Saintis USA Buktikan Nabi Musa Belah Laut
BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam. Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik. LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Mua membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE.
About this blog
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa...
Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...
Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…
Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...
Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..
about.me
twitt.er..
instag.ram
h.e.l.l.0
webstag.ram
book.preview
by Dr. John Gray Ph.D
Once upon a time Martians and Venusians met, fell in love, and had happy relationships together because they respected and accepted their differences. Then they came to Earth and amnesia set in: they forgot they were from different planets.
Nuffnang
[ r.e.mind.er ]
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang bersalut dosa...
Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...
Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…
Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...
Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..
1 comments:
saintis barat da bnyak buktikan setiap kejadian sirah2 nabi itu benar2 terjadi..
semoga ALLAH berikan hidayah utk mereka beriman kpdNYA
Post a Comment