Showing posts with label ll FAQ Site ll. Show all posts
Showing posts with label ll FAQ Site ll. Show all posts

Isu Bacaan Sebelum Azan Subuh: Darul Ifta' Mesir dan Fatwa 2007


Fatwa yang dikeluarkan pada tahun 2007 oleh Darul Ifta' Mesir dijawab oleh dewan fatwa mengenai dua masalah [LINK], iaitu:

1. Apa hukum menunaikan solat menggunakan pembesar suara?
2. Apa hukum mengumandangkan bacaan al-Quran dan tawasyih melalui pembesar suara dengan sangat kuat lebih kurang sejam sebelum azan Subuh?

Kesimpulan fatwa:

  • Berdasarkan prinsip-prinsip Islam yang benar, toleransi, adil dan saksama maka penyebarannya hendaklah disesuaikan berdasarkan prinsip-prinsip ini. Penganutnya tidak dibenarkan memaksa orang lain untuk mendengar kebenaran Islam.
  • Adalah tidak wajar samasekali, atas alasan agama menggunakan pembesar suara dengan suara yang kuat sehingga mengganggu ketenteraman dan ketenangan orang ramai.
  • Jangan sampai orang Islam menjadi fitnah dan penghalang dakwah Islam kerana perilaku kita yang menyusahkan orang ramai.
  • Asas kepada larangan ini ialah:
1- Firman Allah Taala:

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا

Maksudnya: Dan orang-orang Yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki Yang beriman dan orang-orang perempuan Yang beriman Dengan perkataan atau perbuatan Yang tidak tepat Dengan sesuatu kesalahan Yang dilakukannya, maka Sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa Yang amat nyata. (Al-Ahzab: 58)

2- Hadis:

لا ضرر ولا ضرار

Maksudnya: Tiidak boleh memudaratkan terhadap diri sendiri dan orang lain. (HR Ibnu Majah)

3- Hadis:

المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده

Maksudnya: Seorang muslim adalah orang yang Kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya. (HR al-Bukhari)

4- Hadis:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي لَأَقُومُ إِلَى الصَّلَاةِ وَأَنَا أُرِيدُ أَنْ أُطَوِّلَ فِيهَا فَأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ فَأَتَجَوَّزُ فِي صَلَاتِي كَرَاهِيَةَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمِّهِ

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku pernah berdiri melaksanakan solat dan aku ingin memanjangkannya, namun kemudian aku mendengar tangisan bayi. Maka aku pendekkan solatku karena aku khuatir akan memberatkan ibunya. (HR al-Bukhari)

5- Hadis:

حَدَّثَنَا جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ كَانَ يُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ يَأْتِي قَوْمَهُ فَيُصَلِّي بِهِمْ الصَّلَاةَ فَقَرَأَ بِهِمْ الْبَقَرَةَ قَالَ فَتَجَوَّزَ رَجُلٌ فَصَلَّى صَلَاةً خَفِيفَةً فَبَلَغَ ذَلِكَ مُعَاذًا فَقَالَ إِنَّهُ مُنَافِقٌ فَبَلَغَ ذَلِكَ الرَّجُلَ فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا قَوْمٌ نَعْمَلُ بِأَيْدِينَا وَنَسْقِي بِنَوَاضِحِنَا وَإِنَّ مُعَاذًا صَلَّى بِنَا الْبَارِحَةَ فَقَرَأَ الْبَقَرَةَ فَتَجَوَّزْتُ فَزَعَمَ أَنِّي مُنَافِقٌ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مُعَاذُ أَفَتَّانٌ أَنْتَ ثَلَاثًا اقْرَأْ وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا وَسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى وَنَحْوَهَا

Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Jabir bin Abdullah bahwa Muaz bin Jabal r.a pernah solat (dibelakang) Rasulullah s.a.w., kemudian dia kembali kepada kaumnya untuk mengimami solat bersama mereka dengan membaca surat Al Baqarah, Jabir melanjutkan; "Maka seorang laki-laki pun keluar (dari shaf) lalu ia solat dengan solat yang agak ringan, ternyata hal itu sampai kepada Muaz, dia pun berkata; "Sesungguhnya dia adalah seorang munafik." Ketika ucapan Muaz sampai kepada lelaki tersebut, dia terus mendatangi Nabi s.a.w. sambil berkata; "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami adalah kaum yang memiliki pekerjaan untuk menyiram ladang, sementara semalam Muaz solat mengimami kami dengan membaca surat Al Baqarah, hingga saya keluar dari shaf, lalu dia menyangka aku seorang munafik." Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai Muaz, apakah kamu hendak membuat fitnah." -Baginda mengucapkannya hingga tiga kali- bacalah Was syamsi wadluhaaha dan wasabbih bismirabbikal a'la atau yang serupa dengannya." (HR al-Bukhari)

