Video dedah isi Kaabah
SELAMA beratus-ratus tahun, soalan apa ada di dalam Kaabah menjadi misteri kepada berjuta-juta umat Islam yang melakukan tawaf mengelilingi ‘Rumah Allah’ itu. Hanya golongan diraja Arab Saudi, pemimpin negara Islam dan orang tertentu dibenarkan memasukinya terutama semasa acara mencuci Kaabah yang dilakukan setahun sekali.
Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan rahsia Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik ke dalam YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang pertama seumpamanya yang boleh ditonton oleh orang ramai.
Sebelum ini, keadaan di dalam bangunan batu yang terletak di dalam Masjidil Haram di Mekah itu sekadar digambarkan dan diceritakan dari mulut ke mulut.
Paparan di dalam video itu hampir menyamai cerita seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd. Don. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.
“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.
Dinding
Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk.
Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.
“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran.
“Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.
“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.
Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah.
Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah.
Tambah Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.
“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada Jurnal.
Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah.
Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.
Kunci
Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).
Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.
Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.
Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya’.
Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.
Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.
Sunday, August 14, 2011 | Labels: ll Varia ll | 0 Comments
Disebalik Nama Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W.
Rahsia dibalik nama Muhammad, dimana banyak makna yang tersirat dalam kebesaran nama yang sederhana itu. Entah apakah ini merupakan salah satu mukjizat atau sekadar kebetulan saja, bahawa ada fakta menarik di abjad/huruf-huruf yang tersusun dari nama itu:
1.Ejaan nama Muhammad, jika kita gabungkan dalam bentuk normal mim ha mim dal, maka akan menjadi sebuah sekesta seorang manusia. sudah maklum adanya bahawa sebaik-baik mahluk / ciptaan yang pernah diciptakan oleh Tuhan di alam semesta ini adalah manusia dengan kelebihan akal , sementara mahluk lain hanyalah haiwan dan planet-planet yang penuh rahsia.
2.Ejaan nama Ahmad, jika kita cermati satu-persatu hurufnya mak huruf-huruf itu akan mennggambarkan sosok orang yang sedang melakukan solat, tahukah kita bahawa solat merupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang pernah diperintahkanNya.
3. Ejaan nama Muhammad jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan berbentuk seperti manusia yang sedang sujud dalam solat. Dalam solat, Sujud merupakan inti dari semua rukun-rukunnya, kerana pada masa sujud manusia menundukkan 8 bahagian tubuhnya di bumi bukti kepasrahan total kepada Maha Pencipta.
Wallahualam.# Credit to isuhangat.
Wednesday, August 10, 2011 | Labels: ll Varia ll | 0 Comments
Tak Terkenal Dibumi, Terkenal Dilangit
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله.اما بعد
Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk surga, dia justru dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafaat, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafaat sejumlah qobilah Robiah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan surga tak ada yang ketinggalan karenanya.
Dia adalah Uwais al-Qarni.
Ia tak dikenali ramai dan juga miskin, banyak orang suka menertawakannya, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai tukang membujuk, tukang mencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.
Seorang fuqoha negeri Kuffah, karena ingin duduk dengannya, memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tak berhasil dengan baik, karena hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya seraya berkata :Aku khawatir, nanti sebagian orang menuduh aku, dari mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari membujuk pasti dari mencuri. Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tak punya sanak saudara kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekedar menopang kesehariannya bersama Sang ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.Kesibukannya sebagai penggembala domba dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, karena selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam. Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum.Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.
Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya.Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dari dekat ? Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat membutuhkan perawatannya dan tak tega ditingalkan sendiri, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata:Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang.Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. Sesudah berpelukkan sambil menciumi sang ibu, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman. Medan yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari, semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya.
Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata beliau SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang.Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi SAW dari medan perang. Tapi, bilakah beliau pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman, Engkau harus lekas pulang.Karena ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi SAW. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon pamit kepada sayyidatina Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan haru.
Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda Rosulullah SAW, sayyidatina Aisyah r.a. dan para sahabatnya tertegun. Menurut kata sayyidatina Aisyah r.a., memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rosulullah SAW bersabda : Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.Sesudah itu beliau SAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a. dan bersabda : Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi.
Tahun terus berjalan, dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat, hingga kekhalifahan sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. telah di lantik menjadi Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap kali ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa heran, apakah sebenarnya yang terjadi sampai-sampai ia dicari oleh dua orang sahabat nabi yang besar ini. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.
Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahwa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qorni.Sesampainya di kemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan sholat. Setelah mengakhiri shalatnya, Uwais menjawab salam kedua tetamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit.
Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut, siapakah nama saudara ?Abdullah, jawab Uwais.Mendengar jawaban itu, kedua sahabat pun tersenyum dan mengatakan : Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?Uwais kemudian berkata: Nama saya Uwais al-Qorni.
Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah:Sayalah yang harus meminta doa daripada anda berdua. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata:Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata : Terimakasih wahai Amirul mu'minin. Hamba sama sekali tidak bermaksud menolak pemberian tuan, Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar beritanya.Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan di tolong oleh Uwais , waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin topan berhembus dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghantam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat.Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan sholat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.Wahai waliyullah, Tolonglah kami ! tetapi lelaki itu tidak menoleh.Lalu kami berseru lagi, Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: Apa yang terjadi ?Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan dihantam ombak ?tanya kami.Dekatkanlah diri kalian pada Allah ! katanya.Kami telah melakukannya.Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrohmaanirrohiim!Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami lima ratus jiwa lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami berikut isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat.Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? Tanya kami.Uwais al-Qorni. Jawabnya dengan singkat.Kemudian kami berkata lagi kepadanya, Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir. Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah? tanyanya.Ya,jawab kami.Orang itu pun melaksanakan sholat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membagi-bagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal.
Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qorni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan sayyidina Umar r.a.) Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu.
Penduduk kota Yaman tercengang.Mereka saling bertanya-tanya : Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba dan unta ? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah terlalu ramai. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qorni ternyata ia tak terkenal di bumi tapi menjadi terkenal di langit.
Wednesday, June 29, 2011 | Labels: ll Varia ll | 0 Comments
Ketahui Hak Anda Dalam Saman Ekor
Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.
Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.
Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.
Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?
Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.
Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda… TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.
Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.
Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
Sunday, March 13, 2011 | Labels: ll Varia ll | 0 Comments
Masih relevan

Tidak semua kawasan boleh menggunakan telefon bimbit seperti sekolah harian, asrama penuh dan kawasan yang tidak mendapat talian telefon bimbit.
ALAMAK kredit telefon habis pula. Nak buat panggilan telefon pun tak boleh, apatah lagi nak hantar SMS (sistem pesanan ringkas). Macam mana ni?. Inilah antara situasi yang biasa dihadapi oleh individu yang tidak dapat membuat sebarang panggilan dan menghantar SMS, sekiranya kehabisan kredit telefon bimbit.
Jika mempunyai kredit yang banyak dan bateri penuh sekali pun, proses panggilan dan SMS tetap tidak dapat dilakukan sekiranya kawasan tersebut tidak mempunyai liputan talian. Justeru, jalan penyelesaiannya ialah membuat panggilan di pondok telefon awam yang berhampiran.
Sejak penggunaan telefon bimbit semakin meluas dan mudah didapati kerana dijual pada harga yang murah, ia menyebabkan orang ramai berlumba-lumba membeli alat komunikasi canggih tersebut.
Malah, ada yang sanggup mengenepikan soal harga asalkan dapat memiliki telefon bimbit supaya tidak digelar individu ketinggalan zaman. Kebanyakan pihak merasakan telefon bimbit pada hari ini merupakan suatu keperluan wajib atas tujuan komunikasi (panggilan, SMS dan menghantar gambar).
Lagipun telefon bimbit yang bersaiz kecil dan ringan ini, mudah disimpan dan dibawa ke mana sahaja. Sebarang panggilan peribadi, urusan kerja atau panggilan kecemasan dapat dilakukan serta-merta tanpa mengira lokasi dan waktu.
Ternyata arus kemodenan komunikasi pada era ini semakin berkembang dan meningkat. Selain kemunculan telefon bimbit, orang ramai juga berjinak-jinak berkomunikasi menerusi e-mel dan chatting menggunakan program yahoo messenger atau google talk.
Persoalannya, adakah era teknologi moden ini sedang menghakis sistem komunikasi manual iaitu telefon awam? Masih relevan lagikah penggunaan telefon awam kepada masyarakat moden kini? Atau ia sekadar hiasan di tepi jalan dan menunggu masa dirosakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab?
“Telefon awam masih relevan dan diperlukan. Walau secanggih mana pun zaman itu, telefon awam yang mula bertapak sejak zaman Jepun tidak boleh dihapuskan begitu sahaja.
“Perlu difahami bukan semua orang mampu memiliki telefon bimbit. Begitu juga, tidak semua kawasan boleh menggunakan telefon bimbit seperti sekolah harian, asrama penuh dan kawasan yang tidak mendapat talian telefon bimbit,” jelas Pengarah Urusan Pernec Corporation Berhad, Shaharom Md Shariff.
