Inspiring Stuff : Never Give Up
At age 5 his Father died.
At age 16 he quit school.
At age 17 he had already lost four jobs.
At age 18 he got married.
Between ages 18 and 22, he was a railroad conductor and failed.
He joined the army and washed out there.
He applied for law school he was rejected.
He became an insurance sales man and failed again.
At age 19 he became a father.
At age 20 his wife left him and took their baby daughter.
He became a cook and dishwasher in a small cafe.
He failed in an attempt to kidnap his own daughter, and eventually he convinced his wife to return home.
At age 65 he retired.
On the 1st day of retirement he received a cheque from the Government for $105.
He felt that the Government was saying that he couldn’t provide for himself.
He decided to commit suicide, it wasn’t worth living anymore; he had failed so much.
He sat under a tree writing his will, but instead, he wrote what he
would have accomplished with his life. He realised there was much more
that he hadn’t done. There was one thing he could do better than anyone
he knew. And that was how to cook.
So he borrowed $87 against his
cheque and bought and fried up some chicken using his recipe, and went
door to door to sell them to his neighbours in Kentucky.
Remember at age 65 he was ready to commit suicide.
But at age 88 Colonel Sanders, founder of Kentucky Fried Chicken (KFC) Empire was a billionaire.
Moral of the story: Attitude. It's never too late to start all over.
MOST IMPORTANLY, IT'S ALL ABOUT YOUR ATTITUDE. NEVER GIVE UP NO MATTER HOW HARD IT GETS.
You have what it takes to be successful. Go for it and make a difference. No guts no glory. It's never too old to dream.
Wednesday, June 22, 2016 | Labels: ll Shared ll | 0 Comments
Berbelanja ikut keperluan bukan nafsu
Saturday, April 04, 2015 | Labels: ll Tazkirah ll | 0 Comments
Benarkah Bangsa Melayu Pemalas?
Setiap manusia yang dicipta dan dilahirkan adalah juara. Tidak timbul
soal mereka rajin atau malas. Sikap individu (fikrah) yang menentukan
kejayaan seseorang. Inilah kehebatan ALLAH SWT menjadikan manusia
berbanding haiwan. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang, sehingga
dialah yang berusaha mengubahnya. Jika nak sesuatu itu berubah, kita
kena berubah terlebih dahulu. Bak kata MuftiMenk, “we want to make the
world a better place but we are not prepared to improve ourselves.”
Saya tidak pernah percaya stereotaip Melayu itu malas, manakala bangsa
lain rajin atau pandai berniaga. Terpulang kepada kita untuk
menentukannya.
Ramai juga saya jumpa bangsa lain yang malas. Datuk-nenek saya datang
dari China, sehelai sepinggang. Tinggal di kampung Melayu, di Kota Stia,
Kampung Gajah, Perak. Tidak berapa lama, kehidupan kami berubah.
Berbekalkan sedikit modal yang dikumpulkan, akhirnya bapa saya berjaya
membuka satu-satunya kedai runcit di kampung itu dan menjadi kaya-raya
hasil perniagaan tersebut.
Kekayaan menjadi semakin bertambah, apabila orang Melayu suka berhutang.
Apabila hutang tidak dibayar, maka gadaiannya adalah hasil bantuan
kerajaan yang diberikan kepada Melayu seperti baja, anak benih, peti
ikan dan sebagainya yang dibeli dengan harga murah. Tidak kurang juga
yang menggadaikan tanah kepada bapa saya. Akhirnya, bapa saya kaya-raya.
Manakala, Melayu hanya kaya sementara.
Sama juga seperti rasuah, bangsa lain merasuah Melayu dengan wang
sedepok depan mata. Melayu menjadi kelabu mata. Bila dibuktikan rasuah
itu, Melayu tertangkap dan masuk penjara, manakala pemberi rasuah bebas
kaya-raya dengan rasuah yang diberi tidak seberapa.
