sYirik yAng menyusup mAsuk ke dAlam rUmah...
Pada zaman saya kecil-kecil dahulu, saya amat gemar menonton siri Ultraman.juga siri Power Rangers.Dan sampai sekarang cerita sebegitu masih ditayangkan dan berevolusi pula.Namun ketika saya meningkat dewasa,dalam proses saya mematangkan fikiran,membentuk Aqidah yang sejahtera sebagai seorang muslim, saya perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan siri-siri seupama ini,kerana adanya unsur syirik.Ya,SYIRIK!!!
Mungkin ada yang terkejut,mungkin ada yang akan memperlekeh,namun inilah hakikatnya .Kita lihat dalam siri Ultraman misalnya, apabila raksasa datang menyerang, maka siapakah yang akan diseru untuk membantu? Maka dipanggilllah Ultraman, untuk menghapuskan raksasa itu,lalu secara tidak langsung anak-anak akan terdidik dengan suatu budaya, iaitu mengharapkan pertolongan selain ALLAH! Dalam keasyikan melayani cerita –cerita dongengan moden seperti ini, minda anak-anak Islam terus menerus disogokkan dengan segala macam khayalan dan fantasi.Akhirnya generasi Islam yang akan datang tidak lagi punyai Aqidah yang mantap sebagai seorang muslim,latas terhasillah muslim-muslim yang akan meranapkan Islam.
Itu baharu kisah Ultraman dan Power Rangers.Dalam siri tontonan remaja dan dewasa juga ada unsur-unsur syirik yang tersembunyi lagi seni,umpama virus,yang tidak bisa dilaht oleh pancaindera kasar.Dalam sinetron yang paling popular, Bawang Putih Bawang Merah,yang secara terang mengandungi unsur syirik.Haa…terkejut?Di mana syiriknya?Jelas kita lihat bertapa fikiran umat Islam ingin dikhayalkan dengan menunjukkan kebergantungan si Bawang Putih yang mengharapkan pertolongan dari si Pari-Pari.Bukankah lebih elok jika kita diajar supaya kita mempunyai kebergantungan yang total kepada ALLAH S.W.T seperti dalam drama Mutiara Hati?
Dan ada suatu dialog yang biasa digunapakai dalam kebanyakan skrip drama jika ada babak kemalangan atau pembedahan terlibat,juga boleh membawa kepada syirik.Apa dia?Iaitu, ”DOKTOR,TOLONGLAH SELAMATKAN ANAK/IBU/SUAMI/ISTERI SAYA,TOLONG DOKTOR!!!”Ucapan sebegini menunjukkan bahawa 100% keyakinan bahawa doktor yang boleh menyelamat kan individu tersebut,walhal yang empunya diri,nyawa setiap insan ialah ALLAH ‘Azzawajalla!
Sebenarnya banyak lagi,tapi cukup sekadar ini sahaja yang dapat saya perkatakan tentang kesyirikan-kesyirikan yang memasuki rumah-rumah kita dalam diam.Renungkanlah hadith Rasulullah S.A.W ini,betapa baginda sangat bimbangkan kesyirikan yang akan menguasai umat baginda S.A.W,iaitu:
”Wahai sekalian manusia, takutlah kalian kepada syirik, karena sesungguhnya syirik itu lebih lembut daripada binatang semut. ” Kemudian berkatalahseseorang kepada beliau, “Bagaimana kami mewaspadainya wahai Rasul, sementara dia lebih lembut daripada binatang semut?” Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Katakanlah *Allahumma inna na’udzubika annusyrika bika syai anna’lamuh,wanastaghfiruka lima la na’lamuh …” (Hadith riwayat Ahmad dan Thabrani dengan sanad yang baik. Juga diriwayatkan oleh Abu Ya’la)Dan ditashihkan oleh As-syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam Saheeh al-Jaami’, 3731
*Aku berlindung dengan ALLAH dari melakukan syirik kepada-MU dalam keadaan mengetahui(sedar),dan aku mohon ampun atas kesyirikan yang aku perbuat tanpa aku ketahui(sedari)
Tuesday, March 18, 2008
|
Labels:
ll Tazkirah ll
|
About this blog
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa...
Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...
Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…
Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...
Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..
about.me
twitt.er..
instag.ram
h.e.l.l.0
webstag.ram
book.preview
by Dr. John Gray Ph.D
Once upon a time Martians and Venusians met, fell in love, and had happy relationships together because they respected and accepted their differences. Then they came to Earth and amnesia set in: they forgot they were from different planets.
Nuffnang
[ r.e.mind.er ]
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang bersalut dosa...
Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...
Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…
Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...
Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..
0 comments:
Post a Comment