Penggunaan makin kurang
Namun beliau tidak menafikan sejak kemunculan telefon bimbit, penggunaan telefon awam semakin berkurangan.
Menurutnya, tahun 2005 menunjukkan penurunan penggunaan telefon awam sebanyak 15 peratus, sejak orang ramai begitu obses pada telefon bimbit. Bermula daripada golongan dewasa hinggalah kumpulan kanak-kanak, mereka pasti memiliki satu atau dua telefon bimbit peribadi.
Keadaan ini menyebabkan Time Dotcom Bhd. yang mencatatkan kerugian sebelum cukai lebih rendah sebanyak RM177.076 juta, pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2006 berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM237.926 juta pada tahun 2005.
Kerugian ini disebabkan hasil kutipan yang lebih rendah terutamanya, hasil suara borongan dan hasil telefon awam yang terjejas teruk.
Meskipun mengalami penurunan, Shaharom memberitahu, anggaran 50,000 telefon awam di Malaysia masih mendapat sambutan dalam kalangan pekerja asing untuk menghubungi keluarga mereka di kampung.
Begitu juga dengan pelajar sekolah harian dan penuntut sekolah berasrama penuh. Tanpa telefon awam, ia menyusahkan para pelajar menghubungi ahli keluarga.
Ini kerana sekitar tahun 2006, Kementerian Pelajaran tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit di semua sekolah termasuk berasrama penuh.
Menurut Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, keputusan itu dibuat kerana kementerian mendapati guru dan ibu bapa tidak bersedia memikul tanggungjawab serta memantau penggunaan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah.
“Selain itu, telefon awam juga diperlukan oleh penduduk di kawasan pedalaman yang tidak mendapat liputan talian telefon bimbit secara meluas. Lagipun, berbual menerusi telefon awam lebih menjimatkan (13 sen seminit) berbanding telefon bimbit yang dianggarkan 30 sen seminit.
“Harga panggilan murah yang ditawarkan ini menarik perhatian pelajar kolej dan universiti. Saya difahamkan, siswa lebih gemar berbual lama menggunakan telefon awam manakala telefon bimbit untuk perbualan singkat dan menghantar SMS ,” ujar Shaharom ketika ditemui Kosmo!, di pejabat Pernec di Ulu Kelang, Selangor.
Dalam pertemuan ini, beliau turut menjelaskan kepentingan telefon awam di tempat-tempat awam seperti perhentian bas, lapangan terbang, stesen bas dan kawasan bandar.
Pernec merupakan syarikat Malaysia yang bekerjasama antara Amanah Raya Berhad (Skim Amanah Saham Bumiputra), NEC Corporation (Jepun) dan Permodalan Nasional Berhad. Syarikat yang mula dilancarkan pada 1973 ini menjalankan aktiviti perniagaan yang menawarkan perkhidmatan informasi dan teknologi komunikasi (ICT) kepada pengguna tempatan dan antarabangsa.
Selepas Telekom Malaysia Bhd. (TM) menjual keseluruhan kepentingan ekuiti anak syarikat, TM Payphone Sdn. Bhd, sebanyak RM22 juta kepada Pernec, kini Pernec bertanggungjawab mengendalikan operasi telefon awam di bawah pengurusan Pernec Paypoint Sdn. Bhd.
Seiring kemunculan helo
Memastikan telefon awam sentiasa berfungsi dengan baik, tanpa sebarang masalah, Pernec melakukan pelbagai pembaharuan dan proses naik taraf. Ini terbukti apabila munculnya 7,000 model telefon awam berwajah baru yang diberi nama helo. Gabungan warna merah putih dan corak-corak buih pada pondok telefon helo menampilkan gaya ceria dan segar.
Pada masa yang sama, Pernec sibuk menjalani proses penukaran 40,000 telefon awam TM kepada telefon helo. Sehingga kini, kira-kira 2,000 unit pondok telefon lama sudah digantikan dengan pondok awam helo. Difahamkan juga, sebanyak 500 unit telefon awam diperbaharui setiap bulan.
“Pengguna berpeluang menggunakan duit syiling atau kad telefon helo bernilai RM10 dan RM20 di semua telefon awam helo di setiap negeri.
“Bukan itu sahaja, helo juga menawarkan perkhidmatan panggilan tempatan dan antarabangsa menggunakan kad panggilan pra bayar helo (teknologi Voip),” ujar Shaharom yang menjelaskan pihak Pernec kini dalam proses merangka untuk meletakkan antena wi-fi di pondok telefon awam bagi memudahkan penggunaan internet dalam kalangan pengguna.