Saya bukanlah hendak mengiakan akan kenyataan Melayu itu malas. Tetapi
pengalaman membuktikannya. Nak kaya tetapi malas kerja. Melayu mesti
tampil untuk berubah. Jika tidak, Melayu tidak akan ke mana-mana. Melayu
akan merana di bumi sendiri.
Melayu bukan hanya malas, mudah lupa diri, lupa jati diri. Maka, tidak
hairan banyak syarikat Melayu telah berubah nama kepada nama bukan
Melayu. Dahulu ada kedai Telekom, kini TM Point. Dulu Bank Bumiputera,
kini CIMB dan banyak lagi. Bahasa Melayu langsung tidak didaulatkan di
GLC ini. Kalau tidak percaya, pergilah masuk ke tempat tersebut. Berapa
patah bahasa Melayu yang digunakan.
Seolah-olah bila letak nama Melayu, tidak komersial dan tidak glamor.
Pergilah melawat ke seluruh dunia. Tidak perlu pergi jauh, lihat
masyarakat Siam di Thailand, bagaimana bangsa mereka menggunakan
nama-nama Siam.
Saya baru pulang dari Wellington, Auckland, Sydney dan Adelaide. Bandar
mereka amat bercirikan adat Melayu (Islam). Bila menjelang senja,
kebanyakan sudah berada di rumah.
Bandar mereka mati. Pusat membeli dan kedai sudah tutup jam 5, kecuali
beberapa kedai makan dan pusat beli-belah. Di manakah budaya balik senja
atau Maghrib orang Melayu? Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam?
Sikap Melayu mesti berubah. Melayu terlalu mengejar glamor. Kerja-kerja
bawahan pencuci, buruh langsung tidak dipandang. Berlagak tidak tentu
pasal, memperlekeh orang lain, dengan kata-kata ‘pak guard bodoh’, itu
dan ini.
Bila saya bertanya kenapa merempit? Adakah hobi kamu? Dia jawab,
merempit kerana dicabar. Kita menyahut cabaran tidak kena pada caranya.
Sepatutnya kita menyahut cabaran untuk bersaing dengan orang lain agar
kita lebih berjaya.
Benarkah Melayu malas? Saya kira tidak? ALLAH tidak berlaku adil jika
hanya menjadikan sesuatu bangsa rajin, sedangkan yang lain tidak? Proses
kejadian manusia semua sama.
Apa yang perlu diubah adalah sikap atau fikrah, atau cara berfikir. Ada
kajian dibuat, kalangan pelajar Cina dan Melayu yang mendapat ‘straight’
A dalam peperiksaan bermula peringkat sekolah hingga pengajian tinggi
(kelas 1). Namun, bila bukan Melayu ditemu duga, semuanya hancur, kerana
kurang EQ (kemahiran insaniah).
Manakah yang lebih penting antara IQ dan EQ? kedua-duanya penting.
Tetapi bukti-bukti menunjukkan bahawa mereka yang EQ tinggi, lebih
berjaya. Siapa Mark Zukerberg (pengasas FB) dan Bill Gates (Microsoft)?
EQ mereka sangat hebat berbanding IQ.
Jadi, adakah Melayu itu malas, sedangkan EQnya hebat? Semua terpulang
pada kita. Bak kata Pendeta Zaaba, rupa tidak boleh berubah, tetapi
perangai boleh!
Tuesday, September 30, 2014 | Labels: ll Kaunseling ll | 0 Comments
About this blog
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa...
Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...
Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…
Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...
Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..
about.me
twitt.er..
instag.ram
h.e.l.l.0
webstag.ram
book.preview
by Dr. John Gray Ph.D
Once upon a time Martians and Venusians met, fell in love, and had happy relationships together because they respected and accepted their differences. Then they came to Earth and amnesia set in: they forgot they were from different planets.
Nuffnang
[ r.e.mind.er ]
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang bersalut dosa...
Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...
Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…
Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...
Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..