6- Hadis:

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ
قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَا أَكَادُ أُدْرِكُ الصَّلَاةَ مِمَّا يُطَوِّلُ بِنَا فُلَانٌ فَمَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَوْعِظَةٍ أَشَدَّ غَضَبًا مِنْ يَوْمِئِذٍ فَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّكُمْ مُنَفِّرُونَ فَمَنْ صَلَّى بِالنَّاسِ فَلْيُخَفِّفْ فَإِنَّ فِيهِمْ الْمَرِيضَ وَالضَّعِيفَ وَذَا الْحَاجَةِ

Maksudnya: Dari Abu Al Mas'ud Al Anshari berkata, seorang sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, aku hampir tidak sanggup solat yang dipimpin seseorang dengan bacaannya yang panjang." Maka aku belum pernah melihat Nabi s.a.w. memberi peringatan dengan lebih marah dari yang disampaikannya hari itu seraya bersabda: "Wahai manusia, kalian membuat orang lari menjauh. Maka barangsiapa solat mengimami orang-orang ringankanlah. Kerana di antara mereka ada orang sakit, orang lemah dan orang yang punya keperluan". (HR al-Bukhari)



sumber al-ahkam

Hukum Tak Bertegur Sapa Melebihi 3 Hari


SOALAN:

Salam.. apakah hukum tidak bertegur sapa dengan sedara seislam kita kerana pergaduhan etc melebihi 3 hari?benar ke amalan x diterima?

ada dalil?


JAWAPAN:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Asal hukum tidak bertegur sapa adalah haram. Kecuali ada maslahah yang menuntut kepada perbuatan tidak bertegur sapa. Contoh maslahah seperti dengan sebab tidak bertegur sapa maka mereka akan meninggalkan maksiat. Imam al-Nawawi dalam riyad al-salihin membuat satu bab khusus berkenaan hal ini :
باب تحريم الهجران بين المسلمين فوق ثلاثة أيام إِلاَّ لبدعة في المهجور ، أَوْ تظاهرٍ بفسقٍ أَوْ نحو ذَلِكَ

Maksudnya : “Bab pengharaman tidak bertegur sapa antara orang Islam lebih daripada tiga hari kecuali kerana sebab bid’ah yang ada pada orang yang tidak ditegur tersebut atau sebab menzahirkan fasiq olehnya atau sebagainya”.

Berbalik pada soalan di atas, Islam melarang pergaduhan dan pertelingkahan antara sesama Islam. Maka tidak bertegur sapa kerana sebab pergaduhan adalah haram. Apabila disebut pergaduhan biasanya ia adalah berpunca daripada perkara dunia. Seseorang itu haram tidak bertegur sapa rakannya yang seislam lebih daripada tiga hari.

Ada dalil pengharaman tersebut. Sabda Nabi s.a.w. :
لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَيَالٍ يَلْتَقِيَانِ فَيُعْرِضُ هَذَا وَيُعْرِضُ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِى يَبْدَأُ بِالسَّلاَمِ
Maksudnya ; “Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”. (Muslim no 6697).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. menyebut balasan perbuatan ini :
لا يحل للمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث فمن هجر فوق ثلاث فمات دخل النار
Maksudnya : “Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi tiga hari, maka barangsiapa yang tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari, nescaya akan masuk neraka”. ( Abu Dawud : no 4914).

Riwayat lain ada menyebut :
(( مَنْ هَجَرَ أخَاهُ سَنَةً فَهُوَ كَسَفْكِ دَمِهِ )) . رواه أَبُو داود بإسناد صحيح .
Maksudnya : “Barangsiapa yang tidak menegur sapa saudaranya selama setahun, maka ia seumpama menumpahkan darahnya”. Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yang sahih. (Riyad al-Salihin 2/216)

Ini menunjukkan perbuatan tidak bertegur sapa adalah dosa. Wallahualam






linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala yang ada dalam hidupku...
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa...

Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...

Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...

Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..

webstag.ram

book.preview

Men from Mars Women from Venus
by Dr. John Gray Ph.D

Once upon a time Martians and Venusians met, fell in love, and had happy relationships together because they respected and accepted their differences. Then they came to Earth and amnesia set in: they forgot they were from different planets.


Nuffnang

[ r.e.mind.er ]

Segala yang ada dalam hidupku...
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang bersalut dosa...

Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...

Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...

Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..

Followers