Istimewa lagi, seiring dengan kecanggihan teknologi, Pernec kini dalam proses perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai slot menghantar SMS menerusi telefon awam yang dilengkapi dengan sistem GSM.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Muzium Telekom, Mohd Affandi Abdullah, menyifatkan sebelum kemunculan telefon bimbit, orang ramai bergantung pada telefon talian tetap dan telefon awam untuk membuat panggilan.
Atas alasan tersebut, beliau memberitahu bahawa penggunaan telefon awam masih relevan digunakan, terutamanya di kawasan yang sibuk dan mempunyai populasi penduduk yang tinggi. Antaranya di Kuala Lumpur, Ipoh dan Taiping, Perak, Johor dan Pulau Pinang.
Paypoint kawal telefon awam
Telefon awam cukup sinonim dengan masalah vandalisme. Tidak lengkap rasanya, jika wayar ganggang telefon tidak diputuskan, dicungkil punat nombor, peti simpanan syiling dipecahkan dan pondoknya ditampal iklan serta poster yang begitu serabut.
Mengapa masalah ini harus berlaku? Sedangkan, pada hakikatnya telefon awam dibina untuk memudahkan orang ramai.
Berdasarkan statistik vandalisme 2001 hingga Jun 2007 yang dikeluarkan oleh Muzium Telekom Malaysia, tahun 2004 menyaksikan angka vandalisme yang paling tinggi (10,898 kes), berbanding 7,404 kes pada tahun 2003.
Namun begitu, kes ini turun mendadak bermula tahun 2005 (7,851 kes); 2,002 kes pada tahun 2006 dan paling sedikit berlaku sehingga Jun 2007 (241 kes).
Difahamkan, penurunan masalah vandalisme ini, gara-gara kemunculan telefon bimbit.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pernec Paypoint Sdn. Bhd., Rahamat Tulla Allah Pitchy, biasanya vandalisme berlaku kerana pengguna tidak berpuas hati apabila telefon awam tidak berfungsi dengan baik. Tidak ketinggalan juga ia dilakukan oleh golongan yang nakal.
“Siapa yang tak sakit hati apabila hendak membuat panggilan penting, tiba-tiba telefon awam rosak (menelan duit syiling atau suara tidak kedengaran). Disebabkan itu, kami mengambil inisiatif mewujudkan Sistem Pengurusan Paypoint untuk mengawal telefon awam di 11 zon utama,” kata Rahamat sambil menunjukkan operasi sistem tersebut.
Sistem ini dipantau selama 24 jam sehari oleh petugas Pernec Paypoint yang akan melihat segala butiran dan panggilan yang dibuat oleh semua rangkaian telefon awam di Malaysia. Dalam sistem tersebut juga dipasangkan sebuah tanda amaran yang akan berbunyi sekiranya telefon awam di sesebuah kawasan mengalami kerosakan dan gangguan.
Sebaik sahaja meneliti masalah yang tertera pada skrin komputer, dengan kadar segera, petugas akan menghubungi krew penyelenggaraan berdekatan supaya membaiki telefon awam yang rosak.
Selain itu, menerusi sistem itu juga, pihak Pernec dapat melihat jumlah wang yang terdapat dalam peti telefon awam. Setelah penuh sehingga paras yang ditetapkan, krew penyelenggaraan akan mengutip wang tersebut. Biasanya, proses ini dilakukan dua kali sebulan.
“Justeru, kami dapat mengurangkan masalah vandalisme dan kecurian wang syiling di telefon awam. Saya juga berharap rakyat Malaysia lebih bersikap prihatin dan bertanggungjawab menjaga telefon awam.
“Elakkan menampal sebarang iklan dan poster yang boleh mencacatkan telefon awam. Sebaliknya, tampal di papan iklan yang disediakan,” ujar Rahamat mengenai telefon awam yang memerlukan kos sebanyak RM4,000 seunit untuk didirikan.
Tuesday, July 29, 2008 | Labels: ll Varia ll | 0 Comments
About this blog
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa...
Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...
Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…
Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...
Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..
about.me
twitt.er..
instag.ram
h.e.l.l.0
webstag.ram
book.preview
by Dr. John Gray Ph.D
Once upon a time Martians and Venusians met, fell in love, and had happy relationships together because they respected and accepted their differences. Then they came to Earth and amnesia set in: they forgot they were from different planets.
Nuffnang
[ r.e.mind.er ]
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang bersalut dosa...
Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...
Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…
Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...
Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..
