Ya, seperti mana di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Oh! Di mana hendak dicari teman yang sejati? Ya! Carilah perjuangan yang berprinsip dan diredhai Allah, di dataran itulah kalian akan temui teman yang sejati.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala yang ada dalam hidupku...
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa...

Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...

Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...

Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..

webstag.ram

book.preview

Men from Mars Women from Venus
by Dr. John Gray Ph.D

Once upon a time Martians and Venusians met, fell in love, and had happy relationships together because they respected and accepted their differences. Then they came to Earth and amnesia set in: they forgot they were from different planets.


Nuffnang

[ r.e.mind.er ]

Segala yang ada dalam hidupku...
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang bersalut dosa...

Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...

Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...

Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..

Followers